Assalamualaikum,
Marketing plan secara online ada 2, iaitu yang berbayar dan yang percuma. Boleh pilih yang mana sesuai mengikut skill masing-masing.
Bagi yang kurang skill, nasihat admin elok langgan sahaja perkhidmatan berbayar yang disediakan oleh syarikat-syarikat pengiklanan seperti Google, Fb ads, pemilik blog, nuffnang dan yang lain-lainya. Untuk yang ada skill, banyak masa, kuat bekerja dan yang nak berjimat anda boleh buat sendiri mengunakan segala skill yang ada.
Bagi yang memilih kaedah berbayar sila kaji sedalam-dalamnya sebelum terkena. Jika salah pilih, pelaburan untuk aktiviti pemasaran akan hangus begitu sahaja. Yang untungnya penyedia perkhidmatan tersebut.
Bagi yang ada skill anda boleh guna medium blog, affiliate, teknik dropshipping, email marketing, sms blaster, SEO, viral markerting ke sosial network dan banyak lagi. Semuanya perlukan skill tertentu. Pihak admin lebih gemar buat sendiri. Selain dari dapat ilmu dan skill baru admin akan dapat kepuasan apabila projek itu berjaya. Cara sebegini sememangnya mengambil masa yang agak lama dan pelaburanya pun agak besar. Pada pendapat admin, elok pilih no 2 iaitu buat sendiri ( untuk jangka masa panjang ).
Sementara hendak mahir bab 2, elok guna pekhidmatan berbayar terlebih dahulu untuk support perniagaan buat sementara waktu dan disamping itu boleh juga belajar sesuatu dari skill berbayar.
Yang terkini, pihak admin sedang fokus kepada skill content marketing + SEO ( search engine optimization ). Target page pertama dan kedua di Google search engine. 60% sudah berjaya dan yang selebihnya kena tunggu Google penguin 3.0 algorithm update.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.