Posted on Leave a comment

Marketplace Untuk Usahawan Bumiputera Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sebelum tutupnya tirai 2018, admin sempat siapkan 1 platfom pemasaran jangkamasa panjang dan platfom ini untuk kegunaan usahawan Bumiputera bersaiz kecil. Konsepnya sangat ringkas dan disokong oleh escrow ( pemegang amanah yg akan menghalang aktiviti penipuan ).

Serba sedikit maklumat terkait…..

Produk tiruan tidak dibenarkan untuk masuk cari makan di dalam platfom ini. Komisen 0.5% akan dikenakan kepada setiap hasil jualan yang berjaya sahaja dan penyertaan adalah percuma. Platfom dibangunkan menggunapakai konsep open source dan fokus utamanya untuk memberi kemudahan pemasaran yang bersifat jangkamasa panjang, jimat dan menguntungkan. Kepada usahawan yang berminat dijemput untuk memenuhi slot-slot pengiklanan yang masih berbaki, yang mana ianya hanya terhad untuk 100 penyertaan yang terawal sahaja diperingkat permulaan.

Harap projek ini mendapat sokongan yang padu, terutamanya usahawan dari negeri Kedah Darulaman…telah sedia maklum, sesi permulaan hanya dibuka kepada 100 peserta yang terawal sahaja (kemampuan untuk terima transaksi besar agak terhad).

Kepada yang berminat, boleh saja daftar dekat sini Malaysia blogger marketplace.

Sekian terima kasih danĀ  selamat majujaya.

Posted on Leave a comment

Pembeli Unik Dari Search Engine Terpilih

Assalamualaikum dan salam hormat,

Usaha pemasaran tanpa henti diteruskan lagi dengan teknik yang cukup mudah dan dengan harapan akan dapat menarik minat membeli dari kalangan pelawat unik yang sering singgah ke blog ini melalui jalan search engine terpilih terutamanya Google dan DuckduckGo. Biarpun prosesnya sesingkat 15 saat, itu juga dianggap peluang yang tidak boleh dilepaskan. Jadinya bagaimana?…kepada yang berminat boleh saja tumpang ruang-ruang kosong yang ada untuk tujuan pemasaran yang disebut-sebutkan ini.

Dengan itu….

Marketplace khusus telah dibangunkan untuk memperkuatkan lagi tujuan tersebut dan usahawan Melayu Bumiputera amnya disarankan untuk mencuba cara ini agar produk masing-masing dapat sampai ke pengetahuan pengguna dengan cara yang lebih efektif ( juga bukan jaminan ). Cara dan konsep tarik perhatian pelawat unik yang datang dari search engine ini adalah konsep menyelam sambil minum air. Hanya blog yang ada kedudukan kukuh sahaja boleh digunakan untuk aktiviti seperti ini. Kepada yang berkemampuan dan yang ada kepakaran tertentu boleh sahaja membangunkan sistem seperti ini agar usahawan-usahawan dari Malaysia amnya memiliki platfom tersendiri dan lebih bersistematik untuk tujuan pemasaran yang bersifat jangkamasa panjang ( cara ini lebih jimat kos dan menguntungkan ). Menumpang platfom luar secara berlebihan sangat tidak disarankan. Marketplace adalah ruangan khusus yang digabungkan secara bersistematik bersama sistem kedai online agar proses berikutnya nanti akan menjadi lebih mudah dan harap begitulah kisahnya nanti.

marketing seo

Belum tentu lagi…..

Kebarangkalian untuk berjaya itu sebenarnya telah hampir kepada ada jika konsep seperti ini dapat digunapakai tetapi itu bukan jaminan yang tetap kerana untuk membolehkan seseorang pengguna membuat keputusan membeli sesuatu produk ianya perlu kepada beberapa ciri-ciri penting lain lagi yang perlu diukur secara halus ( sila kaji permasalahan ini ). Pendek cerita, bukan senang untuk mendatangkan hasil dalam bentuk jualan yang pasti dan iklan berterusan itu hanyalah proses untuk menghantar masej bebentuk perniagaan sahaja kepada bakal pembeli dan itu semua sebahagian dari usaha yang perlu dibuat oleh semua dari kalangan usahawan. Usaha ini, adalah sebahagian daripada gerak kerja pemasaran yang serius dan sedang diusahakan agar ianya dapat digunakan dan dijadikan model pemula yang mana nanti jika ianya berkesan, makanya boleh digunakan oleh setiap usahawan yang ada di Malaysia nanti supaya dapat menapak lebih jauh lagi di dalam bidang ini. Harap-harap begitulah kesudahanya nanti.

Pertanyaan dan untuk terlibat sama, sila whatsapp/telegram + 01132229401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.