
Assalamualaikum,
Pada kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri, melihat bagaimana hasil gubahan dari bahan kitar semula iaitu kertas surat khabar lama yang dihias dan dibentuk sehingga menjadi hasil karya yang menarik sehingga mampu menjadi salah satu dari sumber pendapatan tambahan yang agak lumayan. Bagaimanakah caranya ?
Cuba anda bayangkan, jika kita menjual kertas surat khabar lama yang ada dirumah kita. Berapakah hasil yang bakal kita dapat dari hasil jualan tersebut ?. Jika beratnya 1 kilo mungkin hasil yang akan kita perolehi adalah dalam lingkungan RM 2.00 macam tu. Saya pun tidak berapa pasti, ini kerana kerja-kerja menjual surat khabar lama ini biasanya adik saya yang akan buat operasi. Biasalah budak-budak sekolah nak cari duit poket.
Ini faktanya yang sebenar, jika anda dapat menghasilkan produk kraftangan dari jumlah berat 1 kilo kertas surat khabar lama yang telah dijual tadi. Purata jumlah hasil pendapatan yang bakal anda perolehi adalah dalam linkungan RM 30.00 hingga RM 70.00 dan mungkin akan lebih dari itu. Ini bergantung kepada jenis produk kraftangan yang anda hasilkan. Jika reka bentuknya menarik dan kualitinya baik sudah tentu pulangan yang bakal anda perolehi akan melebihi dari apa yang saya sebutkan tadi.
Menarik bukan ? kepada suri rumah yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan. Jadikanlah aktiviti membuat kraftangan dari bahan kitar semula ini sebagai salah satu punca pendapatan tambahan anda. Yang penting anda perlu ada sedikit kretiviti untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang menarik.
Kepada yang berminat untuk mengetahui bagaimana hasil kraftangan dari kertas ini dihasilkan dengan lebih lanjut, sila hubungi saya sekarang.Saya harap maklumat ini dapat membuka satu lagi peluang baru buat anda semua dalam menambah sumber pendapatan yang sedia ada.Sampai di sini sahaja dan lain kali kita sambung lagi di topik yang lain pulak. ( telah ditamatkan perkhidmatan, tukang kraftangan bertukar ke bidang jahitan baju wanita katanya lebih lumayan )
Sekian terima kasih dan selamat mencuba.