Categories
Perniagaan Research & Development

Buat Bisnes Syok Sendiri

Draf atas kertas cantik-cantik. Bila buat betul-betul bisnes lingkup tak sampai setahun. Ini bisnes syok sendiri namanya. Salah satu cara dan jalan keluarnya boleh baca dekat blog ini.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jangan terlibat dengan aktiviti perniagaan yang sebegini. Nak tahu kenapa?

Pengakhiranya adalah bisnes tidak kekal lama, modal hangus dan terpaksa bayar dan menanggung beban hutang ( untuk yang meminjam ). Bahayanya bisnes syok sendiri adalah kerana bergantung kepada draf atas kertas yang dibuat atas dasar syok sendiri bahawa bisnes tersebut boleh berjaya ( penyakit bakal peniaga baru yang tidak ada pegalaman di dalam bidang perniagaan ). Terlalu bermotivasi dan kepercayaan berlebih-lebihan kepada kekuatan yang ada pada diri sendiri, sedangkan ilmu dalam bidang perniagaan tidak lah sebanyak mana ( dulu kerja kerani kuanter bahagian depan sahaja ).

Jalan penyelesaianya yang selalu pihak admin buat adalah menggunapakai khidmat pengkritik tahap tinggi ( pedas tetapi ada isinya ):

  1. Dapatkan nasihat pengkritik dari lavel bawah sampai level atasan.
  2. Lagi pedas kritikan lagi baik.
  3. Bukan seorang pengkritik tetapi ramai dan mengikut sektor keperluan dalam bidang masing-masing. Terutamanya bahagian marketing, kewangan, customer services, research & deverlopment dan banyak lagi ( ikut keperluan perniagaan ).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *