Categories
Aktiviti Hujung Minggu Pelaburan Perniagaan

Cara Terbaik Atasi Masalah Persaingan Harga

Terlibat dengan aktiviti persiangan harga, untung ke rugi cara perniagaan sebegini?

Assalamualaikum.

Sebagai seorang peniaga, lawan harga antara satu sama lain memang sudah menjadi trend sejak dari dulu lagi. Perkara ini baik atau tidak baik?

Baik untuk pembeli..heee..hee. Untuk peniaga memang kurang baik sebab dah ada pesaing. Tetapi peniaga harus ingat, dari persaingan sebegini lah lahirnya kualiti perkhidmatan. Pada pendapat admin, ini lah yang terbaik. Ikut pengalaman admin, untuk mengatasi masalah persaingan harga ada banyak cara, sebahagianya yang pernah admin praktikan ada dibawah:

  1. Perbanyakan saluran perniagaan yang berbeza skill
  2. Berniaga secara online dan offline
  3. Terlibat dalam bidang perniagaan yang sukar untuk di copy
  4. Berniaga berdasarkan kualiti bukan mencari keuntungan semata-mata
  5. Cari perniagaan yang tidak perlu simpan stok ( cara paling berjaya setakat ini, tetapi bukan dropshiping  )
  6. Dan banyak lagi

Stratergi perniagaan yang baik adalah penjenamaan. Sebaiknya perniaga atau usahawan perlu membina brand / jenama sejak dari awal keterlibatan dalam bidang perniagaan lagi. Mana-mana perniagaan yang sudah ada jenama / brand biasanya akan kalis persaingan harga.  Kemudian jalinkan hubungan yang baik dengan setiap palanggan yang pernah berurusniaga dengan kita. Insyaallah, untuk sesi akan datang pihak admin akan cuba ketengahkan ciri-ciri amalan penjenamaan yang baik pulak. ( part penting )

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *