Categories
Aktiviti Hujung Minggu Sharing Is Good

Pasang Blog Sistem Kedai Online

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Salah satu cara yang paling mudah untuk memiliki blog yang lengkap dengan sistem kedai online adalah menggunakan platfom wordpress.

WordPress adalah CMS yang cukup terkenal dan sering digunakan sebagai platfom penting bagi kebanyakkan blogger untuk berbagai aktiviti online.Dengan mengunakan platfom wordpress banyak benda yang boleh dibuat termasuk memiliki sistem kedai online dan juga yang lain-lainya.

Untuk memiliki sistem kedai online yang dipasang pada platfom wordpress, tuan-tuan dan puan-puan hanya perlu pasang plugin sistem kedai online yang mana ianya boleh didapati secara percuma dan juga ada yang berbayar.Antaranya:

  1. WP e-Commerce
  2. eShop
  3. Simple WordPress Paypal Shopping Cart

Dan banyak lagi, contoh yang saya sediakan dekat atas tadi semuanya boleh didapati dengan percuma sahaja.Contoh laman blog yang telah siap di pasang masuk dengan sistem kedai online oleh pihak saya, tuan-tuan dan puan-puan boleh rujuk dekat sini: SILA KLIK DISINI

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Aktiviti Hujung Minggu Online shopping cart Perniagaan internet Produk terbaru

Blog dan sistem kedai online

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Alhamdulillah dan bertemu sekali lagi. Ini merupakan pakej pemasangan blog bersama sistem kedai online dari saya untuk tahun ini.Projek ini dibagunkan khusus untuk para peniaga internet yang baru dan juga yang lama.Projek ini diberi nama blog dan juga sistem kedai online.

Projek ini dibangunkan khusus untuk memberi tumpuan dan juga peluang kepada  para peniaga internet yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet untuk memiliki blog yang lengkap dengan sistem kedai online.Sebagai seorang peniaga internet, jika tidak memiliki blog atau laman web yang bercirikan sistem kedai online ianya boleh dianggap sebagai satu kerugian yang  sangat besar di zaman sekarang ini.Dengan adanya blog  atau laman web yang dilengkapi dengan sistem kedai online, ianya dapat membantu melancarkan lagi aktiviti perniagaan internet yang dijalankan supaya dapat disebar luaskan lagi pengaruhnya.

Kenapa perlu ada konsep blog dan sistem kedai online?

Konsep blog dan sistem kedai online ini adalah konsep blog yang mudah dan ringkas untuk kegunaan peniaga internet pada peringkat permulaan. Konsep ini hanya sesuai untuk peringkat permulaan sahaja dan juga sesuai untuk dijadikan platfom pertama untuk menguji sejauh mana keupayaan perniagaan internet yang bakal dijalankan dan dapat mencapai sasaran seperti mana yang diharapkan.Seperti mana yang telah sedia maklum untuk perniagaan internet yang berskala besar ianya tidak sesuai untuk diguna pakai.Bagi yang berminat untuk melanggan pakej blog dan sistem kedai online ini sila rujuk dibawah:

Kelebihan blog dan sistem kedai online:

  1. Mesra pengguna dan pemilik.
  2. Mesra dengan enjin pencari seperti Google, Yahoo, Bing dan banyak lagi ( SEO ).
  3. Mudah dan ringkas.
  4. Sesiapa sahaja mampu untuk mengendalikannya.
  5. Reka bentuk yang menarik dan kemas
  6. Page loading yang laju
  7. Tiada had muka surat dan produk
  8. Lengkap dengan sistem pembayaran terkini

Kelebihan yang disediakan oleh pihak saya jika melanggan pakej ini:

  1. Tutorial secara percuma
  2. Domain name percuma untuk satu tahun pertama
  3. Bantuan sokongan selama setahun
  4. Template boleh ubah dan tiada had
  5. Bantuan khidmat nasihat pemasaran secara percuma

Bagaimana untuk melanggan perkhidmatan ini?

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang berminat dengan pakej pemasangan blog bersama sistem kedai online yang sedang diwar-warkan ini, sila tinggalkan hasrat tuan-tuan dan puan-puan diruangan komen yang telah tersedia secara percuma dibawah.Pihak saya akan menghubungi pihak tuan-tuan dan puan-puan sebaik sahaja maklumat tersebut diterima.

Berapa harga pakej blog dan sistem kedai online ini ?

Sebelum berkahirnya 31/08/2011 harga yang ditawarkan adalah RM150 sahaja.Selepas berakhirnya tarikh tersebut harga baru bagi pakej ini adalah RM200.Jika tuan-tuan dan puan-puan betul-betul berminat dengan pakej ini sila buat tempahan dari sekarang. Sila maklumkan kepada pihak saya melalui ruangan komen yang telah tersedia secara percuma dibawah. Jika pihak saya tidak menerima sebarang status terkini berkenaan tempahan awal tersebut selepas sebulan dari tarikh berkahirnya promosi harga RM150 tersebut.Pihak saya beranggapan bahawa tempahan tuan-tuan dan puan-puan telah terbatal dengan sendirinya.Harap maklum.

Demo laman blog bersama sistem kedai online

Untuk merasai sendiri bagimana aksi blog bersama sistem kedai online yang di  war-warkan ini, tuan-tuan dan puan-puan boleh rujuk disini:

Sampai disini sahaja, semoga maklumat ini bermanfaat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Jangan lupa, jika berminat dengan tawaran ini sila tinggalkan hasrat-tuan-tuan dan puan-puan diruangan komen yang telah tersedia secara percuma dibawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Aktiviti Hujung Minggu

Cara buat blog wordpress dan blogspot

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

Topik kali ini fokus kepada cara nak buat blog wordpress dan blogspot. Yang sebenarnya saya dah lama menyediakan perkhidmatan membuat blog + sistem kedai online dan tak terfikir pulak untuk berkongsi pengalaman yang saya ada itu dengan tuan-tuan dan puan-puan semua. Ok … hari ini adalah hari yang sepatutnya dari dulu lagi saya buat benda ini. Jom kita ikuti cara-caranya di bawah:

Untuk menjadi seorang blogger tuan-tuan  dan puan-puan kena ada blog. Cara untuk buat blog yang sebenarnya tidaklah susah sangat pun. Yang pertama tuan-tuan dan puan-puan harus pilih untuk guna platfom yang berbayar atau yang percuma. Pada peringkat permulaan elok di cuba yang percuma terlebih dahulu dan apabila sudah selesa dan sudah dapat melihat hakikat sebenar kelebihan yang ada jika menjadi seorang blogger. Baru lah bertukar ke platfom yang berbayar pulak.

Kaedah pertama yang perlu kita cari adalah PLATFOM BLOG PERCUMA

  1. Blogspot ( percuma dan tidak mengalakkan pengguna yang berdaftar denganya menjalankan aktiviti bersifat komersial dan melanggar terma-terma yang telah ditetapkan )
  2. WordPress ( Percuma dan sama seperti terma-terma yang disarankan oleh blogspot )
  3. Dua tu sahaja yang saya suka, yang lain tuan-tuan dan puan-puan kena cari sendiri.

Langkah pertama untuk buat blog, saya cadangkan tuan-tuan dan puan-puan lihat sahaja video yang saya sediakan ini. Yang sebenarnya saya tak suka taip dengan panjang lebar dekat sini. Jadi video ini sebagai penggantinya:

[media id=57 width=480 height=460]

Emm macam mana mudah kan ? untuk sesi seterusnya kita lihat pulak macam mana pulak kita nak selenggara blog yang kita sudah siapkan supaya nampak lebih cun.

Blogspot setting part 1

[media id=58 width=480 height=460]

Blogspot setting part 2

[media id=59 width=480 height=460]

Blogspot setting part 3

[media id=60 width=480 height=460]

Ok sekarang kita ke platfom blog percuma yang seterusnya iaitu WORDPRESS. Ini adalah versi lama yang sempat saya kutip dari Youtube.

[media id=62 width=480 height=460]

Ahhhaaaaa…sudah siap tutorial ringkas macam mana nak buat blog. Mudah sahaja kan? semua cara-cara dekat atas tadi adalah datangnya dari platfom percuma. Jadi untuk peringkat permulaan elok dicuba platfom percuma terlebih dahulu.Kalau dah rasa hendak pergi lebih jauh dalam dunia blogger, elok pasang platfom sendiri. Biasanya CMS WORDPRESS sangat-sangat saya syorkan. Kalau malas nak pasang sendiri, tuan-tuan dan puan-puan boleh upah web developer yang tuan-tuan dan puan-puan kenal. Biasanya kos yang dikenakan antara RM150 ke RM250 dan lebih dari itu pun ada.Jadi pandai-pandai lah buat pilihan untuk kebaikan diri dan juga pelaburan yang tuan-tuan dan puan-puan telah buat. Kalau nak senang, upah saya pasang pun boleh..heee..heee.

Yang lain-lain nya tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan dari enjin pencari google dengan kata kunci ” cara buat blog “.Harap maklum.

Kelebihan memiliki blog

Pada kebiasaanya tujuan utama memiliki blog adalah untuk mencari sumber pendapatan tambahan, untuk berkongsi maklumat, berkongsi ilmu pengetahuan, untuk menjadi glamour, terkenal dan macam-macam lagi. Jika di salah guna  blog boleh membawa bermacam-macam bencana. Jadinya blog memang mempunyai banyak kelebihan. Bagi diri saya blog adalah saluran sumber pendapatan kedua yang penting buat saya. Pengalaman pertama saya memulakan perniagaan internet adalah melalui blog percuma iaitu blogspot. Selepas blogspot percuma kena ban akibat langgar terma-terma yang diberikan, maka keputusan nekad telah dibuat dan niaga24jam.com pun dilahirkan dengan rasminya dan hidup sampai sekarang..

Selamat mencuba dan semoga bahan yang disediakan yang mana kebanyakan nya di ambil dari sumber YOUTUBE  dapat mambantu tuan-tuan-puan-puan serba sedikit  dalam mempelajari selok belok untuk membuat, membina dan menyelengara blog yang tuan-tuan dan puan-puan miliki nanti.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.