Categories
Client Research & Development

Kenapa saya guna minyak kelapa asli?

Bismillah,

Saya ada masalah kulit kering pada bahagian muka dan beberapa bahagian lagi pada badan dan bahan terkini yang saya guna sebagai pelembab yang boleh dikatakan berkesan adalah minyak kelapa asli yang di proses sendiri menggunakan kaedah peram untuk tempoh 24 jam ( cold press ) dan bukan cara pemanasan untuk mendapatkan khasiat MCT darinya.

Alasan berikutnya….

Alasan berikutnya, dikeranakan untuk melebatkan dan merawat masalah keguguran rambut yang saya sedang alami. Memandangkan penampakkan untuk jadi botak dikepala semakin ketara, maka minyak kelapa dikatakan salah satu darinya yang mampu bekerja untuk tugasan tersebut. Ini semua hasil daripada beberapa siri pencarian maklumat berkaitan masalah rambut yang saya buat dan perolehi dari pelbagai sumber. Jadinya, saya try dan belum ada penampakkan sebarang hasil lagi…baru nak mula…

Alasan paling best…

Meningkatkan daya berfikir dan mampu merangsang kecerdasan minda….sebelum ini saya guna Noocube dan ini produk dari luar negara tetapi ada kajian menyatakan bahawa minyak MCT yang terhasil dari buah kelapa ini juga sangat bagus untuk tugasan tersebut…makanya saya pun cuba laaa untuk membuktikan kajian tersebut sama ada betul atau tidak…2 atau 3 bulan dari sekarang saya akan muat naik hasilnya…tungguuuuu.

Banyak lagi kelebihan yang lain-lainya….dan yang lain-lain tu nanti saya muat naik dekat blog ini…kena tunggu waktu rajin.

Cara guna…

  1. Untuk masalah kulit saya hanya sapu pada bahagian luar kulit. Sehari 2 ke 3 kali macam tu tetapi yang saya guna ini dari versi minyak tanak kerana cara yang satu lagi minyaknya berbau masam….heee…heeee. Belum jumpa teknik untuk buang bau masam tersebut. Masam kerana peram terlalu lama agaknya.
  2. Untuk kecerdasan minda dan daya fikir, saya akan minum sebelah pagi dan sebelum tidur. 2 kali sehari…kena berjimat cermat sebab payah nak proses stok minyak kelapa VCO ni dan nak buatnya pulak ambil masa yang panjang…. Sebiji nyoq saya dapat sekitar 100ml – 250ml sahaja.

Setakat itu sahaja perkongsian sesi R&D saya melibatkan minyak kelapa asli pada kali ini…yang penting proses sendiri.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Categories
Client Research & Development

Buat duit dengan channel Telegram

Bismillah,

Channel Telegram itu percuma dan boleh saja digunakan sebagai tapak jualan yang paling bagus untuk menghasilkan pendapatan atau duit darinya. Channel Telegram itu boleh digunapakai mengikut kretiviti masing-masing asalkan cara tersebut dibenarkan oleh pihak Telegram.

Tutorial ringkas bagaimana caranya untuk persiapkan channel Telegram ada dekat bawah…ringkas sahaja naaa…

Klik butang bulat ada tanda pen atau pensil seperti dalam gambar dekat sebelah tu..

Klik kotak yang bertanda “New Channel”

Masukkan semua maklumat yang bersesuaian pada bahagian yang bertanda No 1, No 2 dan No 3.

Dan ini bahagian terpenting untuk mengaktifkan ruangan komen dalam Channel. Jika penetapan asal, channel tiada ruangan komen, maka guna cara ini untuk aktifkan ruangan komen…

Tips: Caranya, kena buat private group, kemudian masukkan link private group dekat ruangan discussion tersebut. Jadinya, nanti pelanggan atau pembeli boleh bertanya sesuatu dekat situ…mudah kan?…

  1. Langkah berikutnya, masukkan segala maklumat tentang produk seperti gambar dan video yang cantik-cantik jika ada berserta keteranganya sekali. Nama pun tapak jualan untuk tambah duit kan?, makanya maklumat itu semua memang sangat perlu diadakan dekat dalam channel tersebut.
  2. Dah siap semua tu, kena laaaa buat kempen dan iklan supaya keberadaan channel tersebut dapat diketahui umum. Untuk tugasan tersebut, boleh saja tempek dekat group iklan atau bisnes yang bersepah dalam aplikasi Telegram atau dekat mana-mana media yang lainnya. Yang penting buat Iklan jangan sampai kena BAN.
  3. Berikutnya, duit akan masuk jika semuanya berjalan lancar…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Client Research & Development SEO

Iklan SEO muka depan

Bismillah,

 Bagaimana caranya?…

  1. Kena ada blog, laman web, Youtube akaun atau lain-lain platfom  yang mesra enjin pencari dan team kami menggunakan blog sebagai agen untuk tugasan tersebut.
  2. Kena tahu selok belok penetapan kata kunci yang bersesuaian dengan permintaan yang ada dipasaran atau yang ada kebarangkalian akan dicari oleh pengguna.

Iklan SEO bergantung kepada kepandaian untuk menggunakan kata kunci yang bakal dicari oleh pengguna, yang mana ianya telah tersedia di pengkalan data enjin pencari seperti Google. Apabila kata kunci yang tersimpan di pengkalan data tersebut dicari, maka keutamaan untuk tampil dimuka depan akan diberikan kepada kata kunci yang punya ciri-ciri yang dibenarkan dan disukai oleh algoritma yang mana ditetapkan oleh pihak pengurusan enjin pencari. Menjadi kelebihan terpenting kepada mereka yang pandai menggunakan kemudahan ini kerana hasilnya nanti adalah sangat lumayan dan boleh mendatangkan ROI yang cantik kepada pemilik perniagaan.

Pengalaman dan kepakaran diperlukan untuk mengusai teknik SEO muka depan. Emmmm, bagaimana blog ini boleh dijumpai dan tersenarai di dalam senarai enjin pencari?. Itu dikeranakan blog ini telah dikuasai oleh teknik pemasaran SEO.

Untuk jimat kos, disarankan belajar, kuasai dan buat sendiri teknik SEO. Berapa harga termurah pakej SEO?. Rujuk dekat bawah?….

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 


Sale!

BOT IKLAN AUTOMATIK + PAKEJ IKLAN SUPER JIMAT TERHAD 2 SLOT SAHAJA

RM 0.00RM 10,550.00

Plan percubaan PERCUMA. 10 slot sahaja dibuka, 1 percuma 9 berbayar.  Update setiap 10/15 minit / random / automatik / jalan 24 jam dan sokong iklan format video durasi 15 saat + teks bergambar. Memang mudah dan jimat masa…

 

81 SUCCESSFUL ORDERS

42331 viewed until today

SKU: N/A Categories: ,

Tonton Video

  1. 45k+ ( kolam Telegram ) penampilan sekali update. Anggaran 10 ke 12 kali update untuk tempoh 24 jam.
  2. Iklan dihantar setiap 10/15 minit secara rambang ( kolam Telegram ).
  3. Iklan terpampang di group hos rangkaian Telegram + Blog pemasaran SEO + Twitter ( X ) + Google search engine muka depan 1 atau 2 + Whatsapp + Tiktok ( format video singkat ).
  4. Sokongan iklan format teks bergambar statik dan video pendek durasi 15 saat ( terbaru ). Video suntingan adalah percuma.
  5. Pelayan iklan beroperasi 24 jam secara automatik ( kolam Telegram sahaja ).
Kelamahan:
  1. Tempat adalah terhad. Hanya 10 slot sahaja yang dibuka. 1 percuma dan 9 berbayar.
Benda free yang paling berguna… Bantuan teknikal untuk usahawan yang lemah dalam bidang pemasaran akan diberikan secara percuma tetapi untuk mereka yang berani layan pakej berbayar sahaja. Pertanyaan, sila telegram admin team pemasaran t.me/niaga24jam yang bertugas iaitu En https://t.me/maketmakers.