Categories
Aktiviti Hujung Minggu Marketing Perniagaan Sharing Is Good

Tambah Hasil Jualan Dengan Tip Ringkas Ini

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi, macam mana nak tambah lagi hasil jualan?

Mungkin tip ini berguna untuk tuan-tuan dan puan-puan. Dekat sini saya hanya akan bawa masuk salah satu darinya sahaja.

Caranya mudah sahaja,

  1. Cuba jual atau tawarkan apa-apa produk yang sentiasa dicari oleh pembeli dan yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran.
  2. Teknik pemasaran sedia ada. ( bahagian penting ) Teknik pemasaran merupakan medium penting untuk menyebar luaskan maklumat berkenaan perniagaan kita. Cuba bayangkan, jika maklumat berkenaan kuih tradisional yang kita jual dapat sampai kepengetahuan manusia yang berada di Malaysia amnya sebanyak 10 juta orang. Dalam 10 juta orang, 5% bertindak untuk membuat tempahan kuih tradisional tersebut. Setiap unit kuih tradisional untungnya RM 0.25 sen, banyak tu untungnya.

Cara ini lebih mudah dan berdasarkan pengalaman saya, cara ini telah berjaya meningkatkan hasil jualan saya sebanyak 200% dari yang sedia ada.

Nak tahu medium pemasaran yang sesuai dan yang jimat kos, sila hubungi pihak admin yang bertugas.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Perniagaan Rahsia Dan Tip Menarik

Resepi Nasi Lemak

Assalamualaikum,

Macam mana nak buat nasi lemak yang sedap? kisah 10 tahun dulu-dulu semasa admin jadi tukang masak nasi lemak ( nasi sahaja, sambal tukang masak lain yang buat ).

Bahan-bahan yang admin guna untuk masak nasi lemak adalah bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia. Bahan-bahan yang admin kisar guna blender bawang putih, bawang merah dan halia.

Okay, masuk bab kedua iaitu masak semua bahan tadi ( bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia ) sampai naik minyak bersama minyak masak, mentega dan minyak sapi.  Bila nasi sudah hampir mendidih masukan semua bahan yang telah dimasak tadi ke dalam periuk dan dikacau-kacau sehingga sebati. Santan, daun pandan dan perasa secukup rasa ( admin guna serbuk ayam + garam + gula + ajinomoto ) jangan lupa pulak. Bila hampir masak, nasi lemak yang dimasak akan berbau harum dan warnanya kekuning-kuningan.

Yang ini info untuk peniaga nasi lemak sahaja, jika berhajat untuk dapatkan bekalan ikan bilis dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi pihak admin yang bertugas. Kualiti ikan bilis telah siap diproses dan telah siap di belah-belah mengikut gred tersendiri.

Tempahan secara online sila rujuk ruangan /hangouts yang telah disediakan oleh  pihak admin.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

DSC_2347

 

Categories
Pelaburan Sharing Is Good

Emas Dan Sedekah

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi, emm senjata mantap untuk kalis inflasi iaitu emas dan sedekah.

Ada sesiapa yang sedang atau telah lama menguna pakai kaedah ini? kalau belum buat lagi, elok mula dari sekarang. Nak cantik lagi tambah perniagaan internet sebagai alat bantuan tambahan atau sebagai pintu rezeki.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.