Categories
Kewangan Pelaburan

Sedekah Dan Kesanya

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bila kewangan tidak menentu, jalan paling baik untuk membuka kembali pintu-pintu rezeki supaya mudah sampai kepada kita adalah sedekah.

Buka dompet duit, jika ada RM100 maka ambil dan sedekahkan kesemuanya sekali. Ada berani? kemudian tunggu sahaja ganjaran dari pemilik alam ini. Kadar keuntunganya sebiji tumbuh 7 tangkai, setiap tangkai ada 100 biji, ganjarannya 1 : 700 biji. ( ini menunjukan berlipat kali ganda keuntunganya ).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Categories
Kewangan Pelaburan Research & Development

Boleh Guna Cara Ini Untuk Tambah Pendapatan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Belajar cara simpan duit + ASB + emas + ar rahnu + perniagaan ( offline / online )

Itu dia formula yang boleh digunapakai buat masa ini untuk bebas dari masalah kewangan. Siapa yang patut guna cara ini?. Sesiapa sahaja yang teringin untuk bebas dari masalah kewangan.

Pihak admin baru 3 bulan guna formula ini, alhamdulillah rekod kewangan semakin sihat dan semakin cantik. Apa masalah admin sebelum ini?.

  1. Duit bocor sana-sini
  2. Ada buat simpanan tetapi tidak boleh kekal lama.
  3. Untung perniagaan banyak tetapi simpananya sikit sangat.
  4. Dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, anda boleh cari formula ini dekat Google dan belajar buat sendiri secara try & error. Senarainya sila rujuk dekat atas tadi. Untuk belajar direct dengan pihak admin rasanya tidak sesuai, sebab pihak admin caj mahal ( nak cepat kaya kata kan ). Paling murah pun RM 197, itu pun basicnya sahaja. Harap maklum.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila berhubung secara terus dengan pihak admin yang bertugas. Boleh whatsapp / telegram / viber / call ke +6011 3222 9401 atau tinggalkan komen anda di bawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Kewangan Pendidikan Research & Development

Cara Dan Persiapan Awal Untuk Bersara Diusia Muda

Assalamualaikum dan salam hormat,

Pihak admin bersara dari kerja makan gaji pada usia 25 tahun ( bersara secara kosong ).

Berbekalkan duit simpanan yang hanya boleh bertahan untuk beberapa bulan sahaja dan sedikit ilmu dalam bidang komputer, internet dan saham pihak admin terjun dalam bidang perniagaan yang melibatkan internet dan alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan masih boleh bertahan walaupun suasana persekitaranya agak mencabar. Bagi pemuda dan pemudi yang berhajat untuk bersara diawal usia, buat lah persiapan awal dari sekarang.

Antara persiapan awal yang perlu diberi perhatian

  1. Ilmu meneruskan hidup. Tidak kira apa jua bidang dan yang sebaik-baiknya adalah yang sehati dan sejiwa dengan diri kita.
  2. Ilmu cara menyimpan duit dan manipulasi kewangan
  3. Yang lain-lain kena cari sendiri dan pihak admin syorkan 2 perkara penting ini sahaja.

Sekali lagi pihak admin syorkan supaya belajar cara betul untuk meyimpan duit. Berdasarkan pengalaman buruk admin yang lepas-lepas adalah:

  1. Pendapatan besar tetapi bocor sana-sini.
  2. Tiada simpanan yang sepadan dengan pendapatan.
  3. Terpaksa berhutang sedangkan pendapatan tinggi ( duit bocor tanpa kawalan ).
  4. Pendapatan banyak tetapi bila time nak bayar segala utiliti bil, sewa dan berbagai-bagai lagi caj perkhidmatan, duit sentiasa tidak cukup ( pelik dan inilah yang berlaku ).

Alhamdulillah, semua itu telah berjaya di atasi dan bagaimana caranya?. Jika hendak belajar bab dan ilmu ini dari pihak admin anda dikehendaki membayar RM 175 sahaja dan nilai pelajaran ini hanya jauhari yang mengenal manikam. Bagi yang ada banyak masa elok rasanya anda cari sendiri info yang berkaitan di dalam internet, lebih jimat dan yang penting ianya tidak dikenakan bayaran. Harap maklum.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila whatsapp / telegram / viber / line / call / sms ke 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.