Categories
Emas 916 Pelaburan

Cincin Emas Belah Rotan Gred 916

Assalamualaikum dan salam hormat,

Pelaburan yang sangat menguntungkan.

Untuk terlibat dalam aktiviti pelaburan atau menyimpan emas 916, sila pastikan ianya melepasi beberapa syarat pemilikan penting supaya benda ini nanti tidak susut nilai dan boleh mendatangkan masalah dimasa akan datang.

wpid-IMG_20140226_091843.jpg

Apa syarat-syaratnya?

  1. Tumpat
  2. Tiada campuran atau ukiran bersalut emas putih atau batu permata dan sebagainya.

Hanya dua perkara mudah yang perlu diberi perhatian ( untuk pelaburan ). Kenapa? supaya mudah untuk dicagar atau dijual pada masa akan datang.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Categories
Emas 916 Pelaburan emas Research & Development

Harga Emas Naik Meroket

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hari ini 25/8/2015 pajak emas 916 dapat harga 1 gram RM161. Bulan 6/2015 harganya 1 gram baru RM143. Dekat RM 18 juga kenaikanya. Harga emas naik meroket………….sampai bila tak tau.

Itu baru 1 gram, jika 100 gram banyak mana dapat untung?. Habuan ini semua merupakan hadiah kesabaran untuk geng pelaburan yang suka melabur di dalam komoditi berasaskan emas. Jika sekarang baru nak beli………….untuk simpan nilai RM okay laaa…untuk dapatkan untung dari kenaikan harga, rasanya bukan lah masanya yang sesuai. Harga tinggi tu.

Teknik untuk mengaplikasikanya bagaimana?. Mudah sahaja, beli waktu murah kemudian simpan. Bila nak guna, pergi pajak dekat  ar rahnu. Cukup masa tebus balik ( jika cekap ilmu manipulasi emas, boleh guna kaedah ini ). Ada bajet lebih beli tambah time murah dan lama kelamaan bertambah-tambah lah simpanan emasnya. Bila sudah terlalu banyak boleh la convert untuk tukar ke pelaburan yang lain pulak. Contohnya beli aset pelaburan seperti rumah lelong, tanah, rumah kedai atau beli saham syarikat blue cip dan macam-macam lagi lahhh. Apa macam, boleh buat ka?.

Mana lagi untung ? perabih duit beli emas atau perabih duit beli benda merapu.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba dan kalau lambat kena tinggai.

Categories
Aktiviti Hujung Minggu Emas 916 Pelaburan Pelaburan emas

Pelaburan Emas Di Malaysia

Assalamualaikum,

Masuk bab pelaburan emas pulak. Ada lagi yang belum terlibat dalam bidang pelaburan emas?. Jika belum cepat-cepat bertindak.

Pelaburan emas ini sememangnya sangat mudah. Tak payah isi borang segala bagai yang menyusahkan. Yang perlu ada hanyalah duit dan minat untuk melabur dalam bidang ini. Bulan Sept sahaja jumlah carian dengan kata kunci pelaburan emas berjumlah 12100 carian. Mengatasi lain-lain carian pelaburan yang ada ( sumber ruj Google ). Celik pelaburan emas nampaknya makin bertambah di kalangan rakyat Malaysia ( Orang Melayu amnya ).

Cara paling selamat untuk terjun dalam bidang pelaburan emas.

  1. Beli emas gred 999 / 916 yang kosong ( ikut bajet dan tak ada makeup ). Supaya senang nak jual, pajak dan sebagainya.
  2. Simpan buat sementara waktu kemudian belajar ilmu manipulasi emas dari pakar-pakar manipulasi pelaburan emas yang berlambak dalam Negara Malaysia( admin selalu follow Tok Belagak ). Kawan Tok Belagak dari Negeri Sembilan pun okay juga tapi nama sudah tidak ingat.
  3. Bila sudah tau cara manipulasi seharusnya kena pairing dengan bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Admin pairing dengan perniagaan internet. Jika teknik Tok Belagak dia pairing dengan properties. Ikut kepakaran masing-masing.
  4. Buat masa ini perkhidmatan Ar Rahnu adalah tempat yang paling sesuai untuk pajak emas-emas yang kita ada ( admin letak dekat YAPIEM sahaja ). Dekat sini tak banyak karenah.

Pelaburan emas ada macam-macam teknik dan cara. Terjebak dengan skim pelaburan emas yang ada senarai atau bakal disenaraikan oleh Bank Negara adalah sangat-sangat tidak disarankan ( tidak ramai yang berjaya melepaskan diri ). Sebelum pelaburan anda dibekukan sila berhati-hati atau ikut sahaja panduan pertama tadi. Undang-undang yang ada mungkin tidak sama, jadi jangan berkeras dalam hal ini. Tolak p tolak mai anda tetap akan menjadi mangsa ( jangan buang masa ).

Kenapa dengan pelaburan emas? admin tidak yakin dengan nilai wang kertas sebab tu admin tukar semua nilai wang kertas tersebut ke dalam bentuk pelaburan emas supaya nilainya terjamin.

Sekian terima kasih dan selamat melabur.

Cincin Belah Rotan 916