Categories
Research & Development Urusniaga Pasaran Hadapan

Operasi Menjinakkan FCPO

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bahan ini adalah sesi R&D untuk menjinakkan FCPO. ( urusniaga pasaran hadapan minyak sawit ).

Telah sedia maklum urusniaga FCPO ini memang agresif. Permintaan dan penawaran yang berlaku di dalam setiap sesi urusniaga boleh menyebabkan hati seseorang trader sentiasa dup…dap…dup..dap ( trader baru masuk market saja kot ).

Ini baru langkah mula dan admin akan update lagi kisah dan stratergi berikutnya. Sekarang tengah test market dan setakat artikal ini di muat naik admin dah loss secara bayangan dekat RM 2 ribu ( belum loss secara total, posisi masih open ).

Teknik yang diaplikasi

  1. Open trade + pasang stop loss yang selesa + monitor harga sikit-sikit dan Log out. Sambung tugas sedia ada.
  2. Belah petang, sejam sebelum market tutup, monitor FCPO semula.
  3. Keputusannya adalah loss..heee..hee ( jangan ikut cara ni ).

Ini semua R&D secara live trade dan yang mana berguna, anda boleh ambil dan test untuk digunapakai. Risiko tanggung sendiri.

Sekian terima kasih.

Categories
Urusniaga Pasaran Hadapan

Port High Risk Terbaik Untuk Tambah Income

Assalamualaikum dan salam hormat,

Lokasi high risk untuk tambah pendapatan / income. Tidak sesuai untuk manusia lemah, yang tidak kuat semangat dan yang terlebih motivasi.

Satu mata RM 25, cuba anda bayangkan dalam sebulan boleh dapat untung 150 ke 200 mata. Dianggarkan purata pendapatan untuk 1 lot boleh mencecah sehingga RM3000 ++ sebulan ( lebih dari ini pun boleh ). Itu baru satu lot, jika 10 lot mau RM 30k juga dalam sebulan ( banyak tu ). Kalau nak rugi pun lebih kurang sama macam tu laa juga ( rugi banyak disebabkan tidak ada ilmu yang cukup ). Perniagaan apakah ini?.

Ini urusniaga pasaran hadapan ( FCPO ). Salah satu produk yang ada di Bursa Malaysia. Sangat tinggi risikonya, boleh rugi dan untung pada bila-bila masa. Jika ada duit lebih, boleh cuba nasib untuk berurusniaga dekat sini. Pihak admin dalam rangka persiapan untuk masuk berurusniaga di sini ( sudah lama tidak beraksi, rindu laaa pulak ).

Berapa modal permulaan yang diperlukan?

Untuk permulaan, modal yang agak selesa RM 10k ( lagi banyak lagi laa baik ).

Jika berminat sila dapatkan info berkenaan FCPO ini di laman web Bursa Malaysia. Dekat sini hanya fokus kepada cara masuk dan keluar market dengan bergaya sahaja dan bab basic urusniaga tidak terlibat. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila berhubung dengan pihak admin yang bertugas.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Pelaburan Urusniaga Pasaran Hadapan

Urusniaga FCPO

Assalamualaikum,

Ada duit lebih dan berminat untuk menambah keuntungan sedia ada?

Apa kata cuba try usha FCPO ( Urusniaga Pasaran Hadapan Minyak Sawit ). Produk ini lulus syariah dan pasaran FCPO ni sangat aktif.

68853497

Untuk yang baru nak mula, elok cari ilmu BERKAITAN urusniaga FCPO dan cara baca teknikal analisis dulu. Jangan sampai rugi tahap lantai baru nak sedaq.

1 mata boleh untung atau rugi RM 25 dan dalam satu hari market boleh bergerak sehingga 30 ke 50 mata ++. Fikir-fikirkanlah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.