Categories
Online shopping cart

Pakej pemasangan laman web perniagaan

Assalamualaikum,

Ini merupakan pakej yang pertama dari saya untuk peniaga internet yang memerlukan shopping cart + blog. Dengan pakej yang ditawarkan ini anda dapat memiliki laman  web/blog yang telah siap dilengkapi dengan shopping cart.Menarik bukan, kalau berminat sila lihat spesifikasi pakej yang ditawarkan.

Spesifikasi pakej pemasangan laman web/blog + shopping cart

  1. Anda akan dapat 1 laman web/blog + shopping cart
  2. Harga pakej pemasangan yang berpatutan. Pembukaan harga pakej  pemasangan bergantung kepada bajet yang anda peruntukan.
  3. Mudah untuk diselengara + user friendly dengan search engine dan juga penguna atau pembeli.
  4. Laman web/blog + shopping cart yang cantik,simple dan kemas.
  5. Khidmat bantuan dan tunjuk ajar selepas jualan.
  6. Kalau nak tengok contoh, tak payah p jauh tengok saja konsep blog + shopping cart yang ada dekat laman web saya ni atau klik saja dekat navigation bar dekat atas tu. Itu sudah cukup sebagai permulaan.

Emm itu sahaja ciri-ciri pakej yang disediakan.Telah sedia maklum bab harga pemasangan anda sendiri yang tentukan.Jika tawaran harga yang  anda tetapkan itu sesuai dengan pakej yang ditawarkan ini, baru lah urusniaga ini akan diteruskan. Jika tidak sesi tawar-menawar akan diadakan.Harap maklum.

Lagi satu perkara pakej ini ditujukan khusus untuk peniaga internet yang berskala kecil macam saya ni.Kalau yang berskala besar disarankan supaya dapatkan profesional yang bertauliah. Memandangkan sekarang ini ramai yang berminat untuk berniaga melalui internet jadi kalau ada shopping cart + blog atau laman web ianya akan memberi satu lagi kelebihan  tambahan kepada pengguna dan juga pemilik laman web itu sendiri untuk mengurus, membuat promosi dan bermacam-macam lagi.

Macam biasa jika berminat dengan pakej yang ditawarkan, email atau guna saja ruangan komen yang ada dekat bawah tu.Itulah cara yang paling cepat sekali anda semua dapat berhubung dengan saya.

Sekian terima kasih dan selamat berurusniaga.

Categories
Online shopping cart Untuk dijual

Beg tangan dari kertas majalah

Assalamualaikum,

Ada satu perkara menarik yang ingin saya sampaikan disini,kepada peminat produk atau hasil kraftangan yang dibuat dari kertas majalah atau kertas surat khabar kini anda semua berpeluang untuk memilikinya.Ini kerana produk kraftangan yang bakal saya terangkan nanti akan ditawarkan dalam laman web ini.Itupun jika anda berminat untuk mendapatkanya.Buat permulaan stoknya adalah amat terhad.

Untuk pengetahuan anda semua,memandangkan kertas majalah amat terhad dan oleh kerana bukan semua kertas majalah sesuai untuk digunakan.Jadi kepada yang berminat anda semua boleh membuat tempahan terlebih dahulu sebelum ianya dapat dikirimkan kepada anda. Biasanya sebelum ini hanya kertas surat khabar lama sahaja yang akan jadi sasaran tapi untuk kali ini sedikit perubahan telah dibuat untuk mendatangkan kelainan.Kalau tak percaya anda boleh lihat contoh yang telah saya sediakan tuh.

 

 

 

Dibuat dari kertas majalah
Dibuat dari kertas majalah

 

 

Dibuat dari kertas majalah
Dibuat dari kertas majalah

 

 

 

Macam biasa bab nih tak perlu cerita panjang-panjang,kalau cerita sikit pun anda semua dah boleh faham.Sebabnya bab ini adalah bab promosi.Kalau ada pemilik kedai kraftangan yang berminat untuk membuat tempahan,anda pun dialu-alukan juga.

Sampai dekat sini sahaja,kalau berminat anda buatlah  tempahan,kalau tak berminat cukuplah sekadar mai jengok laman web saya nih pun sudah dikira ok.

Sampai jumpa lagi dan sekian terima kasih..

Categories
Online shopping cart Pengedar & Pembekal Barang Perniagaan Perniagaan barangan bundle

Peluang Perniagaan : Menjual dan membekal kasut bundle

Assalamualaikum dan salam hormat,

Satu lagi peluang perniagaan yang terbuka luas kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memborong dan menjual kasut bundle pelbagai jenama.

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi pihak saya dengan segera untuk mendapatkan maklumat lanjut terkini berkenaan perniagaan kasut bundle. Ini juga merupakan satu peluang yang menarik kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan yang kian mendapat tempat di negara kita. Bab permintaan kasut bundle dipasaran bagaimana pulak ?, ooooooo itu tidak perlu dibimbangkan. Kasut bundle memang sudah ada peminatnya yang tersendiri di negara ini.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua yang berminat untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan kasut bundle dan bagi yang sedang mencari pembekal kasut bundle. Sila rujuk spesifikasi serba ringkas berkenaan kasut bundle yang tawarkan oleh pihak saya.

Kos yang diangarkan untuk satu guni kasut bundle adalah :

  1. Dalam RM 1250.00 + kos penghantaran mengunakan perkhidmatan KTMB
  2. Kasut bundle yang ditawarkan ini merupakan kasut bundle yang telah siap di proses. Tak perlu untuk diperbaiki lagi, semuanya telah siap sedia.
  3. Macam-macam jenama ada.

Kepada yang berminat, sila berhubung secara terus dengan pihak saya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan harga dan juga stok kasut. Harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.