Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Cara Kami Jual Barang Bundle Di Malaysia

Bismillah,

Kami jual secara harga bid melalui online. Kami buat laman web yang siap dipasang dengan sistem bid sendiri yang ringkas dan senang untuk diguna oleh bakal pembeli dan peminat barang bundle amnya. Lepas tu, kami p cari sendiri stok barang bundle terpilih yang cun-cun dekat mana-mana penjual barangan bundle yang ada di Seluruh Malaysia. Ciri-ciri barang bundle yang kami cari.. ciri-cirinya seperti yang terpampang dekat bawah….

Yang pertama, kami akan cari

  1. Barang bundle yang berjenama jika dapat peluang.
  2. Kualiti tip-top. Ini syarat paling penting.
  3. Harga kena murah dan ini memang duduk dilevel keperluan utama perlu diperhalusi.
  4. Lepas tu try jual secara harga bid dekat laman web yang telah sedia ada tu. Harga buka biasanya akan bermula dari tangga harga barang kami dapat dari penjual atau pembekal + untung sejemput. Mula dengan harga bid RM 1 tu…. kami tak buat style tu.. nampak macam lekeh sangat dan tidak termasuk dalam kamus style team kami berniaga. Team kami akan letak dan buka pada harga yang sewajarnya sahaja. Tidak perlu buat permainan harga ke peringkat yang tidak sepatutnya perlu dibuat. Peniaga lain nak buat, itu mereka punya hal…
  5. Lepas tu, kami ulang langkah 1 sampai langkah 4 dan ulang lagi dan ulang lagi sampai laaa team kami cemuih…

Cara ni kami dapat jimat di banyak tempat. Yang bestnya, stok barang bundle yang kami simpan semuanya ketegori tip top. Pasainya, semua barang tu kami pilih sendiri yang sah-sah ada potensi dan pakej beli harga guni supaya dapat sauk harga murah segala bagai tu pulak kami tak buat. Buat serabut simpan stok banyak-banyak dengan barang bundle yang kadang-kadang stok ntah apa-apa. Yang eloknya berapa kerat saja.. Alasan dari pembekal nak bagi sedap hati.. “padan laa dengan cara tu, hampa kan nak beli yang harga murah… itulah barangnya kata pembekal”.. puuiihhh.

Scammer tak boleh cari makan dekat sini..

Team kami juga, sediakan escrow supaya urusniaga yang kami buat tidak terlibat dengan aktiviti scam.. Pasainya, selain barang dari team kami… barang dari peniaga lain juga kami open untuk masuk harga bid. Dengan itu, Aktiviti scam tu dipastikan tidak dapat berlaku dekat sini… ada berann?..

Itu laaa cara kami.. hanya perlu laman web + lengkap sistem bid + sistem pemasaran dan sistem pemasaran ni penting supaya proses cari bakal pembeli akan jadi lebih mudah. Cara team kami buat ni tak perlu setup kedai offline bagai, semua tu makan modai pada pentafsiran team kami dan kesan dari buka kedai tu laaa nanti membuatkan harga barang bundle perlu di markup harganya lebih tinggi dari apa yang mampu dibeli oleh pengguna barang bundle dekat Malaysia… Bukan peminat tau.. peminat barang bundle ni dia ada kelasnya yang tersendiri….

Caranya kerjanya, ada dekat bawah.. simple sahaja.

Pertanyaan, email ke support-team@niaga24jam.com atau masej admin kami yang bertugas di Telegram https://t.me/maketmakers.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Kasut Bundle Stefano Rossi | Saiz EU44/UK10 | Kualiti 70% | Kulit Dan Warna Coklat Gelap

Sold for: RM 55.00

Kepada yang berminat boleh bid harga di channel Telegram https://t.me/tokeybundle

Harga bid tidak termasuk kos pos ( RM7 – SM )

Sekian terima kasih dan barang bundle tidak semestinya harga mahal.

 

Item condition: Used

Auction expired without reaching reserve price

Categories: ,

Total Bids Placed:

Auction has expired

Auction expired without reaching reserve price

Product sold for buy now price: RM 55.00

Bidder Name Bidding Time Bid
Admin 102 9 February, 2023 9:53 am RM 36.00
Auction started 5 February, 2023 6:51 pm
Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Kasut Bundle Kulit Terpilih Harga Bid

Bismillah,

Kasut kulit bundle terpilih seperti yang ada dekat bawah, semuanya akan dijual ikut harga bid ( lelongan ). Banyak lagi stok yang akan dibawa masuk. Tunggu!……. mana tau ada yang berkenan.

Zaman sekarang pendapatan semakin menipis dan kuasa beli pula semakin berkurang. Makanya, jika  stok sudah ada tetapi tak ramai yang berani dan mampu untuk membeli… tak syok juga kan?.. Untuk projek kali ini, harga kasut bundle semuanya akan dijadikan harga mampu beli. Untung sikit-sikit jadi laaa kan?… lagi pun stok kasut bundle ni berlambak…. apa ada hal….kasi klear stok duluan. Stok akan datang, banyak lagi yang cun melecun dan tak perlu simpan keras berhabuk atas rak macam barang display…kan?…kan?. Boleh letgo.. kita letgo buang…

Seminggu sekali admin akan cari stok baru.. jika jumpa yang cun, kualiti bagus, harga bagus dan jenama pun bagus.. maka dekat bawah itu laa nanti akan dijual secara harga bid…

Kepada penjual kasut bundle yang berminat untuk tumpang sekaki… sila email ke support-team@niaga24jam.com atau Telegram ke https://t.me/maketmakers.

Majukan industri bundle Malaysia… bukan semua barang bundle cun melecun harga kayangan.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Kasut Bundle Stefano Rossi | Saiz EU44/UK10 | Kualiti 70% | Kulit Dan Warna Coklat Gelap

Sold for: RM 55.00

Kepada yang berminat boleh bid harga di channel Telegram https://t.me/tokeybundle

Harga bid tidak termasuk kos pos ( RM7 – SM )

Sekian terima kasih dan barang bundle tidak semestinya harga mahal.

 

Item condition: Used

Auction expired without reaching reserve price

Categories: ,

Total Bids Placed:

Auction has expired

Auction expired without reaching reserve price

Product sold for buy now price: RM 55.00

Bidder Name Bidding Time Bid
Admin 102 9 February, 2023 9:53 am RM 36.00
Auction started 5 February, 2023 6:51 pm
Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Jual Barang Bundle Secara Kecil-Kecilan Untuk Tambah Pendapatan

Bismillah,

Usaha paling mudah untuk dikerjakan oleh rakyat Malaysia yang berhajat untuk mencari sumber pendapatan tambahan adalah, jadi penjual barangan bundle secara kecil-kecilan di internet.

Kenapa barang bundle? kerana barang bundle ada market nya tersendiri..

Nak jadi peniaga bundle zaman laaa ni, tak payah mana dahhhh!. Yang jimat kos, salah satu darinya boleh guna sistem sederhana yang telah disediakan oleh pasukan kami… Sistem kami buat, jual barang bundle ikut harga bid dan cara kerja sistemnya boleh tengok dekat bawah… sangat simple dan slot yang dibuka adalah sangat terhad.

Sistem ini telah dipersiapkan dengan kemudahan pemasaran ala kadar sesuai dengan market untuk peniaga bundle peringkat pemula… Langkah seterusnya yang perlu dibuat oleh bakal peniaga bundle pemula adalah…

  1. Pergi cari barang bundle..
  2. Kemudian, masej admin kami untuk iklankan dan cari bakal pembeli kepada barang bundle tersebut ikut harga bid terbaik.
  3. Tunggu sehingga barang bundle tersebut terjual dengan harga bid tertinggi.
  4. Sudah dapat untung… Sila ulang langkah no 1 sehingga no 3 sampai cemuih..
  5. Bahagian last ini paling penting… bila sudah terkenal, sila buat sendiri channel pemasaran ikut format sendiri dan tempat ini sila bagi peluang dekat peniaga baru yang lain pulak supaya mereka juga dapat menapak dan tambah pendapatan seperti anda…
  6. Marketing, team kami buat…

Slot yang dibuka adalah sangat terhad… dan perkhidmatan ini PERCUMA.

Maka, lebih kurang macam itulah cara kerjanya untuk cari pendapatan tambahan selaku peniaga barang bundle secara kecil-kecilan…

Pertanyaan, sila email ke support-team@niaga24jam atau Telegram ke https://t.me/maketmakers.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Gucci / Serial No 012-615-3249

Auction Expired

Lengkap dgn dustbag limited edition..

Item condition: Used

Auction Expired because there were no bids

Categories: ,

Total Bids Placed:

Auction has expired

Auction Expired because there were no bids
Auction started 5 February, 2023 9:35 pm