Categories
Perniagaan Tukang Jahit Baju

Blouse Muslimah Moden Untuk Tempahan Sahaja

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bahan yang digunakan untuk blouse ini adalah kain cotton dan kain satin. Yang ini projek menjahit bagi 6 pasang blouse muslimah.

Kos upah untuk jahit baju blouse ini sekitar RM45 sepasang dan tidak termasuk kos penghantaran. Kain ditaja sendiri oleh tuan punya badan yang menempah baju blouse ini. Emm…. jangka masa yang diambil untuk disiapkan bagi menjahit 6 pasang baju blouse ini adalah  2 minggu.

Kos keseluruhan termasuk penghantaran bagi projek blouse ini adalah:

  1. Kos upah jahit RM 45 sepasang.
  2. Kos pos laju RM 23 untuk 6 pasang.
  3. Waktu yang diambil untuk disiapkan adalah 2 minggu.

Tempahan berjaya disiapkan mengikut jadual seperti mana yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dan berminat untuk membuat tempahan, sila whatsapp / telegram / viber / line / call / sms ke 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Harga upah jahit sepasang RM 45

Categories
Perniagaan Tukang Jahit Baju

Tukang Jahit Baju Kurung

Assalamualaikum dan salam hormat,

Tukang jahit yang disyorkan oleh pihak admin pada kali ini.

Hasil kerjanya berkualiti, kemas dan berpengalaman di dalam bidang jahitan ( tidak perlu bimbang bab kualiti ). Perkhidmatan ini dibuka secara khusus untuk kemudahan peminat-peminat baju kurung dan baju fesyen sahaja. Setiap tempahan mengikut keperluan saiz, design dan warna mengikut citarasa masing-masing. Jaminan yang diberikan adalah, setiap tempahan dibuat adalah SEDAP PAKAI, KEMAS dan BERKUALITI. Bagaimana pulak dengan harga?.

Harga tempahan bergantung kepada kos bahan-bahan yang ingin digunapakai ( kalau kain sendiri lagi mudah ). Manakala kos upahnya, sila rujuk dibawah;

  1. Baju kurung pesak RM 30
  2. Baju kurung moden RM 35
  3. Baju kurung Pahang RM 35
  4. Jubah biasa dan lain-lain jubah, harga bermula dari RM 30 sehingga RM 45 ( tidak termasuk harga aksesori tambahan )
  5. Untuk lain-lain tempahan sila hubungi pihak admin untuk maklumat seterusnya.

Di mana lokasinya?:

Kodiang, Kedah. ( pelanggan online boleh berurusan melalui whatsapp/telegram/wechat dan POS MALAYSIA ( hantar barang guna pos ).

Jaminan

Setiap tempahan dijamin sedap pakai dan mengikut kehendak pelanggan ( semasa membuat tempahan ).

Sebarang tempahan dan pertanyaan yang berkaitan sila kemukakan kepada pihak admin yang bertugas. Sila whatsapp / wechat / telegram /viber / line atau call di talian 011 3222 9401. Harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Perniagaan Tukang Jahit Baju

Ann’s Tukang Jahit Baju Wanita

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bertemu sekali lagi dan yang ini bisnes keluarga secara kecil-kecilan di rumah sahaja dan lokasinya di Padang Sera, Kodiang, Kedah.

Sekadar ingin mencuba nasib di pasaran internet. Perkhidmatan utama yang akan diberi keutamaan adalah menerima tempahan untuk menjahit baju wanita dan kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Harga perkhidmatan :
Baju kanak-kanak lelaki/perempuan antara RM 15 hingga RM 30
Baju wanita antara RM 45 hingga RM 60

Jika ada yang berhajat untuk mencuba perkhidmatan ini atau ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi pihak admin yang bertugas melalui whatsapp/viber/wechat/Telegram/sms ke no +6011 3222 9401 atau sila guna ruangan komen yang telah tersedia secara percuma di bawah.

Kepuasan hati pelanggan adalah matlamat utama kami dan setiap pekhidmatan yang disediakan adalah dijamin berkualiti dan pihak kami hanya menerima tempahan mengikut kepakaran sedia ada sahaja.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.