Categories
Cryptocurrency Research & Development

Modal Trading $100, Susut Nilai Jadi $33

Bismillah,

Naahhhh! haaiiihh. Itu lah sebahagian dari risiko trading dekat pasaran matawang digital.

Itu adalah modal pokok bagi projek urusniaga bermodalkan $100 untuk pasaran aset blockchain teknologi. Tetapi, sebelum rugi… admin sudah berjaya kaut untung hampir $60 dengan bermodalkan $100 tersebut. Punca kerugiannya dikeranakan terlibat¬† dengan urusniaga spot jarak singkat aset blockchain teknologi bernama SOL(Solana). Sebelum SOL, dikejutkan dengan skandal FTX… pergerakkan volatility nya sangat cantik iaitu sekitar $1 untuk 1 unit SOL perhari.

Formula asalnya adalah untuk dapatkan keuntungan $10+ dengan kekuatan¬† 3 unit SOL yang dibeli pada harga $30 seunit sebelum skandal muncul… Tetapi formula ini tidak berjaya menamatkan operasi dengan jayanya.. Heee… heee.

Kesilapanya adalah, tidak sempat letak sell stop limit loss yang biasa dilakukan sebelum ini… Selepas SOL gagal dalam operasinya, aset TERSEBUT cuba disimpan untuk tempoh 2 minggu tetapi berita tentang SOL semakin hari semakin membimbangkan.. maka terpaksa lah jual kesemuanya untuk fokus pada aset yang lain pulak. Kemana pulak baki $33 tersebut diurusniagakan?…

Baki modal pokok yang masih tersisa sekarang ini, sedang digunakan untuk aset AXS. Aset yang berteraskan P2E, METAVERSE + Gaming + NFT.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Cryptocurrency Research & Development

OB ( overbought ) untuk TA/RSI TF-4H/8H/1D. Masa untuk ambil untung

Bismillah,

Ini untuk aktiviti urusniaga jarak singkat dengan modal pokoknya $100 dan target untungnya sekitar 3% sehingga 10%.

Misi utama…modal pokok perlu diselamatkan + dapat untungnya juga…modal $100 / 3 hari untung $7. Okay laaa tu..nak untung lebih…sila tambah modal pokok. cara dapat untung, join channel dekat bawah. Harap maklum.

Tanda overbought sudah muncul dan admin sudah tutup posisi BELIAN yang dibeli pada Khamis, 03/11/2022. Tutup dan ambil untung mengikut apa yang telah ditetapkan…Kisah selanjutnya, boleh lihat pada gambar carta yang telah disediakan.

Risau akan OPR?

OPR naik, bimbang tak cukup bajet?…Untuk buka akaun trading dan belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Cryptocurrency Research & Development

Bagaimana caranya untuk selamatkan modal pokok guna TA/RSI-4h/8H/1D

Bismillah,

Modal pokok $100 sahaja. Admin akan cuba selamatkan modal pokok ini terlebih dahulu..untung sikit tak ada hal. Yang penting modal pokok tidak hilang atau susut nilai dengan teruk perlu dihalang daripada berlaku….sememangnya projek ini tidak akan memberi ruang dan peluang untuk aset urusniaga singkat ini masuk ke kategori beli + simpan kerana projek ini hanya untuk urusniaga jarak singkat sahaja…Modal pokok selamat, makanya peluang akan terus ada untuk cari untung lagi dimasa akan datang ikut jalan trading jarak singkat…

Ingat tu….modal pokok kena selamatkan dulu..Bagaimana caranya?

Kena keluar dari urusniaga selepas signal OB ( overbought )¬† atau OS ( oversold ) sudah keluar. Admin guna TA/ RSI / TF-4H+8H+1D. Biasanya, apabila tanda-tanda tersebut sudah muncul…..market akan mula membuat pembetulan harga berpunca dari aktiviti pengambilan untung singkat….kadang-kadang tutup posisi 100% tiada untung semata-mata untuk selamatkan modal pokok sahaja.

Kenapa guna RSI?…..kerana RSI ini digunapakai oleh ramai peniaga di pasaran untuk aktiviti TA..maka cukuplah syaratnya untuk jadi alat berguna untuk mengukur kadar penawaran dan permintaan…

Contoh ada dekat bawah..admin beli BCH…bulan 10/2022. Hasilnya, kena tutup dan hanya sempat dapat untung $2+ dengan modal $100 masih selamat sejak projek ini mula diperkenalkan…

Untuk buka akaun trading dan belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.