Categories
Cryptocurrency Research & Development Web & Blog Activity

Pengalaman bayar sewa cloud server guna DOGE ke Vultr

Bismillah,

Paypal ada masalah pulak, jadinya  admin cuba bayar sewa server  guna matawang digital Doge. Ini hanya sesi percubaan…

Ini haaaa proses-prosesnya…

  1. Buat pengeluaran dari MEXC ke wallet Coinomi – Doge 209.95 Upah transaksi MEXC caj Doge 20 ( mahal dan hampir $1.10 ). Doge ni semua hasil dari untung urusniaga singkat yang dibuat dekat platfom MEXC.
  2. Lebih kurang 5 minit, Wallet Coinomi sudah terima Doge 189.95.
  3. Buat pembayaran ke Vultr dari Coinomi. DOGE 189 ( $10 ) dan caj upah transaksi Doge 1 ( tak sampai 1 sen ). Jadinya, Coinomi lebih jimat caj upahnya…
  4. 120 minit berikutnya pembayaran disahkan telah diterima 100% oleh Vultr. Pengesahan pembayaran yang telah dibuat, akan keluar notis awalnya selepas 30 saat yang diuruskan oleh pihak Bitpay.

Macam itu laa kisahnya….bagi yang tak ada visa kad debit/kredit dan nak jimat kos perpindahan wang atau ingin membuat pembayaran untuk pelbagai perkhidmatan bagi peringkat Global….boleh cuba cara di atas. Syaratnya, perkhidmatan tersebut MESTILAH ada menerima pilihan pembayaran menggunakan matawang digital…contoh diatas adalah salah satu darinya….dannnnn perlu secara terus dari wallet seperti contoh Coinomi dan bukan dari wallet platfom exchange seperti MEXC tadi. Waktu ringgit tengah susut nilai teruk dan guna cara ini memang mantaappp..dan padduuuuu aaaaaaa…

Paling PENTING!, jangan salah alamat..jadi yang ini kalu…hangus dan tidak ada jaminan boleh dapat balik…

Ini buktinya…30 saat Bitpay hantar ke alamat email…masa sudah terima 100% Bitpay ni buat deeeekkkkkkk ja..proses tersebut tak penting rasanya….heee…heeeee.

Untuk buka akaun trading dan belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Cryptocurrency Research & Development

Hasil dari TA RSI – TF/8H berbanding TF/4H URUSNIAGA jarak singkat

Bismillah,

Supaya dapat buka posisi BELIAN pada level yang PALING sesuai. Ini untuk aktiviti urusniaga SPOT jarak singkat di pasar aset blockchain teknologi.

Sebelum ini….untuk BELI, admin selalu guna TA – RSI+ CANDLESTIK + TF/4H/1W. Al-hasilnya, sering berlaku salah masuk pada level OS kerana tanda yang ditunjukkan level tersebut belum lemah yang sepenuhnya lagi ( tanda aktiviti jualan singkat berakhir ). Bila SALAH buka posisi BELIAN ini berlaku……kadang-kadang, admin terpaksa tunggu dan keluar dari pasaran untuk selamatkan modal pokok akibat harga tidak berjaya melepasi peratusan untuk ambil untung pada urusniaga jarak singkat seperti yang diharapkan. Jadinya admin, tukar ke TF/8H untuk waktunya buka posisi BELIAN terbaru selepas level TA-RSI yang ditunjukkan telah muncul…..

Daaaannn, untuk JUAL dan ambil UNTUNG pulak admin tetapkan mengikut TA(RSI/4H) antara 5% ke 10%.

Tak faham tanya admin…

Untuk buka akaun trading dan belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Carta TF/4H…

Carta TF/8H…

Categories
Cryptocurrency Research & Development

Projek $100 urusniaga aset blockchain teknologi untung bulan sept/2022 $0.60

Bismillah,

Haaaa..haaaaaa…itu hasil bulan 9/2022. Tak boleh kaya jika macam itu punya hasil…untung bersih hanya $0.60…pungggggaaahhhhh…

Paling penting modal $100 selamat dan projek masih boleh diteruskan untuk bulan berikutnya. Bulan 9/2022 harga aset blockchain teknologi Bitcoin cash bergerak mendatar dan kesilapan admin adalah masuk untuk buka posisi BELIAN terlalu awal…untungnya apabila terlibat dalam urusniaga spot adalah……jika berlaku susut nilai sementara seperti di atas, langkah berikutnya yang perlu digunapakai adalah TERPAKSA tukar ke plan berikutnya iaitu BELI dan SIMPAN buat sementara waktu sehingga dapat peluang untuk tutup posisi dalam keadaan modal pokok $100 selamat sepenuhnya….Biasanya, tempoh bertenang setiap urusniaga adalah 5 ke 7 hari sahaja waktu menunggunya…memandangkan TA menunjukkan pasaran masih sihat, maka plan BELI dan SIMPAN akan diberi keutamaan berbanding tutup posisi sedia ada dalam keadaan susut nilai pada modal pokok….

Untuk projek $100, tiada istilah reload tambah kekuatan modal pokok jika telah susut nilainya. Setakat hari ini, modal pokok $100 masih lagi bertahan + untung yang sudah ditukar ke Bitcoin sebanyak 0.001+. Untuk projek kali ini, setiap keuntungan akan terus ditukar dan disimpan dalam bentuk Bitcoin. Kenapa?….Bitcoin tidak seperti Ringgit Malaysia, telah susut nilai ke paras terendah sejak 1998….ini salah satu dari plan kalis inflasi untuk rakyat Malaysia dan admin guna teknik ini…bising dekat pemerintah kerana RM susut nilai pun tak ada gunanya..bukanya mereka tidak tahu..mereka tahu….ya mereka tahu.

Admin tukar TA, untuk buka posisi BELIAN admin guna RSI / 8H dengan LIMIT OS – 20%…Tungguuuu hasilnya.

Untuk buka akaun trading dan belajar trading secara PERCUMA, bergabung di channel ini https://t.me/keriptokarensi

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.