Posted on Leave a comment

Pokok Belimbing Batu Bahan Pencuci Sel Dalaman Tubuh Manusia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Nama saintifiknya adalah Tacca Integrifolia. Batang pokoknya ada yang berwarna putih dan ada berwarna unggu gelap. Digunakan secara tradisional untuk mencuci sel dalaman tubuh badan manusia.

Fungsi utama yang sudah dikenal pasti adalah:

  1. Menurunkan tekanan darah tinggi
  2. Merawat buasir
  3. Merawat kencing manis
  4. Merawat lemah jantung
  5. Melancarkan perjalanan darah
  6. Melawas saluran kencing
  7. Membantu membuang angin dalam badan dan banyak lagi.

Cara guna:

Direbus dan diminum airnya 2 x sehari ( rasanya sedikit pahit )

Di mana bekalan pokok Belimbing Batu ini boleh diperolehi?. Di Malaysia ianya amat mudah dijumpai tetapi kena masuk cari di dalam hutan, terutamanya kawasan terlidung dari terik panas matahari atau paling senang dapatkan saja dari penanam herba tempatan.

Di bawah tu adalah stok pokok Belimbing Batu batang putih yang ditanam oleh pihak admin untuk tujuan intracellular cleansing. Proses ini adalah sangat penting bagi merawat penyakit-penyakit kritikal seperti kanser, kencing manis dan resdung.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Pokok belimbing batu

Posted on Leave a comment

Kandungan Purines Berlebihan Punca Penyakit Gout

gaut

Assalamualaikum dan salam hormat,

Terlalu banyak mengambil makanan yang mengandungi purines. Ini salah satu dari punca terjadinya cecair asid urik di dalam saluran darah dan yang akan menyebabkan terjadinya penyakit gout. Antara makanan yang tinggi kandungan purines dan yang sering disebut-sebut oleh pakar penyakit gout adalah  ikan bilis, organ dalaman, makanan laut yang bercengkerang, ikan sardin, ikan kembung, tuna, kuaci, itik dan daging merah ( lembu dan kambing ). Ambil ingat makanan-makanan tu….

Proses pencegahan awal…

Untuk melambatkan proses kena akan penyakit gout seboleh-bolehnya, pengambilan makanan-makanan yang mengandungi tinggi kandungan purines perlu dikurangkan. Untuk yang dah terkena gout, boleh saja mencuba rawatan menggunakan herba tradisional atau cara moden yang disediakan oleh pihak KKM. Antara kaedah rawatan menggunakan bahan-bahan bukan klinikal adalah dengan meminum jus buah nenas dan lobak putih. Kaedah ini datangnya dari beberapa saranan bekas pesakit gout yang admin jumpa di internet dan admin harap cara itu akan mendatangkan kesan seperti yang diharapkan.

Bahan-bahan herba tradisional berikutnya ada di dalam simpanan admin dan disimpan khusus untuk kegunaan persendirian, jika ada yang berminat untuk mencubanya, kena whatsapp/telegram ke +6011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.