Categories
Perniagaan Research & Development

Buat Bisnes Syok Sendiri

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jangan terlibat dengan aktiviti perniagaan yang sebegini. Nak tahu kenapa?

Pengakhiranya adalah bisnes tidak kekal lama, modal hangus dan terpaksa bayar dan menanggung beban hutang ( untuk yang meminjam ). Bahayanya bisnes syok sendiri adalah kerana bergantung kepada draf atas kertas yang dibuat atas dasar syok sendiri bahawa bisnes tersebut boleh berjaya ( penyakit bakal peniaga baru yang tidak ada pegalaman di dalam bidang perniagaan ). Terlalu bermotivasi dan kepercayaan berlebih-lebihan kepada kekuatan yang ada pada diri sendiri, sedangkan ilmu dalam bidang perniagaan tidak lah sebanyak mana ( dulu kerja kerani kuanter bahagian depan sahaja ).

Jalan penyelesaianya yang selalu pihak admin buat adalah menggunapakai khidmat pengkritik tahap tinggi ( pedas tetapi ada isinya ):

  1. Dapatkan nasihat pengkritik dari lavel bawah sampai level atasan.
  2. Lagi pedas kritikan lagi baik.
  3. Bukan seorang pengkritik tetapi ramai dan mengikut sektor keperluan dalam bidang masing-masing. Terutamanya bahagian marketing, kewangan, customer services, research & deverlopment dan banyak lagi ( ikut keperluan perniagaan ).

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Categories
Kewangan Pelaburan Research & Development

Boleh Guna Cara Ini Untuk Tambah Pendapatan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Belajar cara simpan duit + ASB + emas + ar rahnu + perniagaan ( offline / online )

Itu dia formula yang boleh digunapakai buat masa ini untuk bebas dari masalah kewangan. Siapa yang patut guna cara ini?. Sesiapa sahaja yang teringin untuk bebas dari masalah kewangan.

Pihak admin baru 3 bulan guna formula ini, alhamdulillah rekod kewangan semakin sihat dan semakin cantik. Apa masalah admin sebelum ini?.

  1. Duit bocor sana-sini
  2. Ada buat simpanan tetapi tidak boleh kekal lama.
  3. Untung perniagaan banyak tetapi simpananya sikit sangat.
  4. Dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, anda boleh cari formula ini dekat Google dan belajar buat sendiri secara try & error. Senarainya sila rujuk dekat atas tadi. Untuk belajar direct dengan pihak admin rasanya tidak sesuai, sebab pihak admin caj mahal ( nak cepat kaya kata kan ). Paling murah pun RM 197, itu pun basicnya sahaja. Harap maklum.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila berhubung secara terus dengan pihak admin yang bertugas. Boleh whatsapp / telegram / viber / call ke +6011 3222 9401 atau tinggalkan komen anda di bawah.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.