Categories
Research & Development SEO ( Search Engine Optimization )

Belajar SEO Memang Tak Akan Habis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nak jadi pakar SEO, bukan senang untuk menjinakkan robot SEO ini. Di dalam setahun entah berapa ratus kali tuan dia tukar stratergi supaya dia lebih jinak dengan tuanya sendiri.

Mengejar SEO memang tak akan habis selagi tuanya bersifat tamak ( pemilik search engine ). SEO bukan permainan blogger atau pemilik laman web yang suka kepada kerja-kerja mudah, nak cepat dan nak senang. Hari ini tersenarai, bulan-bulan berikutnya belum tentu lagi di mana letak dan duduknya . Tidak guna berada pada ranking terbaik tetapi tidak ada yang mencarinya. Bab ini, lagi laaa kelaut jadinya.

SEO adalah permainan blogger/ pemilik laman web yang tidak kenal erti putus asa dan oleh kerana itulah, harga untuk teknik SEO ini mahal dan bukan semua blogger dan pemilik laman web boleh menguasainya. Yang pentingnya, guna keyword yang selalu pengguna cari……..

Sekian terima kasih dan selamat berjuang.

Categories
Emas 916 Pelaburan emas Research & Development

Harga Emas Naik Meroket

Assalamualaikum dan salam hormat,

Hari ini 25/8/2015 pajak emas 916 dapat harga 1 gram RM161. Bulan 6/2015 harganya 1 gram baru RM143. Dekat RM 18 juga kenaikanya. Harga emas naik meroket………….sampai bila tak tau.

Itu baru 1 gram, jika 100 gram banyak mana dapat untung?. Habuan ini semua merupakan hadiah kesabaran untuk geng pelaburan yang suka melabur di dalam komoditi berasaskan emas. Jika sekarang baru nak beli………….untuk simpan nilai RM okay laaa…untuk dapatkan untung dari kenaikan harga, rasanya bukan lah masanya yang sesuai. Harga tinggi tu.

Teknik untuk mengaplikasikanya bagaimana?. Mudah sahaja, beli waktu murah kemudian simpan. Bila nak guna, pergi pajak dekat  ar rahnu. Cukup masa tebus balik ( jika cekap ilmu manipulasi emas, boleh guna kaedah ini ). Ada bajet lebih beli tambah time murah dan lama kelamaan bertambah-tambah lah simpanan emasnya. Bila sudah terlalu banyak boleh la convert untuk tukar ke pelaburan yang lain pulak. Contohnya beli aset pelaburan seperti rumah lelong, tanah, rumah kedai atau beli saham syarikat blue cip dan macam-macam lagi lahhh. Apa macam, boleh buat ka?.

Mana lagi untung ? perabih duit beli emas atau perabih duit beli benda merapu.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba dan kalau lambat kena tinggai.

Categories
Research & Development

Jack Ma Pengasas Alibaba

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bemula dari sebuah flat di Hangzhou pada tahun 1999, dengan modal permulaan $60000. Modal permulaan ini  diperolehi dari 17 orang kawan-kawanya untuk memulakan perniagaan internet . Perniagaan tersebut di beri nama ALIBABA. Pengasasnya pulak sekarang ini merupakan orang terkaya di China dengan jumlah kekayaan terkumpul $24.7 billion ( 6/2015 – Forbes ). Itulah Jack Ma.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.