Categories
Pendidikan Research & Development

Nak Buat Bisnes Dropshipping Kena Pandai Marketing

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sejak pihak admin buka kembali tawaran untuk join bisnes dropshipping, pernyertaan yang diterima punya laaa banyak.

Tetapi sayang, ramai dikalangan para perserta yang terlibat hanya tahu bagaimana untuk mendafatar sebagai agen dropshipping sahaja. kemudian tidak aktif. Jadi apa masalahnya disini?.

Tidak mampu untuk menjual hatta produk laku keras. Apakah disebabkan terlalu banyak persaingan. Mungkin juga, tetapi pengguna internet di Malaysia menghampiri 25 juta pengguna. Jadi dimana kekuranganya?.

Salah satu darinya adalah, TIDAK ADA PLATFOM PERNIAGAAN yang sesuai. Jika berniaga di internet sekurang-kurangnya kena ada blog yang boleh di link kan ke FB, TWITTER atau INSTAGRAM ( basic asas ). 3 lokasi tambahan tadi adalah tempat dimana jiwa-jiwa online berkumpul dan mungkin ada diantaranya yang banyak itu adalah prospek berpotensi sebagai bakal pelanggan untuk mana-mana produk yang ada.

Banyak lagi yang perlu diambil kisah, cukuplah satu basic asas pemasaran tadi dan info berkenaan perkara tadi boleh didapati dengan mudah jika rajin explore di Google search.

Instants tutorial untuk projek perniagaan seperti ini pihak admin caj RM 3900 hingga RM 5000. Jadi rajin-rajinkan diri untuk explore info di internet, anda dapat jimat ribuan ringgit dengan tindakkan tersebut.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Perniagaan Research & Development Web & Blog Activity

Buat Branding Dulu Lepas Tu Baru Kaut Untung

Assalamualaikum dan salam hormat,

Macam mana boleh jadi macam ni?. Jual sikit untung banyak dan yang satu lagi kena jual banyak baru dapat untung banyak.

Yang no 1, jual sikit untung banyak sebab ambil margin untung tinggi. Formula dia macam ni, modal untuk keluarkan produk RM15 tetapi harga jual RM150 per produk. Margin untung RM135 x 5000 = RM 675k. Kes satu lagi pulak, kos produk RM15 juga dan harga jual RM45 per produk. Margin untung RM30 x 22500 ( banyak tu ) =RM 675k juga.

Untuk dapatkan hasil jualan seperti kes no 1, syarikat kena ada nama yang sudah gah, terkenal dan ada peminat tersendiri. Kes no 2, biasanya ada pada syarikat yang baru hendak bertapak. Biasa la…. syarikat baru mana ada orang kenal sangat, jadinya salah satu cara untuk pancing pembeli adalah dengan harga yang murah dan berpatutan ( kena buat kerja banyak sikit laa ).

Apa yang admin nampak adalah buat branding dulu, kemudian baru kaut untung kot belakang ( long term business strategy ) . Lepas ni kita selak dan selongkaq bab macam mana nak buat branding untuk blogger pulak (part menarik ni ).

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Jangan sombong, aku dan kamu perlu di sekolahkan setiap hari.

Categories
Research & Development

Barang Baik Harga Mahal

Assalamualaikum dan salam hormat,

Barang baik, berkualiti kemudian harganya mahal, emmmm…….memang patut pun jadi macam tu. Barang baik katakan.

Bukan senang oooiiiii nak buat produk berstatus first class. Banyak benda yang nak kena buat. Biasanya, barang baik ni jual dekat golongan yang mampu dan betul-betul berminat sahaja yang paling mudah dan senang kerana mereka telah sedia maklum statusnya.

Secara peribadi pihak admin lebih suka jual barang yang ada peminat tersendiri, mahal dan berkualiti. Kerja akan jadi lebih mudah bila jual barangan yang semacam ini ( kalau peminat fanatik, lagi senang cerita ). Asalkan barangnya ada ciri-ciri yang mereka nak. Harga bagi mereka bukan lah halangan.

Jadinya sebelum kata harga mahai dan yang segala bagai, kita kena tau dulu status keperluan diri kita. Ibarat masuk kedai jual kereta ferari yang baru, lepas tu kata pulak……….. awat mahai sangat?…..keluar ayat tu habis cerita la…..nak murah, masuk kedai kereta kancil.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.