Posted on 1 Comment

Pakar SEO Malaysia

Assalamualaikum dan salam hormat,

Admin bukan lah pakar sangat dengan teknik SEO ni ( macam mana nak jadi pakar SEO, algorithm selalu saja bertukar-tukar teknik ).  Tahun 2016, ranking drop hampir 80% ( emmm sedih la juga kan ).

Walaubagaimana pun admin tetap suka dengan teknik SEO kerana bukan semua produk yang admin cuba ketengahkan kena reject dengan google algorithm. Baki 20% yang tak kena reject lagi tu semuanya killer produk dan masih aktif sebagai penyumbang. Baki tersebutlah penyumbang utama sumber pendapatan untuk admin melalui jalan SEO. Kira okay laa tu, dan harap jangan reject semua sudah la.

Selaku pemain SEO untuk aktiviti bisnes, pemilihan untuk menggunakan kata kunci atau keywords yang sesuai dan yang selalu buyer cari adalah satu kemestian ( kena ada dan kena buat bagi ada). Lagi satu bab kena pilih produk atau bahan yang selalu buyer cari ( part ni banyak pemain SEO tak ambil peduli ). Tak guna listing dekat page pertama dan kedua tetapi tidak ada buyer atau pengguna yang cari bahan tersebut( setakat syok sendiri saja la ).  Paling best, yang tersenarai tu pulak diketegorikan sebagai produk untuk bisnes ( baru berbalaoi dan ini yang membuatkan Google berbulu saja dengan pemain SEO yang semacam ini ).

Produk yang macam mana admin guna SEO untuk buat marketing?. Biasanya untuk produk yang harga margin untungnya tinggi, emm dalam setahun dapat 5 ke 6 sale pun sudah memadai ( kerana 1 sale yang berjaya dibuat  boleh survive untuk 3 ke 4 bulan ). Jika rajin boleh saja guna untuk projek daily income dan konsep sebegini kena guna sistem kedai online untuk mengurangkan proses pemantauan dan pengurusan. Sistem mengawal 80% operasi dan bakinya habuan untuk kita sebagai pemilik mengawal 20%  operasi( termasuklah kerja-kerja approved payment, cek order yang masuk, nak negotiate dengan customers dan update status terkini ). Bab ini kena buat secara manual dan tak berapa sesuai guna sistem ( sistem lurus bendul dan dia hanya tau mengkayakan tuanya sahaja ). Jika berhasrat untuk mengurangkan kos marketing, bermain-mainlah dengan teknik SEO dan SEO bukan lah suatu permainan bisnes yang menyeronokkan tetapi hasilnya berbaloi.

Ada pertanyaan, sila whatsapp / telegram ke 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Posted on Leave a comment

Pekakas Asas Untuk Memperkemaskan Aktiviti Pemasaran

Conquer

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bab kena ada komputer, internet, modal dan ilmu perniagaan internet, admin tak mau cerita bab tu dah. Bab tu dah banyak di dalam internet, kalau nak tau sila explore dekat Google.

Bab produk pun admin tak mau cerita ( bab ni pun dah banyak pengamal media internet dah cerita, tunggu masa anda saja nak p cari dan p baca ). Admin nak cerita bab perkakas penting untuk buat marketing. Bila terjun ke dalam dunia perniagaan internet dan untuk dapat sale yang solid, kita kena cekap bab markerting. Jika dapat mengusainya, itu dikira satu bonus yang cukup baik. Apa perkakasnya  yang disarankan?.

  1. Paltfom sendiri ( blog, laman web ) yang ada sistem pemasaran di dalamnya.
  2. Media sosial seperti FB, Intagram, Twitter dan banyak lagi ( alat viral ).
  3. Alat bantuan sokongan seperti email, whatsapp, sms, telegram dan  wechat sudah memadai ( alat komunikasi mudah ).

Semua perkakas tadi bernetworking antara satu sama lain. Langkah pertama untuk memasarkan perkhidmatan, produk dan sebagainya adalah produk mesti di sumbat ke platfom sendiri terlebih dahulu sebelum ianya diviralkan ke medium media sosial. Kemudian sila guna alat bantuan komunikasi untuk support proses marketing yang dimainkan oleh platfom sendiri dan platfom viral marketing. Nak cepat boleh invest modal yang ada untuk layan iklan berbayar seperti fb ads dan google adwords.

Ada banyak lagi penyambungnya, rasanya cukup setakat itu saja dan jika nak tau secara detail kena whatsapp/telegram admin di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.