Categories
Pendidikan Perniagaan

Kedai Dekat Mana?

Banyaknya peniaga online, tidak ada kedai secara offline. Tujuanya untuk menjimatkan kos supaya ROI tinggi. Yang penting mereka adalah trusted seller.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Selalu bakal pembeli tanya, kedai ada dekat mana?.

Kalau tengok yang jual dengan harga murah-murah dan berpatutan tu, biasanya mereka ada kedai online sahaja. Jimat berganda-ganda dan oleh kerana itu juga peniaga online ni boleh jual dengan harga yang lebih murah dan berpatutan berbanding kedai-kedai biasa, kerana kos operasinya tidak banyak. Banyaknya peniaga online ini beroperasi dari rumah sahaja.

Masa bergerak dengan begitu pantas, jadi kena cepat-cepat sesuaikan diri dengan keadaan semasa yang ada pada hari ini. Usah dikisahkan sangat dengan kedai online dan offline, yang penting trusted seller ( macam mana pulak nak kenai trusted seller ni? ). Macam mana? taip saja nama penjual dekat google search…kalau kaki kencing sah-sah namanya ada di dalam senarai dekat google search. Yang lain-lain tu kena usha sendiri dekat google.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *