Categories
Research & Development

Madu Kelulut Asli Di dalamnya Ada Penawar Senggugut

Di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia….

Bismillah,

Satu sudu sebelum tidur dan 1 sudu sebelum sarapan pagi ketika perut masih kosong. Itu teknik yang digunakan untuk mengatasi masalah senggugut teruk bagi kaum wanita. Ini berdasarkan pengalaman sebenar yang dilakukan oleh mangsa senggugut 🙂 .

Harus diambil ingat, teknik ini tiada jaminan 100% akan berhasil seperti apa yang diceritakan. Ada yang sepadan dan ada yang tidak sepadan dan jangan takut untuk mencuba dan jika tidak berhasil itu tandanya teknik ini tidak sepadan dengan kondisi tubuh badan yang sedang diuji itu.

Madu kelulut yang digunakan adalah dari variasi coklat gelap, asli dan yang dipungut terus dari ladang kelulut sarang buatan. Harga sebotol RM 28 ke RM 40 dan ini bukan yang dijual di farmasi.  Tempoh tindak balas awal sekitar 4 ke 5 jam selepas pengambilan madu kelulut dan hari berikutnya tiada lagi masalah senggugut teruk berlaku. Operasi dikira berjaya!… 😎 .

Kenapa pilih madu kelulut sebagai bahan penyembuh?…

Ini kisahnya, ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”, Surah Al-Nahl / ayat 68.

kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. Surah Al-Nahl / ayat 69.

Didapati, madu kelulut atau madu biasa ini juga mampu bekerja dengan baik untuk beberapa operasi lagi antaranya urusan penstabilan kadar gula dalam darah. Jadinya, golongan istimewa yang ada ciri-ciri penyakit kencing manis boleh laaaaa amalkan pengambilan madu lebah biasa atau kelulut ini sebagai alternatif kepada ubatan moden. Bagaimana madu ini berfungsi?, itu team kami tidak ada jawapanya kerana team kami bukan dari kalangan saintis yang terlibat dalam proses analisa bahan tersebut. Ke depan nanti team kami akan korek segala sumbernya…tunggguuuuu.

Apa bahan-bahan yang terdapat didalam kandungan madu kelulut?…

16 amino acids, glucose, vitamins A, B, C, D and E, bioflavonoids and minerals…dan banyak lagi tetapi ini sahaja yang team kami berjaya temui datanya, bakinya kedepan team kami akan tambah.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *