Categories
Research & Development Web & Blog Activity

Mesin Buat Duit Yang Patut Anda Miliki

Untuk memiliki mesin buat duit seperti ini, anda tidak perlu lagi menghadirkan diri untuk ditemuduga, tidak perlu sijil peringkat tertinggi dan segala bagai pointer tertentu, modal pun sikit saja yang diperlukan ( smartphone ditangan, rasanya lagi mahal dari mesin buat duit ini dan tidak perlu penampilan yang terlalu bergaya untuk menonjolkan diri ( ini kisah aku dan mesin yang setia sahaja ). Basic dah bagi tetapi ada di dalam blog……….pulakkkkkk….emmmm kena baca dekat blog laa ni?. Emmmmmm, lebih kurang macam tu laa kisahnya. Jadinya sila rajinkan diri untuk explore maklumat yang diperlukan di internet dan belajar buat sendiri secara pelan-pelan sampai boleh bila dah dapat cara-caranya nanti. Untuk jalan pintas ( mungkin kesuntukan masa ) boleh saja menghadirkan diri ke kelas intensif setiap hujung minggu ( limit 6 orang ) yang dikendalikan oleh pihak admin secara santai dan harap maklum.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Memandangkan zaman sekarang internet sudah ada dimerata-rata tempat, jadinya mesin buat duit yang admin nak suruh pasang ini sememangnya  ada kaitanya dengan internet secara 100% juga.

Nak tau baguih ka tak baguih, baca bagi habih naaaaa ( rasa macam useless, last sekali peluang yang ada terlepas begitu saja ). Orang lain yang cepat tangkap peluang yang ada ni biasanya depa dah rembat dari awal-awal lagi dan buat operasi secara senyap-senyap pulak tu……eemmmm  itu yang tak boleh belah ( makan sorang-sorang  dan termasuk laa sekali dengan admin…haaaaa…haaaaa ). Itu kan secret resepi mana boleh bocor tak tentu hala. Memandangkan laaa ni ramai yang nak cari income lebih ( kesian laa pulak ) dan disebabkan admin tidak suka menyumbang menggunakan duit kertas atas faktor ketidaksesuaian bagi diri yang akan menerima duit itu nanti.  Oleh kerana faktor duit itu sendiri yang pada kebiasanya akan habis bila yang mendapat duit tidak ada ilmu untuk menguruskan duit. Jadinya admin lebih suka gantikanya dengan ilmu yang berguna dan yang lebih menguntungkan untuk suatu tempoh jangkamasa yang panjang. Lagi satu perkara disebabkan perlunya kita yang tau ilmu seciput ini menyumbang sesuatu untuk kepentingan bersama ( ilmu akan bertambah jika rajin menyumbang )  dan mungkin juga sudah sampai masanya ilmu ini perlu dikongsi dengan orang lain ( dulu tak sesuai sebab tak terer lagi, takut jadi ajaran sesat pulak. Buat naya orang lain buat apa ). Jadinya pada hari ini, benda yang mudah ini admin muat naik sebagai santapan nafsu serakah kepada mereka yang berhajat kepada mesin buat duit yang sangat mudah ini dan ianya boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa yang di perlukan ( ikut suka hati ).

Cara kerjanya sangat mudah iaitu,

  1. Perlu memiliki sebuah blog atau laman web.
  2. Laman web atau blog kena mesra dengan search engine.
  3. Jika untuk bisnes sudah tentu produk kena ada kan? ( ini bukan lagi masalah sebenarnya ).
  4. Dalam laman web dan blog kena ada isi kandungan yang besifat nilai tambah ( content marketing ) untuk bisnes ( yang ini banyak pemilik blog dan laman web abaikan……sayang oooooooo ).
  5. kena ada akaun media sosial seperti fb, instagram, twitter dan apa lagi yang sesuai semua boleh add. Benda ni nak buat hook nanti. Apa hal dok longgok hasil kerja yang berkualiti dalam media sosial selaku platfom tumpang. Kena ban baru kelam kabut, jadinya sebelum kena ban pikiar bagi genius sikit. Platfom tumpang ni setakat nak viralkan produk kita okay laaaaa, Jika dah fall in love memang hancusss laaa dan tak sesuai untuk aktiviti real bisnes sebenarnya.
  6. Kena pasang platfom online shopping cart jika suka sangat-sangat jual produk fizikal dan digital seperti lagu bahan cetak rompak ( geng tak ada moral punya kerja ), ebook, game dan banyak lagiii laa yang bersangkutan dengan benda digital.
  7. Lepas tu kena pasang platfom database, yang ini untuk kepentingan long term investment ( malas nak cerita dalam blog ni panjang-panjang, p cari dekat search engine. Taip keywords newsletter konsep, nanti bersepah keluar dan pilih saja yang mana hendsome.
  8. Bila dah buat blog atau laman web bisnes, platfom pembayaran kena standby siap-siap. Jika local market guna saja online banking. Untuk international market boleh guna western union, debit visa kad, paypal, alipay dan banyak lagi. Kemudahan kredit kad rasanya biar syarikat besar sudah laaaa yang layan…syarikat kecik dan individu tak perlu layan benda tu.
  9. Alat komunikasi kena bagi ada dan yang paling gah dan free buat masa ini adalah aplikasi whatsapp / telegram / wechat dan yang lain-lain kalau ada boleh add sekali masuk dalam smartphone ( tak ada pantang larang ). Yang berbayar tak perlu di cerita lagi iaitu SMS dan CALL ( option yang sudah ketinggalan dan tidak perlu untuk fall in love dan buyer banyak guna free applikasi laaa ni…..jimat dan murah yang depa cari ). Hantar surat ada orang guna lagi ka?…………………Apa pun untuk melancarkan lagi operasi bisnes online smartphone kena bagi ada walaupun jenama dari China ( murah saja kan? )
  10. Bila buat bisnes, lesen perniagaan kena bagi ada. Untuk permulaan jika nak buat secara underground pun okay, tetapi elok laa daftar. Untuk orang baru jika ada daftar perniagaan buyer yakin laaa sikit, jadi boleh tayang benda tu besar-besar  ( rezeki nak mai dia tak kira semua tu….itu baru manusia beriman punya pegangan ). Jika acah-cah orang lama dan yang baru nak terer , tak perlu semua tu…depa guna image yang tunjuk kereta mewah, rumah besar dan duit dalam akaun bank saja..Buyer akan gelap biji mata sampai tidoq tak lena pun ada nanti…haaaa….haaaaaa dan itu belum masuk testimoni underground ( jangan guna teknik manipulasi macam ni, nanti ke depan jika bisnes melingkup….jenuh tahan telinga sebab tak tahan kena kutuk ( orang Malaysia suka cari dosa ).
  11. Banyak lagi sebenarnya, tetapi jika boleh apply apa yang disampaikan dekat atas tu pun sudah okay. Dekat atas tu semua basic dan detail akan masuk bila bisnes mulai menimbulkan tanda tanya ( ? ). Syarat kena mula dulu dari basicnya.

Untuk memiliki mesin buat duit seperti ini, anda tidak perlu menghadirkan diri untuk ditemuduga, tidak perlu sijil peringkat tertinggi dan segala bagai pointer tertentu, modal pun sikit saja yang diperlukan ( smartphone ditangan, rasanya lagi mahal dari mesin buat duit ini dan tidak perlu penampilan yang terlalu bergaya untuk menonjolkan diri ( ini kisah aku dan mesin yang setia sahaja ). Basic dah bagi, jadinya sila rajinkan diri untuk explore maklumat yang diperlukan di internet dan belajar buat sendiri secara pelan-pelan sampai boleh. Untuk jalan pintas ( mungkin kesuntukan masa ) boleh saja hadir ke kelas hujung minggu yang dikendalikan oleh pihak admin

Kelas hujung minggu untuk menjadi blogger secara pro. Fokus untuk bisnes sahaja.

Lokasi: Padang Sera, Kodiang, Kedah.
Tarikh: Setiap hujung minggu ( jika di Kedah sabtu laa paling rancak )
Fee: Untuk 1  kepala RM500, mai 3 orang 1 kepala RM300.
Kemudahan: Makan dan minum yang sedap-sedap admin bagi free.
Tempat tinggal: Untuk peserta jauh, boleh sewa homestay berdekatan ( murah saja ). Hotel pun ada….tapi homestay lagi baguih..
Konsep study: Santai dan tanya soalan dekat admin seberapa banyak yang ada ( pakat-pakat share sorang sikit kalau time ramai ).

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila kemukakan kepada pihak admin yang bertugas. Sila whatsapp / wechat / telegram atau call di talian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

P/S: Akan terus memandaikan anak bangsa.

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *