Categories
Research & Development SEO

Pakar Google SEO Malaysia 2021

Jika berhasrat untuk mengurangkan kos marketing, jimat kos dan automatik bermain-mainlah dengan teknik SEO dan bot Telegram autopost. Seronokkkk.

Assalamualaikum dan salam hormat,

Bukan admin tapi orang lain yang pakar 😆 ( macam mana nak jadi pakar SEO, algorithm selalu saja bertukar-tukar teknik ).  Tahun 2016, ranking SEO pernah drop hampir 80% ( emmm sedih juga tuuu ).

Walaubagaimana pun admin tetap suka dengan teknik SEO kerana bukan semua produk yang admin cuba ketengahkan ikut jalan SEO kena reject dengan bot enjin pencari algorithm. Baki 20% yang tak kena reject, semuanya killer produk dan masih aktif sebagai penyumbang trafik ke laman web ini. Baki tersebutlah penyumbang utama sumber pendapatan untuk admin melalui jalan SEO. Kira okay laa tu, dan harap jangan tendang semua sudah la.

Selaku pemain SEO untuk aktiviti bisnes, pemilihan untuk menggunakan kata kunci atau keywords yang sesuai dan yang selalu pengguna cari adalah satu kemestian ( kena ada dan kena buat bagi ada). Lagi satu bab adalah kena pandai pilih produk atau bahan yang selalu pengguna cari ( part ni banyak pemain SEO tak ambil peduli dan orang itu adalah admin sendiri… :mrgreen: ). Tak guna listing dekat page pertama dan kedua tetapi tidak ada buyer atau pengguna yang cari kata kunci tersebut ( setakat syok sendiri saja ).  Paling best, kata kunci yang tersenarai itu pulak diketegorikan sebagai produk untuk tujuan bisnes ( ini baru berbaloi dan sebabkan ini laaa Google sentiasa berbulu dengan pemain SEO ).

Produk yang macam mana admin guna untuk SEO marketing?. Biasanya untuk produk yang harga margin untungnya tinggi, emm dalam setahun dapat 5 ke 6 jualan pun sudah memadai ( kerana 1 sale yang berjaya dibuat boleh menampung perbelanjaan untuk tempoh 3 ke 4 bulan ). Jika rajin boleh saja tanam SEO untuk projek pendapatan secara harian dan konsep sebegini kena guna sistem kedai online sebagai pembantu untuk mengurangkan proses pemantauan dan pengurusan supaya jadi lebih efektif. Sistem akan mengawal 80% operasi dan bakinya habuan untuk kita sebagai pemilik mengawal 20% operasi ( termasuklah kerja-kerja pengesahan pembayaran, cek order yang masuk, nak bincang dengan pelanggan dan update status terkini ). Bab ini kena buat secara manual dan tak berapa sesuai guna sistem automatik ini ( sistem ini lurus bendul dan dia hanya tau menurut arahan dan mengkayakan tuanya sahaja dan bab perbincangan luar kotak belum ada kepakaran ). Jika berhasrat untuk mengurangkan kos marketing, bermain-mainlah dengan teknik SEO dan SEO bukan lah suatu permainan bisnes yang menyeronokkan tetapi hasilnya berbaloi dan akan menjadikan kita lebih seronok bila ianya menjadi.

Pengalaman SEO yang lepas-lepas…

Pengalaman admin sendiri menggunakan SEO, admin guna untuk tarik trafik yang organik ke sistem kedai online. Yang bestnya, SEO ini bersifat automatik dan jika kata kunci yang digunakan itu mempunyai carian perhari yang sangat tinggi dan SEO teknik yang digunakan pulak berjaya menempatkan diri di kedudukan page IDAMAN pertama dan kedua dengan bergaya……eeemmmm, hasilnya tak perlu dirisaukan dan pasti akan masuk secara automatik. Tunggu saja notifikasi masuk dari email atau app sembang seperti Whatsapp atau Telegram sahaja untuk urusan pengesahan….mudah kan?…begitulah untuk hari-hari berikutnya sehingga pelayan laman web tutup sepenuhnya….lumayan kan?..

Ada pertanyaan, sila Telegram admin bertugas iaitu En @asaikedah.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

One reply on “Pakar Google SEO Malaysia 2021”

Memang betul seo sangat bermanfaat meningkatkan popurity or branding di search engine sepanjang target keyword tepat sasaran. Oleh kernanya owner website wajib pasang seo agar target popurity tercapai. Salam belajar seo and terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *