Categories
Perniagaan Rahsia Dan Tip Menarik

Resepi Nasi Lemak

Resepi 10 tahun dulu-dulu masak nasi lemak cara advanced. Hanya untuk tukang masak yang rajin sahaja.

Assalamualaikum,

Macam mana nak buat nasi lemak yang sedap? kisah 10 tahun dulu-dulu semasa admin jadi tukang masak nasi lemak ( nasi sahaja, sambal tukang masak lain yang buat ).

Bahan-bahan yang admin guna untuk masak nasi lemak adalah bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia. Bahan-bahan yang admin kisar guna blender bawang putih, bawang merah dan halia.

Okay, masuk bab kedua iaitu masak semua bahan tadi ( bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, bawang merah dan halia ) sampai naik minyak bersama minyak masak, mentega dan minyak sapi.  Bila nasi sudah hampir mendidih masukan semua bahan yang telah dimasak tadi ke dalam periuk dan dikacau-kacau sehingga sebati. Santan, daun pandan dan perasa secukup rasa ( admin guna serbuk ayam + garam + gula + ajinomoto ) jangan lupa pulak. Bila hampir masak, nasi lemak yang dimasak akan berbau harum dan warnanya kekuning-kuningan.

Yang ini info untuk peniaga nasi lemak sahaja, jika berhajat untuk dapatkan bekalan ikan bilis dengan harga yang berpatutan. Sila hubungi pihak admin yang bertugas. Kualiti ikan bilis telah siap diproses dan telah siap di belah-belah mengikut gred tersendiri.

Tempahan secara online sila rujuk ruangan /hangouts yang telah disediakan oleh  pihak admin.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

DSC_2347

 

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *