Categories
Marketing Research & Development

Teknik Iklan Zero Kos Marketing 2021

Inilah teknik yang banyak membantu team pemasaran t.me/niaga24jam supaya senang dapat sales….

Bismillah,

Teknik yang digunapakai pada kali ini adalah Google SEO dan Telegram bot.

Zero kos? tak juga kerana untuk aktifkan Google SEO sekurang-kurangnya kena ada laman web + pelayan. Emmmmmm, tapi untuk Telegram ianya percuma dan yang kena bayarnya adalah kos langganan internet.  Itupun jika ada kepakaran dapatlah diketegorikan percuma 90% ( main bedal saja ni… 😆 ). Habis tu, dekat mana pulak datangnya zero kos marketing?…

Bila sudah dapat untung bersih yang berlipat kali ganda banyaknya berbanding kos memulakan usaha yang telah dikeluarkan…Di situ lah rasanya akan hadir zero kos marketing nya. Yang sebenarnya, team kami MENGANGGAPNYA, tema Zero kos marketing ini hanya lah “kata kunci” yang digunakan sebagai pelaris penting di barisan hadapan. Emmmm…..lebih kurang macam tu laa corak lakonannya. Gambaran kasarnya lebih kurang seperti ini, kos memulakan operasi katakan lah 1% tapi keuntungan yang berjaya dicatat 1000%. Okay laaa tu kan?. Emmm lebih kurang macam tu laaaaaa proses yang berlaku dan…….dekat mana pulak zero kosnya?..Eeemm…sebenarnya hanya jimat kos yang sedang berlaku dan bukannya zero kos pun… 😀 . Tapi kenapa ZERO KOS MARKETING yang digunakan? kerana ayat-ayat beracun untuk melariskan kempen dan iklan adalah kata kunci ZERO KOS MARKETING… 😛  😀  😈 . Al-kisahhhhhhhhnyaaaa dan cara-caranya ada di bawah…

Google SEO…

Sekali sahaja proses pemasangan, tapi perananya akan hidup selagi mana pelayan laman web yang digunakan itu aktif. SEO jalan secara automatik dan 24 jam. Target utama biasanya page pertama dan ke dua dan no 3 bukan lagi keutamaan. Iklan atau kempen yang digunakan bergantung kepada kata kunci-kata kunci beracun yang telah dipasang dan aktif sepanjang masa untuk memainkan peranan masing-masing. Jika ada diantara pengguna yang mencarinya, maka terbitlah ayat-ayat beracun tersebut di page idaman masing-masing iaitu page no 1 dan no 2 dengan penampilannya yang  tersendiri. Page yang lain-lain tu potensinya sudah berkurangan untuk dilawati oleh pembaca, makanya ia tidak lagi menjadi keutamaan rasmi kepada projek ini. SEO adalah kempen yang telah dipersiapkan diperingkat awal, aktif setiap masa dan akan muncul bila dicari. Kos penyediaanya sangat-sangat berpatutan.

SEO boleh menyokong semua jenis projek bagi mendapatkan trafik berkualiti ke tapak jualan. Asalkan projek tersebut kata kuncinya punya potensi untuk dicari oleh pengguna menggunakan khidmat enjin pencari seperti Google maka ianya diperkirakan sangat layak untuk diperdagangkan. Team pamasaran t.me/niaga24jam mencadangkan supaya SEO ini digunakan secara all out terhadap projek-projek bernilai besar, dimana perilakunya adalah seperti ini iaitu sekali tempahan yang masuk, ianya boleh mendatangkan kekenyangan sehingga 3 ke 5 tahun lamanya dan dalam setahun target 3 ke 4 tempahan pun sudah memadai…begitu proses mudahnya… 😛 😆 😈 .

Teknik Telegram pulak…

Ini cara manual dan cara ini kena pandai kutip audience yang berselerak di dalam group Telegram. Buat kempen menggunakan channel Telegram kemudian iklankan ke group-group bebas yang telah sedia ada dengan anggaran kasarnya mencecah ribuan group. Teknik yang paling digemari adalah kumpul subscriber dan jalankan kempen dari dalam channel tersebut untuk mendapatkan jualan. Kenapa teknik ini berkesan? kerana audience yang bertindak untuk subscribe sesuatu channel itu biasanya bersifat organik terhadap isi yang dihidangkan di dalam channel tersebut dan inilah trafik yang diperlukan untuk mendatangkan jualan secara tepat. Proses berikutnya yang sangat penting adalah kepandaian menanam ayat-ayat beracun untuk menarik minat subscriber supaya terpaksa bertindak untuk membeli, melanggan dan sebagainya lagi..

Untuk platfom Telegram, team pemasaran t.me/niaga24jam akan menggunakan khidmat bot autopost yang mampu bekerja secara 24 jam dan mampu untuk update status setiap 10 minit diwaktu puncak. Dengan cara itu kempen dan iklan akan bekerja secara konsisten untuk mengejar dan menarik trafik berpotensi ke destinasi berikutnya seberapa banyak yang boleh. Untuk bikin bot iklan ianya perlu ada kepakaran.

Kedua-dua teknik tersebut peranan utamanya adalah untuk memburu dan menarik seberapa banyak trafik yang bersifat organik dan original…

Belum habis, nanti sambung bila ada kelapangan….

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *