Aplikasi ini akan membuka gambaran baru prestasi kewangan yang lebih jelas dan terang yang mana sebelum ini berselindung disebalik andaian dan perasaan syok sendiri.
Hasil dapatan maklumat yang disumbangkan itu, AI selaku penasihat kewangan akan menganalisis data tersebut dan mengeluarkan cadangan sepadan dengan data berdasarkan panduan Bank Negara Malaysia, KWSP, AKPK dan banyak lagi badan berotoriti bagi memudahkan pengguna aplikasi Bajet Malaysia membuat keputusan yang lebih tepat dan bijak.
Bajet Malaysia merupakan satu-satunya aplikasi kewangan di Malaysia yang dibungkus secara 100% dalam Bahasa Melayu. Sangat mesra pengguna dan bukan perkhidmatan kategori premium(buat masa ini).
KEUNIKAN BAJET MALAYSIA YANG TIADA PADA MANA-MANA PESAING:
1. SATU-SATUNYA sistem lengkap dalam Bahasa Melayu
2. SATU-SATUNYA yang ada AI Advisor real-time konteks Malaysia
3. SATU-SATUNYA yang gabung 5 modul + AI dalam satu ekosistem
4. SATU-SATUNYA yang guna BNM/KWSP/AKPK dan lain-lain sebagai rujukan AI
5. SATU-SATUNYA yang ada analisis dua senario automatik
6. PALING MAMPU MILIK(pengguna).

