Ini contoh pelaksanaan projek OPM + ECF. Sistem yang digunakan adalah sangat ringkas dan jimat kos pengurusan.
Kempen Projek Solar Kampung.
Bahan-bahan yang diperlukan ada dibawah. Saiz tenaga solar yang diperlukan 1kwh untuk kegunaan peralatan rumah yang biasa-biasa sahaja seperti TV, kipas, komputer, caj talifon, lampu 5 watt – 15 watt.
Ada 2 cara, satunya DIY manual secara 100% dan yang keduanya adalah DIY secara 50%.
Bahan-bahan untuk DIY 100%…
- Papan solar panel x 3. Admin pilih jenama Jinko Tiger NEO 1 keping 610 watt – 635 watt.
- Bateri lifepo4 saiz 100 ah
- Inverter 2000 watt
- BMS
- Solar charger controller
- Kelengkapan tambahan pemasangan.
Nota tambahan: DIY 100% disarankan beli pakej papan kawalan pasang siap supaya lebih mudah ketika pemasangan.
Bahan-bahan DIY 50%…
- Papan solar panel x 3. Jinko Tiger NEO 1 keping 610 watt – 635 watt
- Solar power station 2000 watt
- Kelengkapan tambahan pemasangan
Jika ada yang berminat untuk menjayakan projek ini, masej admin untuk kerjasama bijak.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.














