Categories
Homepage Research & Development

61% Rakyat Malaysia Tidak Mempunyai Simpanan Kecemasan Mencukupi

Ekonomi yang bergantung kepada kemiskinan rakyatnya untuk kekal rancak bukanlah ekonomi yang berjaya — ia adalah ekonomi yang gagal mengagihkan kekayaan dengan adil.

Alhamdulillah, bertemu sekali lagi pembaca sekalian yang dihormati.

Hasil kajian tahun 2020, didapati 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi iaitu RM1000. Itu data lama, apabila disemak semula data tahun 2024, ia sedikit berkurang dan data menunjukkan hanya 61% rakyat Malaysia yang masih gagal dan tidak mempunyai simpanan kecemasan seperti yang disarankan iaitu RM1000. Ia mewakili hampir 18 ke 20 juta rakyat Malaysia. Data ini berasal dari kajian Bank Negara Malaysia (BNM).

Antara punca utama yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah sumber pendapatan yang tidak mencukupi, hutang dan kos menampung sara hidup meningkat. Dari pada mana data ini dikutip?.

  1. Bank Negara Malaysia (BNM) – “Financial Capability and Inclusion Demand Side Survey 2024” – www.instagram.com | www.freemalaysiatoday.com
  2. Laporan BNM Financial Stability Review: Second Half 2024 – www.bnm.gov.my
  3. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) – Savings Report – www.pidm.gov.my | www.fenetwork.my

Selain daripada itu, 37% rakyat Malaysia hanya mampu bertahan 3 bulan lebih tanpa pendapatan dan 58.8% ahli sektor formal belum mencapai tahap simpanan asas KWSP seperti yang diharapkan untuk menempuhi hari-hari persaraaan nantinya. Dengan gaji median di bawah RM3,000, baki bersih selepas perbelanjaan wajib sering kali tidak mencukupi untuk aktiviti simpanan kecemasan. Bahkan, ramai pekerja M40/B40 menggunakan sebahagian besar pendapatan untuk menampung kos asas, bukan perbelanjaan mewah.

Data BNM dan kajian tingkah laku kewangan menunjukkan:

  1. Penggunaan BNPL (Buy Now, Pay Later) meningkat kerana ia menjadi alat untuk menampung perbelanjaan asas (makanan, utiliti, pengangkutan), bukan sekadar barang gaya hidup.
  2. Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK 83 – 85%, tetapi 60% adalah hutang perumahan (mortgage) yang dikira “produktif”. Hutang pengguna tidak bersekutu (kad kredit, pinjaman peribadi, BNPL) meningkat kerana kekurangan aliran tunai, bukan semata-mata budaya berbelanja.
  3. Kajian BNM 2024 mendapati 39% responden menggunakan kredit untuk menampung keperluan bulanan, bukan keinginan.

Ini bermakna: pembelajaran tanpa mengukur kemampuan sering kali adalah mekanisme survival, bukan pilihan sukarela. Apabila kos hidup melebihi pendapatan, rakyat terpaksa berhutang untuk terus berfungsi hidup. Apa yang berlaku sekarang adalah:

  1. Gaji minimum (RM1,700) adalah 45% lebih rendah daripada living wage BNM (RM3,100) www.mof.gov.my | www.astroawani.com
  2. Gaji minimum RM3,000 dicadangkan oleh Khazanah diperlukan untuk mencapai KDNK 5% www.utusan.com.my

Komponen Kos Sara Hidup (Seorang Dewasa, Bandar):

  1. Sewa rumah/bilik: RM600-RM1,200
  2. Makanan (3x sehari, sihat): RM600-RM900
  3. Pengangkutan (awam/senggara kenderaan): RM300-RM500
  4. Utiliti (elektrik, air, internet, telefon): RM250-RM400
  5. Perubatan/takaful: RM100-RM200
  6. Lain-lain (kebersihan, pakaian, pendidikan diri): RM150-RM300
  7. JUMLAH: RM2,000-RM3,500

Analisis: Malaysia mempunyai gaji minimum yang setanding Thailand tetapi jauh lebih rendah daripada Singapura. Namun, kos sara hidup di Kuala Lumpur hampir menyamai Singapura dalam kategori tertentu (sewa, makanan, pendidikan), menjadikan nisbah gaji-kos tidak seimbang. Kajian ini panjang berjela dan admin ringkaskan setakat mana yang patut dan padan sahaja.

Kesimpulan:

Gaji minimum RM1,700 adalah tidak mencukupi untuk hidup bermaruah di Malaysia pada 2026. Gaji median RM3,167 hanya melebihi living wage sebanyak 2%, bermakna separuh pekerja masih hidup di bawah tahap bermaruah. Gaji adil minimum sepatutnya RM3,000-RM3,500 untuk individu bujang di bandar, dan RM6,000-RM9,000 untuk keluarga dengan anak. Tanpa reformasi struktur gaji, jurang antara pertumbuhan KDNK dan kebajikan rakyat akan terus melebar. Sebahagian besar majikan TIDAK bersedia pada masa ini, tetapi ini bukan bermakna RM3,000 tidak boleh dicapai — ia memerlukan transformasi struktur ekonomi yang sistematik.

Realiti Kritikal:

  1. 99% syarikat di Malaysia adalah PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana)
  2. PKS menyumbang 38% KDNK tetapi margin keuntungan purata hanya 5-10%
  3. Sektor yang paling ramai pekerja bergaji rendah: peruncitan, F&B, pembuatan, perkhidmatan — semua sektor ini mempunyai margin tipis
  4. Model Ekonomi Kos Rendah: Malaysia masih bergantung pada tenaga kerja murah untuk menarik FDI dan ia sudah tidak relevan untuk menipu pelabur dengan janji kos tenaga buruh yang rendah kerana janji ini telah membebankan rakyat Malaysia sendiri – www.utusan.com.my

Namun, beban ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu golongan 61% untuk “berikhtiar sendiri” secara individu, kerana itu akan menyebabkan keletihan melampau (burnout) dan kemiskinan bekerja yang kronik. Beban ini juga tidak boleh dilonggokkan dibahu majikan dan juga Kerajaan TETAPI majikan perlu ada daya usaha untuk menaikkan kadar upah sedia ada keparas yang dicadangkan oleh pakar dan selaku Kerajaan, anda perlu bekerja lebih keras untuk menyesaikan masalah ini kerana itu amanah yang anda sendiri minta untuk dikerjakan sebagai cagaran untuk jadi pemerintah yang baik. Model-model ekonomi yang lebih konprehensif perlu diperkenalkan.

Ekonomi yang bergantung kepada kemiskinan rakyatnya untuk kekal rancak bukanlah ekonomi yang berjaya — ia adalah ekonomi yang gagal mengagihkan kekayaan dengan adil. Kepada golongan 61%, adakah perlu tunggu solusi dari majikan atau Kerajaan semata-mata?. Ohhhh! tidak sama sekali, beban sebenar itu ada pada diri anda dan anda wajib bertindak sehabis daya untuk keluar dari masalah ketidakcukupan pendapatan ini. Jika tidak, hidup anda akan jadi lebih stress dan membosankan.

Model cadangan…

Anda golongan 61% bergabunglah dan bentuk kekuatan. Penggabungan ini akan membentuk 18 ke 20 juta kekuatan manusia. Besar potensinya, jika tidak mampu 100% gabungan, dapat membentuk 20% ke 30% kekuatan pun sudah memadai dan mereka yang tidak mahu bergabung, biarkan mereka dengan dunia mereka. Apa yang boleh dilakukan dengan gabungan ini, Emmm! tersangat banyak. Salah satu contoh terbaik adalah Kelab Harta Ismet Ulam Raja. Mereka ada sistem, mereka ada kekuatan, mereka ada keupayaan dan mereka mampu buat. Mereka tidak ramai tetapi mereka sangat kuat. Model mereka ada disertakan di bawah untuk rujukan.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

BefortiBot Dicipta Untuk MENGKAYAKAN penggunanya

Apabila Gaji tidak bertambah, inflasi meningkat, duit simpanan habis, harga minyak mahal dan hutang juga makin bertambah. Itu bukan lagi masalah biasa-biasa. Perlu bertindak segera untuk mengatasi masalah tersebut sebelum jadi lebih parah. Itu hanya masalah dan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Makanya, kena berani dan cuba cara ini untuk mengkayakan dan selesaikan masalah diri itu dengan cara yang lebih pintar dan bijak ini.
Ingat naaa! Ini BefortiBot dicipta untuk mengkayakan penggunanya… Kami sebut ia mesin mining. Sebelum mining, aktifkan akaun untuk mining terlebih dahulu dan link ada dekat bawah.

Jika rasa, aktiviti ini bermanfaat, bagi tau dekat kawan-kawan dan sahabat handai terdekat supaya kita dan mereka dapat kaya bersama.
Untuk membolehkan aktiviti ini berjalan dengan lancar, mesin mining ini sangat perlu akan sokongan orang yang bersemangat, berani untuk berubah dan kuat seperti anda.

Alat ini dibuat khusus untuk pengguna yang ingin mengkayakan diri dengan ilmu keusahawanan dan bebas dari masalah tidak cukup pendapatan.

Semoga alat ini bermanfaat untuk kita semua.

21266 Tontonan Setakat Hari Ini

Category:

Tidak perlu modal, tidak perlu menjual dan hanya perlu lakukan aktivtti mining sahaja. Setiap masa yang telah dibazirkan untuk aktiviti mining akan digantikan dengan kredit ganjaran yang bernilai dan boleh ditebus nantinya. Aktiviti mining yang dilakukan adalah aktiviti mining/melombong ilmu keusahawanan untuk tujuan memperkayakan dan memajukan diri sendiri. Apa yang miner buat itu hanyalah untuk mengkayakan dan memajukan diri sendiri semata-mata.

Semoga kemudahan sumber terbuka ini bermanfaat buat kita semua.

Ingat naaa BefortiBot dicipta untuk mengkayakan penggunanya… Sebelum mining, aktifkan akaun untuk mining terlebih dahulu.

Be the first to write a review

Leave a Reply