Bismillahi,
Lima 2025 sudah pun berakhir… masih ada lagi 7 bulan sebelum berakhir aktiviti TMK tahun 2025.
Tidak lama lagi masuk bulan 6, ini musim buah-buahan Pakcik, Makcik, Adik, Kakak, dan Abang-Abang sekalian. Paling terkenal adalah musim buah durian, makanya aktiviti yang paling best adalah aktiviti eko-perlancongan yang melibatkan dusun buah-buahan. Dekat Kedah ni ada banyak dusun buah-buahan yang menarik dan kepada pengusaha dusun buah-buahan, inilah masanya untuk memperkenalkan eko-perlancongan berkonsepkan dusun buah-buahan. Jom! ramai-ramai pengusaha, makeup dusun masing-masing bagi lawa dan buka peluang untuk pelancong eko dusun datang berkampung dan merasai sendiri pengalaman di dusun. Selain dapat kutip untung jual buah-buahan, untung sediakan kemudahan penginapan juga boleh diperolehi sama dan jika kawasan tersebut ada pulak anak-anak sungai yang menarik, boleh dijadikan tapak perkhemahan untuk geng camper bergerak….mantap.
Dekat mana nak iklan pakej eko perlancongan ini semua?. Salah satunya boleh letak dekat tapak iklan di bawah. Selain dari itu, boleh letak dekat FB, Tiktok, blog persendirian dan Youtube. Tempat yang ada ramai pengguna itu lah tempat yang paling afdolnya.
Sekian terima kasih dan selamat majujaya.
Aktiviti TMK 2025 Dan TGK 2035
RM 0.00 – RM 0.00
Sempena kempen Tahun Melawat Kedah 2025. Terima kasih semuaaaa kerana mai bercuti di Negeri Kedah. Semoga Allah permudahkan urusan hampa semua. Insyaallah.
Pesanan mesra pengguna…
Untuk tempah slot iklan, sila tekan butang booking di bawah… Sekian terima kasih.
Mesra harmoni Kedah FM.
Jabatan Penyiaran Kedah Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim KM3, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah.
Frekuansi 97.5 FM.
0 SUCCESSFUL ORDERS
6010 viewed until today
Tonton Video