Linux Bootable USB Operating Systems

RM 70.00RM 120.00

Beri nafas baru untuk komputer versi lama dengan bantuan OS Linux USB bootable.

OS dari keluarga open source, sistem yang disediakan untuk peminat tegar sistem operasi dari keluarga Linux yang mana kini ianya sudah mencapai tahap kamajuan yang sangat moden, maju dan terkini…pendek kata, tiada lagi pertikaian keupayaan terhadap OS yang satu ini.

  1. Ianya percuma dan tidak perlu lesen untuk menggunakanya.
  2. Tidak perlu mencari pemandu untuk menyokong perkakas sedia ada dan semuanya telah tersedia secara automatik.
  3. Tidak perlu kepada langganan anti virus dan OS seperti ini sangatlah aman dari serangan virus.
  4. Sangat moden dan maju dan sesuai untuk semua jenis mesin sama ada mesin versi lama atau versi yang terbaru.
  5. Dan banyak lagi…

Harga termasuk kos penghantaran.

Sebelum penghantaran dibuat, setiap Linux USB bootable akan diuji terlebih dahulu sehingga benar-benar berfungsi. Ia akan didatangkan bersama USB flash bersaiz 16gb dari jenama Sandisk original.

 

2 SUCCESSFUL ORDERS

1025 viewed until today

SKU: N/A Categories: ,

Tonton Video

Bismillah,

Jika ada kepakaran dan tau cara, disarankan untuk buat sendiri.

Alternatif USB Bootable Sandisk yang admin sediakan ini hanya untuk mereka-mereka yang tidak tahu cara dan sering gagal berulang kali dalam proses pemasangan OS versi linux ke mesin sedia ada… terutamanya mesin lama.

Admin, buat benda ini disebabkan sebelum ini pihak admin ada mengalami masalah dengan OS sedia ada pada mesin lama  yang mana sistem sedia ada telah memboikot untuk tidak mahu bekerja seperti biasa. Serabut bai takut data penting yang belum sempat di backup itu hilang macam tu sahaja…

Hampir hilang pedoman apabila berbelas kali percubaan untuk membuat pemasangan OS penyelamat melalui alat usb bootable yang dibuat sering saja menemui jalan kegagalan. Setelah diselidiki, ada banyak hal dan masalah yang berlaku sehingga proses pemasangan yang sepatutnya jadi mudah tetapi telah bertukar menjadi sangat payah. Sedangkan, admin sudah menggunakan teknik yang sama sejak 2006 lagi… boleh konpius dibuanya.

Antara alat pembuat USB bootable yang admin guna untuk menghasilkan USB bootable adalah…

  1. Unetbootin
  2. Rufus
  3. DD command line dekat terminal
  4. Write Disk

Semua yang di atas, gagal untuk bekerja seperti yang diharapkan. Percubaan terakhir, admin guna OS mint dari versi Linux 21.2. Di dalamnya ada alat yang jarang admin guna sebelum ini tetapi hasilnya sangat membanggakan dan OS linux yang hendak dimuat turun hendaklah menggunakan kaedah torent. Untuk OS linux yang dimuat turun secara terus dari server pulak, ianya tidak sesuai untuk dibuat USB bootable dan tidak sama seperti versi sebelumnya.. Puncanya tidak diketahui. Tulis ke USB, boleh…. tetapi untuk menggunakannya untuk tujuan pemasangan tidak boleh dan sering keluar error yang sangat teruk dan berlapis-lapis.

Kepada yang sering mengalami masalah yang sama, solusi ikut cara dan pengalaman admin yang sebelum ini, pihak admin telah siapkan versi khas yang mana ianya pasti boleh digunakan sehingga OS versi Linux berjaya dipasang ke mesin yang disediakan tanpa sebarang gangguan error yang berlapis-lapis.

Kenapa pilih OS versi Linux?..

  1. Kerana ianya PERCUMA dan tidak perlu kepada lesen dan sudah tentu akan dapat menjimatkan duit poket.
  2. Sangat stabil – OS versi Linux ini telah melalui satu proses pembuatan yang panjang yang mana kini ianya telah mencapai tahap kematangan yang sangat tinggi sehingga mampu menandingi keupayaan pesaing-pesaingnya dari keluarga Windows dan Apple.
  3. Tidak perlu kepada perlindungan anti virus.
  4. Sangat mesra pengguna
  5. Sesuai untuk dipasang pada mesin versi lama dan juga versi yang terkini.
  6. Dan banyak lagi…