Categories
Bitcoin Decentralized Free Education Programs Research & Development

Minggu Ini Layan Kisah Bitcoin Exchange

Assalamualaikum dan salam hormat,

Minggu ini apanya, start dari minggu lepas lagi admin pekesah bab bitcoin Ini sahaja. Habis segala info yang berkaitan dengan bitcoin dan yang ada di dalam senarai google, admin terjah masuk dan keluar dan masuk balik untuk baca  info yang sepadan dan sesuai dengan kehendak admin. Kenapa pulun sangat dengan bitcoin?, macam mana tak pulun, ada seorang trader ni beli pada harga $27 dan lupa tentang perkara tersebut. Bila sedar kembali tentang stok bitcoin yang dia miliki, kini bitcoin tersebut telah berharga $886k. Untuk hari ini punya trading mungkin 5 tahun lagi untuk mendapat hasil sebegitu….jadinya kena beli dan simpan stock bitcoin dari sekarang.

Ini haaa hasilnya

Nak tengok apa yang telah admin dapat dan buat dalam tempoh tersebut?. Ini haaaaaa…yang pertama admin berjaya mengumpul ahli seramai 5 orangggggggggg sahaja, heeeee….heeeeee ( ingat banyak tadi ) untuk trade bitcoin guna platfom local decentralized exchange. Platfom ini kena pasang di dalam komputer masing-masing dan tak perlu register dengan mana-mana company untuk adakan sebarang transaksi ( nak daftar apanya, platfom tu memang untuk kita ). Emmmmm support local payment option seperti CASH, ONLINE BANKING dan ATM. Minimum fund yang diperlukan untuk trade RM500 sahaja. Emmm, operasi berikutnya apa pulak?,

Ini pulak hasil kedua

Yang seterusnya, percubaan untuk membeli bitcoin pertama kali melalui jalan trading secara offline market dan tidak melalui platfom exchange seperti localbitcoin atau luno dan sebagainya ( dah ada yang lebih cepat, buat apa nak layan yang makan fee banyak dan lambat pulak tu ). Cara ini sangat berisiko untuk kena scam ( seller memang tak pernah kenal pun dan kena hati-hati sikit ). Kenal tak kenal belakang cerita, kalau nak kena tipu, kenal lama pun kena tipu juga kan?.  Alhamdulillah, semua urusan berjalan dengan baik dan dalam tempoh 1/2 jam macam tu semua transaksi bitcoin dapat confirmation dari 116 blockchain yang terlibat. Seller tersebut memang  boleh dipercayai, pemilik dan penjual mesin mining juga dan kalau nak beli dengan dia dipersilakan dan kalau nak cari mesin mining pun boleh order dari dia dan bab harga mesin mining perghhhhh bukan dia juai mahai tetapi memang mesin tu mahai sejak dari azali lagi. Setiap transaksi seller ni caj 6% ( kos bid dan segala bagi kot ). Semua bitcoin tadi admin minta seller tadi direct ke PLATFOM LOCAL DECENTALIZED BITCOIN EXCHANGE yang admin telah install masuk dekat komputer dan apa maknanya ni?. Maknaaaanyaaa bitcoin tadi ada di dalam wallet komputer milik admin sendiri dan tidak disimpan di dalam wallet mana-mana syarikat lain seperti coinbase, blockchain dan segala bagai lagi yang bersepah-sepah dekat luar sana tu. Kenapa buat macam tu?, Ooooooo itu untuk kemudahan bila nak guna nanti dan juga untuk keselamatan dari jadi habuan hacker. Biasanya hackers-hackers suka syarikat wallet yang bersaiz besar-besar untuk di hack, sebab di dalamnya ada banyak isi berbanding personal komputer yang ciput isinya, susah dan memang susah pun nak hacking. Jadi tak berbaloi dengan aktiviti mereka.

Projek seterusnya

Join pulak local group whatsapp untuk exchange bitcoin secara kecil-kecilan. Group baru on sahaja  dan jangka hayat dalam 2 atau 3 hari macam tu tetapi dah ada 25++ members ( tahniah, naik cemburu admin tengok. Admin punya group seminggu ada 2 orang saja member yang  sudi untuk join..heeee…heeee ). Dalam group, aktiviti utamanya adalah untuk trade secara kecil-kecilan dan share info berkenaan bitcoin. Masalah yang menghantui geng-geng di dalam group adalah scammer dan scammer…..scammerrr……..heee..heeeee. Admin try juga  buka tawaran untuk beli bitcoin dalam group tersebut untuk saiz kecil ( nak mampus open trade besar-besar dekat platfom open macam tu ). Setelah 5 ke 6 jam menunggu, nampaknya tiada rezeki dekat situ dan lamaran tak ada. Maknanya liquidity belum ada dekat situ dan mungkin disebabkan keadaan platfomnya kot yang mix dengan aktiviti sembang dan trading…itu yang hilang fokus, emmmm jika trading saja group pulak akan sunyi dan jika masuk topik lain-lain, trading pulak tenggelam…..kesian dekat admin group tu nanti dan bukan senang nak jaga group tersebut supaya dapat serasi dengan members-members yang ada di dalam group tersebut. Yang masuk dan left tu biasa laaaa….yang buat perangai satu hal dan kaki marketing pulak satu hal tak paham bahasa.

Segan nak sambung karangan ni dah haaaiihhh, kumputer asyik lup saja…rosak apa ntah….jika ada rasa-rasa macam nak try  bitcoin cara  admin guna ini tetapi tau nak buat, whatsapp/telegram admin ditalian 011 3222 9401 ( untuk tutorial berbayar ). Belum terfikir lagi untuk bagi free sebab benda ni tak lah payah mana pun, cuma perlu rajinkan diri untuk godek-godek dalam internet sahaja. Segan kalu dan nak mudah kerja sila guna cara berbayar, caj dia beda beli bitcoin jadi laaa…..Heeeee….heeeeee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: trading platfom ni sesuai sangat-sangat untuk market maker dan fund manager ( sendiri faham lahh nooo ).

 

Categories
Bitcoin Decentralized Free Education Programs Research & Development

Local Bitcoin Decentralized Exchange

Assalamualaikum dan salam hormat,

Benda ini untuk kemudahan pengguna bitcoin di dalam Malaysia. Tak mau terlibat dengan aktiviti bitcoin mining atau ecommerce di peringkat global, boleh saja layan bitcoin exchange menggunapakai platfom decentralized ( disokong sepenuhnya oleh open source project ).

Kelebihan yang ada pada benda ini adalah, ianya menyokong  penuh kemudahan pembayaran/pertukaran bitcoin melalui bank-bank tempatan yang sedia ada. Lawannya BTC/MYR, dengan itu sebagai pengguna bitcoin tegaq di peringkat local dan juga global ianya salah satu dari plugin yang sangat ditunggu-tunggu oleh pemilik bitcoin di Malaysia. Kemudahan yang ada ini sudah tentu akan merancakkan lagi industri bitcoin di dalam negara ini ( alat pertukaran mesti ada liquidity yang tinggi ). Sudah pasti……..dan dengan adanya bitcoin exchange yang sudi support local banking transfer, maka  bertambah-tambah mudah lah urusanya nanti ( waktu proses lebih cepat ). Emmmmm, adakah masih dan perlu untuk terlibat dengan pelbagai jenis pakej pelaburan demi mendapatkan keuntungan dari bitcoin?. Admin rasa….sudah tiba masanya untuk kita semua  yang berminat supaya mengambil langkah lebih maju ke depan iaitu untuk buat sendiri dengan bantuan tambahan dari platfom decentralized.

Apa lagi kelebihan yang ada…

  1. Tidak perlu daftar.
  2. Tidak perlu kepada verified sana-sini.
  3. Privacy terjaga.
  4. Akaun sendiri jaga dan kalau rugi sendiri juga yang buat silap dan bukan orang lain.
  5. Tidak perlu simpan fund dekat mana-mana syarikat investment yang konon-konon sangat userfriendly dan selamat.
  6. Sistem kena pasang dekat komputer masing menggunapakai konsep P2P network.
  7. Boleh trade 24 jam jika market aktif. Buat masa ini heee…….heeeeeee……market masih malu-malu. Penyertaan dikalangan local trader masih kurang dan boleh dikatan hampir tiada…haaaaa…haaaaa, nanti bila dah ramai okay laaa (  baru diperkenalkan katakan ).
  8. Juga support lain-lain cryptocurrency seperti alcoin, eth, dash dan banyak lagi sebagai alat pertukaran.

Info free…………….karangan tak boleh sumbat banyak-banyak, kena simpan hari lain sama dan bagi yang tak tau dan nak belajar cara setting segala bagai sampai boleh guna, boleh saja whatsapp/telegram admin ditalian 011 3222 9401.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: Antara syrikat pelaburan yang melingkup gara-gara offer pakej pelaburan bitcoin adalah mycoin dan mt.gox. Hang rekomen sana, hang rekomen sini duit aku sapu. Kemudian istihar sistem kena hack….heeee…heeeeee.