Categories
Free Education Programs Open source Research & Development Web & Blog Activity

Teknik Marketing Yang Mana Satu Sangat Berkesan

Assalamualaikum dan salam hormat,

Data berbicara dan lihat apa yang admin dah jumpa…..

Untuk kegunaan internet marketing…

Info ini penting dan terkait rapat dengan stratergi marketing. Harap masej ini nanti dapat membantu internet marketer di Malaysia amnya untuk buat pilihan yang lebih kena pada tempatnya dan yang mana satu patut dibuat terlebih dahulu dan tidak payah lagi bersusah payah untuk buat plan marketing yang jauh dari kehendak pasaran.

Recommendation, cara ini memang power..

Lihat infografik di bawah dan lihat pada angka 62% punya potensi. Bahagian  tersebut perlu diberi perhatian serius dan admin sudah lama menggunapakai cara tersebut untuk aktiviti bisnes offline dan online dan alhamdulillah hasilnya sangat-sangat membanggakan dan kawan-kawan internet marketing sekalian alam patut ambil serius cara tersebut……..data tersebut berbicara, jangan pandang begitu sahaja.

Admin sudah sediakan katakuncinya, yang lain tu kena rajinkan diri untuk korek sampai boleh dimanfaatkan. Akhir sekali, beranikan diri untuk tekan like kerana 1 like = 1 sumbangan untuk bantu warga miskin.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

 

Categories
Cryptocurrency Free Education Programs Open source Research & Development

Masalah Pengguna Cryptocurrency Di Malaysia Adalah Liquidity

Assalamualaikum dan salam hormat,

Heeee…..heeeee nampaknya masalah liquidity ( tahap kecairan ) masih menebal kepada pengguna matawang digital itu di Malaysia. Bukan senang untuk beli dan jual matawang tersebut bila ianya diperlukan ketika liquidity nya berada ditahap yang masih rendah terutamanya bila hendak ditukarkan ke Ringgit Malaysia ( untuk dijadikan alat pertukaran tanpa melibatkan RM tidak ada sebarang masalah ).

Selepas akaun bank luno dibekukan..

Ini yang admin terpaksa hadap selepas akaun local bank bagi pihak Luno exchange dibekukan sementara waktu operasinya. Luno merupakan salah satunya cryptocurrency exchange yang support MYR dan sangat familiar bagi pengguna cryptocurrency di Malaysia walaupun hanya menyokong BTC dan ETH. Luno adalah jambatan yang sangat berguna kepada peminat atau pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana liquidity yang tersedia, fee dan prosesnya yang mudah. Pengguna hanya perlu bijak untuk menggunakan kemudahan jambatan tersebut.

Alternatifnya sudah pun ada..

Matawang digital boleh dibeli serendah RM10 sehingga puluhan ribu ringgit dan untuk mengatasi masalah liquidity, pengguna di Malaysia hanya perlu tahu untuk menggunakan kemudahan decentralized exchange atau P2P platfom yang menyokong kemudahan escrow untuk mengelakkan aktiviti penipuan. Buat masa ini, 2 kemudahan tersebut masih belum mendapat tempat dihati pengguna cryptocurrency di Malaysia kerana mereka kebanyakkanya aktif bersama private group dan melakukan transaksi tertutup sesama sendiri ketika platfom seperti Luno tidak berfungsi sebagai orang tengah. Selagi aktiviti ini berterusan liquidity sukar untuk dibentuk. Admin masih menunggu detik-detik pengguna cryptocurrency di Malaysia menggunapakai 2 kemudahan tersebut, mungkin sedikit masa lagi.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.