Categories
Homepage Research & Development Web & Blog Activity

WordPress Open Network Nod

Untuk pemilik laman web bernadikan enjin Wordpress. Pasang, aktifkan dan kongsi cerita ke seluruh open network yang aktif. Sangat mudah untuk dapatkan trafik organik dan jimat kos. SEO kena benam pun tak ada hal laaahhhh.

Alhamdulillah,

Berita baik untuk pengguna dan pemilik laman web  berasaskan WordPress di Malaysia. Nod decentralized open network sindiket telah berjaya dibangunkan untuk kerja-kerja pertukaran bahan cerita bagi meningkatkan keupayaan jangkauan pengguna bagi mendapatkan trafik organik dengan cara yang lebih bijak dan jimat kos.

SEO hilang dari radar, selalu kena shadow ban dan trafik organik yang rendah… semua itu bukan lagi masalah besar. Boleh guna nod WordPress Open Network ini untuk atasi masalah tersebut.

Ianya percuma dan berlesenkan GPL. Tak tahu cara guna boleh bertanya admin yang bertugas. 

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

JALINAN – WordPress Open Network V1.1.4

RM 0.00

Jalinan ialah alat menukar setiap laman WordPress kepada satu nod sukarela dalam rangkaian pertukaran kandungan — kongsi post & produk anda, terima feed rakan rangkaian, dan biarkan audiens mengalir dua hala. Tanpa pelayan pusat. Tugasnya adalah sebagai alat berkongsi content secara organik dan alat ini dalam bentuk nod tanpa pusat kawalan. Nod ini akan automatik mengesan rangkaian wordpress aktif yang pasang open network untuk bertukar trafik sesama peserta. Alat sangat sesuai untuk mengatasi masaah SEO hilang dari radar, kena shadow ban atau lain-lainya. Lagi besar network lagi kuat organiknya, lagi besar potensinya.

Tiada pendaftaran, tiada pusat arahan. Sambungan berlaku terus antara dua laman melalui REST API WordPress masing-masing — dan setiap nod baru akan menemui nod lain melalui cadangan rakan mereka yang sedang aktif dalam network.

Untuk muat turun plugin ini, tekan butang dekat bawah.

9 Tontonan Setakat Hari Ini

Category:
Cara guna: Sila rujuk readme.txt.
Be the first to write a review

Leave a Reply