Categories
Aktiviti Hujung Minggu

Jersi Bola Dari Thailand

Assalamualaikum dan salam hormat,

Emmmm, harga terkini jersi bola gred player issue yang admin dapat dari supplier pada 27/8/2017 sekitar RM40 macam tu untuk sehelai…perghhh…boleh tahan juga harganya tetapi memang sepadan laaa dengan kualiti jersi yang admin dapat tu.

Jersi gred player issue……

Nak tengok macam mana kualiti jersi gred player issue dari Thailand yang terkini?. tuu haaa dekat bawah tu. Dapat bawa masuk ke market international dan jual balik pada harga $40 + postage pun cantik sangat-sangat dah…..saja nak bagi klu……….heeee…heeeee. Jersi ni semua dah ada buyer yang tumpang order dari jauh, katanya nak pergi beli sendiri jauh sangat…..dah kebetulan admin selalu ke sana, jadinya harung sekali laaaaa….harga tadi bukan harga jualan runcit rasanya….itu harga supplier dengan reseller….

Jersi kebangsaan out of stock…….

Harga yang admin dapat tu adalah harga kawan-kawan berbisnes, disebabkan sudah kenal lama dengan supplier. Yang bestnya, semua jersi dari kebanyakkan pasukan terkenal, ada dibekalkan oleh supplier ini dan untuk jersi kebangsaan Malaysia, sejak dari awal-awal lagi dah out of stock…..perghhhhh memang laku keras jersi tu……….( jersi champion katakan )…………..Eeemmmmm untuk members baru, admin tak pasti laaa berapa pulak harga yang supplier tu akan bagi ( kena pandai bicang )….Paling kurang RM 45 macam tu rasanya…..walauapapun, kualiti jersi yang admin dapat tu memang puas hati sangat-sangat dan jika nak guna untuk buat bisnes diperingkat international rasanya dah boleh lepas sangat-sangat tetapi kena berani declare under barang copy ori, itu pun jika berani laaaaa…heeee…heeee. Jika terima surat / email amaran, cepat-cepat buang dari senarai. Biasanya, amaran awal akan hadir sebelum tindakkan tegas diambil kepada yang engkar dari pihak pengeluar terlebih dahulu tetapi jika dah dapat surat amaran pun masih nak tunjuk sikap keras kepala juga…..mau tau laaaa risikonya nanti…

Nak tau macam mana nak order jersi gred player issue dan second ori dari Thailand?, boleh masej pihak admin untuk bantuan susulan. Pihak admin tak supply tapi boleh bagi petua dekat mana nak dapatkan stok dan jersi-jersi ni semua…..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Bitcoin Free Education Programs Open source Research & Development

Pengalaman Trading Bitcoin Dan Altcoin

Assalamualaikum dan salam hormat,

Karangan ini dimuat naik untuk kegunaan newbie. Jika ada yang bercadang hendak berjinak-jinak dengan dunia trading bitcoin dan altcoin boleh laaaa baca karangan pendek ini. Karangan ini tidak terlibat dengan aktiviti mining. Pesan siap-siap naaaaa….( mining lain kali cerita ). Emmm, karangan dalam konsep klu dan bukanya kisah lengkap tetapi akan bersambung-sambung bila perlu sahaja.

Banyak benda nak kena tahu ni….

Bajet permulaanΒ  untuk aktiviti trading RM100 sahaja. Buah mula, bitcoin yang pertama kali dikumpul melalui beli secara direct dari local bitcoin miner ( jumpa dalam FB ). Waktu mula keterlibatan, semua operasi adalah secara R&D dan try and error sahaja. Untuk kes admin, buah mula untuk kenal bitcoin dan terlibat dengan aktiviti trading memangggggggg agak sukar sebagai seorang newbie dan banyak benda kena ambil tahu dan banyak benda yang admin tidak tahu kerana cryptocurrency ni benda baru naik ( benda baru up dan info tidak banyak ). Wallet pertama yang digunapakai untuk tujuan simpan bitcoin dari dulu sampai sekarang adalah electrum ( offline wallet ). Nak survey tentang wallet ni pun admin kena ambil masa berminggu-minggu jugaaaaaa baru jumpa ( implikasi jika kededut nak invest duit untuk dapatkan ilmu ). Untuk trade pulak admin akan guna c-cex, poloniex dan luno. 3 tempat ini tak banyak karenah verifikasi, jadinya dekat 3 tempat inilah admin akan menghabiskan masa ketika trading ( verifikasi ni agak leceh sikit sebab terpaksa mendedahkan maklumat peribadi ) Admin tidak berapa berkenan hal-hal berkaitan verifikasi ni semua ( untuk akta AML dan KYC ).

Keuntungan pertama yang diperolehi

Bulan pertama aktiviti trading admin kaut untung dalam $20 ( setiap trading semuanya untung )…heeee…heeeee. Penat juga dibuat nya dan satu hari admin akan buka 4 ke 5 open position untuk trade. Bila dah dapat untung………….admin akan jual dan tak adanya nak tunggu sampai berbakul-bakul…….untung sikit pun admin akan juaaaaal…target 8 ribu ke 10 ribu satoshi macam tu….heeee….heeeeee. Antara masalah yang akan selalu buat kacau ketika trading sedang dijalankan adalah perasaan was-was. Hal ini akan menyebabkan satu open position pun tidak akan mampu dibuat bila sudah terkena kacau dengan penyakit was-was ini dan bila tiada open position baru yang mampu dibuat makanya proses untuk melipatgandakan keuntungan pun akan terbantut lahhhh jadinyaaaaaaaaaaaaa. Emmmmm, nak tau macam mana rasanya kena kacau dengan benda ni?………..Jika nak tau, kenaaaaa lahhhhhhhh masuk market dan jadi trader bitcoin dan altcoin dan mula trade dari sekarang. Benda ni memang dia akan mai kacau punya…..tak payah panggil, nanti dia akan mai dengan sendirinya……heee…heeeee….

Antara kejadian-kejadian yang berjaya dikesan

Setiap open position biasanya akan melalui fasa turun dan naik harganya….berdasarkan pengalaman admin ketika trading cryptocurrency, tempoh hold ( untuk cryptocurrency tidak berapa nak glamour ) paling lama 3 minggu harga market akan recover dan untuk bitcoin pulak, paling lama admin biasa hold 2 minggu ( lama sebab volume saiz kecil nak bagi ngam dengan profit ) untuk saiz mega volume admin hold 1 ke 2 hari paling lama sebelum take profit untuk dimanfaatkan sepuas-puasanya dan banyak lagi sebenarnya jika nak taip masuk.

 

Nak kena belah dulu………

Karangan terbantut nampaknya sebab dah kena kacau, jadinya admin sambung karangan ini dilain kali pulak. Untuk generasi terkini, jika berhasrat nak jadi jutawan melalui jalan pelaburan yang lebih cepat dari emas, stock market, unit amanah, forex dan hartatanah. Melabur lahhhhhhh dalam dunia cryptocurrency terutamanya bitcoin. Itu merupakan salah satu daripada cryptocurrency yang paling glamour dan yang paling tepat sekali untuk dibuat pilihan. Contoh….contoh..contoh…..4 bulan lepas sebelum karangan ini dimuat naik harga 1 BTC( bitcoin ) / RM 5000++ sahaja tetapi lepas karangan ini dimuat naik harganya sudah mencecah RM18 ribu ++……heeee..heeee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.