Assalamualaikum miner dan pembaca yang dihormati.
Rekod 2026, terdapat sekitar 9 juta penerima (kebanyakannya dari B40, dengan majoriti Bumiputera) layak sebagai penerima program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sampai bila program seperti ini dapat bertahan?.
Makanya, timbul lah persoalan bagaimana cara seterusnya golongan ini dapat dibantu supaya ekonomi mereka terus kukuh dan tidak lagi bergantung harap sepenuhnya kepada bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan?(walaupun ini sememangnya tugas Kerajaan). Setelah diteliti dan dikaji dengan kekuatan sedia ada dan potensi masa depan, salah satu cara terbaik untuk membantu meringankan beban golongan ini adalah dengan mewujudkan Koperasi khas untuk golongan ini.
Kenapa konsep Koperasi yang dipilih?.
- Dapat memberi ruang dan peluang kepada golongan ini untuk memahami proses ikhtiar hidup yang lebih maju,
- Peserta dapat belajar dan timba pengalaman baru untuk kemajuan diri. Koperasi bukan sekadar “bank mini” – ia adalah alat pemerkasaan komuniti yang boleh mengubah 7-9 juta individu B40 daripada penerima bantuan kepada pemilik aset dengan pendapatan pasif. Projek ini boleh jadi “koperasi raksasa” yang selaras dengan visi kerajaan untuk ekonomi inklusif dan kurangkan jurang kekayaan.
- Satu perkara penting lainnya adalah, pengalaman luas Koperasi yang telah lama bertapak di dalam Malaysia sejak pembentukkanya. Pihak Kerajaan juga telah memahami prosesnya dan pakar operasi tentang Koperasi di Malaysia juga ramai, makanya amat mudah untuk dilaksanakan kerana kepakaran yang diperlukan itu sudah tersedia.
Model Cadangan Koperasi (bahan-bahan, idea bantuan sumber data AI).
- 9 juta peserta × RM10 seorang = RM90 juta (modal syer/amanah ahli sekali gus).
- Modal ini tidak hangus
…
Kandungan ini eksklusif untuk ahli berdaftar. Sila log masuk atau daftar untuk meneruskan bacaan.
Log Masuk
Daftar Sekarang