Categories
Research & Development

KENAPA TARIK TRAFIK KE TAPAK JUALAN ITU SANGAT PENTING?

Lagi banyak trafik yang masuk, lagi tinggi peluang untuk dapat sales….Giiteeewwwwww…

Bismillah,

Usahawan, pakar pemasaran dan semua yang terlibat akan cuba buat cerita-cerita menarik, tertarik dan ada unsur nilai tambah bersamanya ke merata-rata tapak dan tempat di dalam internet supaya ianya dapat dijadikan penyebab kuat untuk mendapatkan trafik.  Kemudiannya, trafik yang terhasil itu akan nanti ditarik ke tapak jualan masing-masing dengan seberapa banyak yang boleh supaya dapat ditukarkannya menjadi pembeli atau sesuatu yang menguntungkan selepasnya itu. Banyak cara yang digunakan, antaranya…

Ada 2 cara…pertamanya BERBAYAR…

Cara ORGANIK dan BERBAYAR. Yang ada duit banyak biasanya akan menggunakan cara berbayar sebagai jalan singkatnya yang paling cepat untuk mendapatkan trafik. Biasanya cara ini disediakan oleh platfom-platfom besar seperti FB, TikTok, Twitter, Instagram, Youtube, Google dan banyak lagi laaaaaaaa yang lain-lainya. Platfom-platfom tersebut biasanya mempunyai database pengguna dari pelbagai peringkat yang dikumpul secara bersistematik untuk tujuan komersil. Antaranya adalah untuk memenuhi permintaan kepada kerja-kerja pengiklanan atau kempen bagi mendapatkan trafik tertentu ke tapak jualan. Bijak tak mereka mencipta mesin duit masing-masing?….mesti la bijak kan! kerana mereka buat semua itu berdasarkan plan yang cun sejak dari awal lagi. Dari kes ini makanya lahir lahhh ramai sifu FB ads, Sifu Google ads dan berbagai lagi sifu. Semua itu komponen sokongan penting bagi memeriahkan lagi aktiviti untuk mendapatkan trafik ke tapak jualan. Sifu-sifu ini nanti akan mendapat habuan masing-masing yang selayaknya kerana mereka pandai mengambil peluang dari lubuk-lubuk trafik yang telah tersedia dan yang mana ianya tidak berani diterjah oleh pemain-pemain yang lain…tanpa sifu-sifu ni semua, jangan harap laaaa ilmu-ilmu seperti ini akan cepat berkembang…

Yang keduanya ORGANIK…

Cara organik lain pulak kisahnya, sedikit lambat untuk dapat hasilnya kerana cara ini sedikit dalam cara pembikinanya, tidak perlu kepada modal yang besar tetapi perlu kepada pengorbanan, kemahiran, kretiviti, kerajinan dan banyak lagi laaaaaa. Yang bestnya, ROI nya sangat lumayan. Trafik cara organik ini BIASANYA ditarik menggunakan kebijaksanaan pemain-pemain di dalam industri ini dengan pelbagai cara dan teknik sulap masing-masing…heee…heeee. Perlu kretif dan pakar dalam mengambil dan mengolah setiap peluang yang telah tersedia secara percuma kemudian cuba ditukarkannya kepada trafik yang kemudianya nanti akan dihantar ke tapak jualan masing-masing. Ceritanya, cara organik perlu skill dan pengalaman yang banyak…….baru lahhhh dapat di terobosnya market serta ditarik trafiknya sekali…ceritanya, sekali dapat titik pentingnya akan kenyang dalam tempoh yang lama. Kenapa tak percaya?…..heeee…heeeee. Contoh yang selalunya orang pemasaran bernadi teknik organik guna dari dulu sehingga sekarang ini adalah buat video di Youtube, bikin cerita di Blog mesra SEO, update kisah di FB, bikin bebenang cerita dekat Twitter ikut selera dan target masing-masing dan yang terkini adalah video pendek 15 saat dekat TikTok. Banyak lagi yang lain-lainya termasuk Telegram channel & group dan group Whatsapp juga. Tempat-tempat ini semua mempunyai potensi yang sangat baik untuk mendapatkan trafik secara organik dan percuma.

Trafik sudahhhh, emmmm, langkah seterusnya adalah persedian tapak jualannya pulak dan part ini lagi penting kerana dengan ketampanan tapak jualan, kebarangkalian dan potensi untuk dapat sales secara cemerlang adalah sangat tinggi…..nanti sambung bab ini…ramai yang buat sambil lewa bab ini…

Semua aktiviti dekat atas tadi hanya untuk dapatkan trafik jaaaa puuunnnn…trafik ini penting dan dari trafik ini lah datangnya jualan atau hasil penyudahnya nanti. Jika nak korek bab sebelum tarik trafik……lain kali kita cerita…dan untuk kali ini fokus bab trafik sahaja.

Tak habis lagi…nanti sambung….abaikan ayat tunggang langgang dekat bawah tu….. 😀 

 

kesempatan dari keberadaan

 

Makanya, trafik ini sangat penting bagi mendatangkan hasil jualan. Makanya pelbagai kaedah dan teknik digunakan untuk menghadirkan trafik ini.

Ada yang membuat kempen atau jualan secara terus dan ada juga yang

segala operasi terlibat hanyalah untuk mendapatkan trafik dan adalah sangat penting

Ada yang mempraktikkan secara jualan terus dan ada yang menggunakan teknik lembut dan tidak terburu dalam meyakinkan pembaca atau prospek. dan semua terknik tersebut bermotifkan untuk mendapatkan trafik yang akan digunakan untukitu untuk dibawa ke tapak jualan untuk ditukarkan menjadi keuntungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *