Categories
Marketing Research & Development

Cara Tarik Trafik Ke Website Jualan

Untuk kegunaan usahawan yang menggunakan website sebagai tapak jualan. Jalan organik dan jimat kos untung lebat.

Bismillah,

Ini cara ORGANIK dan jimat kos…untuk kegunaan pemilik perniagaan yang masih lagi menggunakan website sebagai tapak jualan dan yang tidak suka menumpang platfom orang lain….solusi untuk dapatkan trafiknya ada di bawah…sebahagiannya sahaja.

  1. Langkah pertama, cari tempat yang ada banyak pembaca atau pengguna seperti Twitter, Telegram, Instagram, Facebook, Whatsapp, Youtube,Tiktok, Gaming platfom, Search engine dan yang lain-lain tu sila cari sendiri.
  2. Bikin satu cerita pendek atau intro yang kretif dan senada dengan isi kandungan atau topik yang ada di dalam website dan kongsi sebanyak yang boleh ke platfom no 1 tadi dan link ke website perlu diselitkan sebagai kunci rujukan yang akan menjadi punca tambahan yang kuat untuk tarik trafik ke website. Tajuk, intro dan cerita pendek yang menarik ADALAH KUNCI terbaik untuk tarik perhatian trafik ke website. Setiap cerita perlu dipastikan ianya dapat sampai ke pengetahuan pembaca dengan apa cara sekali pun dan lagi banyak lagi baik. Bab ini paling payah dibuat oleh pemula kerana bab ini perlu kepada pengalaman dan skill tertentu. Oleh sebab itu, tugas ini perlu dibuat secara berterusan sehingga menjadi…dan ciri-ciri khasnya jangan lupa…
  3. Hard sell bukan ciri-ciri khasnya…
  4. Ulang langkah no 2 secara berterusan…dan kurangkan aktiviti no 3.

Tip tambahan dari pengalaman….

  1. Jika bikin channel dan fokus kepada topik tertentu, biasanya cara ini lebih cepat mendapat perhatian daripada pembaca ( punca trafik tercipta ). Terutamanya, yang punya solusi kuat dalam menghabisi masalah yang dihadapi oleh pembaca. Hanya perlu jadi kretif dalam membuat persembahannya dan harus ada daya penarik. Tiada daya penarik = tiada trafik. Contohnya begini, buat channel berkaitan makanan paling sedap dan website nya adalah tapak jualan. Biasanya, pembaca, follower atau subsciber yang senada akan ikut channel yang mereka suka dan teknik seperti ini lebih mudah untuk tarik trafik ke website kerana cerita + minat pengikut sudah ngam dan dengan itu proses berikutnya untuk diajak ke website akan menjadi lebih mudah. Jika prosses tersebut terjadi, makanya tercipta lah trafik, kemudianya adalah jualan. Giiiteewwwww…..

Trafik yang datang dari sumber  SEARCH ENGINE…

  1. Untuk search engine perlu mahir SEO. Bagaimana blog ini berjaya ditemui di dalam senarai search engine Google?. Itu dikeranakan peranan teknik SEO yang digunakan. SEO adalah teknik paling best untuk mendapatkan trafik yang bersifat original dan ini cara paling cepat untuk cipta jualan tetapi website jualan perlu dipersiapkan sehabis baik sehingga mampu mendatangkan keyakinan kepada pembaca untuk bertindak. Trafik yang datang dari hasil SEO adalah trafik sebenar dan punya potensi yang tinggi untuk cipta jualan seperti contoh tip tambahan di atas tadi juga cuma lokasi persembahannya berbeza tempat. Hampir sama cara kerjanya cuma SEO lebih mudah dipersiapkannya tetapi perlu ada kepakaran tertentu juga untuk menjadikan SEO ini dapat bekerja dengan baik. SEO ini harus senada dengan algorithm yang ditetapkan oleh pihak search engine…oleh itu buat sampai dapat tawan SEO…sasaranya adalah tersenarai di page pertama dan kedua.

Trafik dari video…

  1. Untuk Youtube dan Tiktok, perlu pandai bikin video menarik kerana manusia secara dasarnya suka format ini. Lagi ramai subscriber, lagi kuat potensi trafik yang bakal diterima. Biasanya, jika di Youtube ia digunakan oleh Youtuber untuk menghasilkan pendapatan dari pakej kerjasama yang disediakan oleh Youtube sendiri dan bukannya untuk tujuan dapatkan trafik ke website tetapi boleh saja digunakan kemudahan yang ada itu asalkan mampu jadi kretif kerana di Youtube ada ramai penonton. Tiktok pulak, emmm konsep video pendek dan team kami belum ada pengalaman manis bersama dengannya…jadinya tak banyak laaa cerita mengarut yang team kami boleh merapu dekat sini. 😀 😆 

Kenapa perlu tarik trafik ke website?

  1. Website jualan perlu trafik yang kencang dan banyak setiap masa. Lagi kuat trafik yang masuk, lagi kuat potensi untuk dapatkan hasil jualan.

Panjang sangat ni, lain kali sambung…

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *