Alhamdulillah, diharap miner dan pembaca dapat banyak manfaat dari kisah ini.
Ini merupakan tempoh antara usia 20 hingga 50 tahun – adalah Zaman Keemasan (The Golden Window) bagi setiap manusia. Inilah waktu di mana “enjin” kehidupan sedang berfungsi pada tahap paling optimum. Jika 30 tahun ini diuruskan dengan sistem yang betul, ianya bukan sahaja mampu menyelamatkan diri sendiri, tetapi sedang dan mampu membina empayar ketenangan untuk seluruh keturunan. Kedengaran seperti ianya sangat penting. Ya! ianya sangat penting kerana ramai pihak yang telah terjerat dalam aktiviti rat race yang tidak berkesudahan rata-ratanya gagal memahami sistem mudah ini.
1. Kuasa “Faedah Kompaun” (Compound Interest)
Dalam 30 tahun ini, masa adalah kawan baik.
Ilmu & kepakaran: Jika kita belajar satu kemahiran di usia 20-an, kita mempunyai 30 tahun untuk mengasahnya sehingga menjadi “pakar luar biasa” di usia 50-an nantinya.
Kewangan: Simpanan kecil yang dibuat secara konsisten selama 30 tahun akan berkembang menjadi “bukit” dan mampu menyara hidup di usia 60-an tanpa diri perlu bekerja lagi.
2. Peralihan “Tenaga Fizikal” kepada “Tenaga Sistem”
Strategi 30 tahun ini adalah tentang pertukaran nilai:
Dekad 1 (20-an): Bekerja keras menggunakan otot & masa (fizikal) mengumpul pengalaman dan kepakaran. Ini palaburan untuk diri.
Dekad 2 (30-an): Bekerja menggunakan otak & kepakaran (intelek). Waktu menguji cuba hasil yang dikutip ketika usia 20-an.
Dekad 3 (40-an): Bekerja menggunakan sistem & aset (automasi). Fasa pengukuhan tapak secara serius bagi penghasilan yang padu untuk keperluan diri.
Jika pertukaran ini tidak berlaku dalam tempoh 30 tahun tersebut, seseorang akan terperangkap menggunakan “otot”
…
Kandungan ini eksklusif untuk ahli berdaftar. Sila log masuk atau daftar untuk meneruskan bacaan.
Log Masuk
Daftar Sekarang