Categories
Homepage Premium Research & Development

Pelaburan masa 10 minit sehari

Setiap hari, kita diberikan 1,440 minit yang sama. Namun, sedarkah kita bahawa sebahagian besar daripadanya hangus begitu sahaja secara tidak produktif. Persoalanya, berapa ramai antara kita yang tahu tetang pelaburan masa?. Mari saya ceritakan kisahnya.

(Kandungan dikunci — sila log masuk)

Alhamdulillah, bertemu sekali lagi dan semoga miner dan pembaca sekalian dapat banyak manfaat dari perkongsian kali ini.

Ini adalah pelaburan yang paling rendah risiko, tidak perlu kepada modal wang ringgit berkoyan-koyan. Hanya perlu 10 minit masa yang diambil dari sisa masa yang bakal terbuang setiap hari sahaja. Berdasarkan kajian pakar, manusia menghabiskan masa secara tidak produktif sekitar 2 ke 3 jam setiap hari. Makanya, diambilnya 10 minit dari masa yang bakal terbuang itu untuk tujuan yang lebih baik bagi tujuan memajukan diri. Tidak banyak, hanya 10 minit sahaja.

Modal Yang Sering Dipandang Sepi Keupayaanya…

Inilah modal yang sebenar-benarnya paling bernilai(jika tahu menggunakanya), yang mana modal ini akan dibekalkan oleh Allah swt kepada kita semua setiap hari dalam jumlah yang sama iaitu 24 jam setiap hari. Apabila habis tempoh masa ini, esoknya dimasukkan kembali keakaun masa masing-masing tanpa pernah terputus setiap harinya sepanjang diri ini masih bernyawa. Jika wang ringgit ianya akan habis, kemudian kita mungkin perlu berhempas pulas untuk mendapatkannya semula. Namun masa, Tuhan memberikan “dana” baru sebanyak 24 jam setiap kali matahari terbit, tanpa perlu kita memohon atau membuat pinjaman yang baru. Ia adalah bukti bahawa setiap hari adalah peluang untuk kita bermula semula. Hebatkan?.

Setiap hari, kita diberikan 1,440 minit yang sama. Namun, sedarkah kita bahawa sebahagian besar daripadanya hangus begitu sahaja secara tidak produktif mengadap skrin telefon dan melayan lamunan yang tidak berpenghujung. Itu sebuah pembaziran masa yang kita tidak pernah kesali sehingga lah ajal datang menjemput kita. Masa adalah pinjaman yang diberikan oleh Allah swt tanpa

…

Kandungan ini eksklusif untuk ahli berdaftar. Sila log masuk atau daftar untuk meneruskan bacaan.

Log Masuk Daftar Sekarang

Be the first to write a review

Leave a Reply