Categories
Research & Development Tukang Jahit Baju

Tukang jahit baju kemeja batik

Siap untuk menerima tempahan. Cepat siap dan kualiti terjaga rapi…

Bismillahi,

Trip kali ini, tukang jahit profesional kami telah di dikerah untuk jahit baju kemeja batik versi slimfit sahaja. Memandangkan admin suka sangat dengan kemeja batik lengan panjang.. makanya, semua tempahan yang masuk nanti akan diberi tumpuan kepada kemeja batik lengan panjang slimfit sahaja.

Versi lain, lain kali admin buka tempahannya. Hee..heeeee.

Untuk tempahan & pertanyaan, sila rujuk di bawah…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

[ Versi Terhad ] Kemeja Lelaki Kain Batik | Lengan Panjang | Slim Fit

RM 180.00

Untuk tempahan sahaja, KENA buat tempahan terlebih dahulu dan deposit 50% diperlukan, baru jarum dan gunting akan mula bergerak.

Rekabentuk kemeja pilihan admin pada edisi kali Ini adalah seperti yang anda semua lihat pada gambar contoh yang telah tersedia ( itu contoh sahaja dan dijual secara online di laman Amazon ). Kemeja slim fit bertemakan corak batik dan berlengan panjang sahaja.

Ini baju kemeja lelaki edisi terhad versi ikut citarasa sendiri.

Material yang digunakan: Kain batik berkualiti tinggi
Reka bentuk: Slim fit berlengan panjang sahaja

Untuk tempahan, sila klik butang di bawah dan tolong sertakan bersama-sama tempahan tersebut saiz dan  ukuran ikut bentuk badan yang benar dan mengikut citarasa masing-masing. Contoh format ukuran baju kemeja adalah seperti yang tertera di bawah atau boleh rujuk pada gambar yang telah disediakan… atau pilih ikut saiz yang telah disediakan.

  1. Ukuran bahu kanan ke kiri
  2. Ukuran panjang bagi lengan
  3. Ukur lilit bahagian lengan
  4. Labuh baju kemeja
  5. Ukur lilit dada
  6. Ukur lilit perut

Pertanyaan sila whatsapp ke – 01132229401 ( admin 200 )

Email: niaga24jam@gmail.com

Gambar tersebut hanyalah contoh dan rupa bentuk kemeja sebenar akan terbit ikut jenis dan corak kain yang dipilih nantinya. Harap maklooonggg.

0 SUCCESSFUL ORDERS

1970 viewed until today

SKU: N/A Categories: , ,
Al-kisahnya, ketika ronda-ronda dalam internet terjumpa pulak baju kemeja bercorak dengan gaya slimfit yang betul-betul memukau hati admin. Jatuh cinta pulak dengan design sebegini. Makanya, admin pun selit masuk terus dan jadikan ini sebagai pakej versi terhad yang bakal dibuka untuk tempahan kepada yang berminat dengan versi ini.. Kain yang digunakan untuk kemeja idaman ini adalah kain batik berkualiti tinggi yang ada di pasaran Malaysia.
Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *