Categories
Tukang Jahit Baju

Tukang jahit kemeja batik slim fit Jitra

Untuk aktiviti jahit baju kemeja batik slim fit sahaja

Bismillahi,

Lokasi kami di jalan Jitra Kodiang. Kami jahit baju versi custom design, cepat siap, kualiti jahitan dijaga dengan sangat cermat, kemeja batik berlengan panjang dan pendek menjadi plihan utama kami untuk dijahit.

Kepada peminat baju kemeja versi slim fit atau sederhana fit area Jitra dan belum berjumpa dengan tukang jahit yang sesuai, boleh cuba perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami. Dijamin sedap pakai dan bab kualiti jangan bimbang, dijaga dengan sangat rapi.. kepuasan pemakai kemeja batik slim fit menjadi keutamaan kami.

Harga pulak anggaran RM80 sehingga RM120 lebih kurang macam tu. Jangan tengok harga tertera dekat bawah tu.. itu harga wayang Bollywood. Heeee..heeee. Tengok contoh dekat bawah.. smart kan?. Pastilaaa…

Sekian terima kasih dan selamat bergaya macam model baju batik.

[ Versi Terhad ] Kemeja Lelaki Kain Batik | Lengan Panjang | Slim Fit

RM 180.00

Untuk tempahan sahaja, KENA buat tempahan terlebih dahulu dan deposit 50% diperlukan, baru jarum dan gunting akan mula bergerak.

Rekabentuk kemeja pilihan admin pada edisi kali Ini adalah seperti yang anda semua lihat pada gambar contoh yang telah tersedia ( itu contoh sahaja dan dijual secara online di laman Amazon ). Kemeja slim fit bertemakan corak batik dan berlengan panjang sahaja. Ini baju kemeja lelaki edisi terhad versi ikut citarasa sendiri. Material yang digunakan: Kain batik berkualiti tinggi Reka bentuk: Slim fit berlengan panjang sahaja Untuk tempahan, sila klik butang di bawah dan tolong sertakan bersama-sama tempahan tersebut saiz dan  ukuran ikut bentuk badan yang benar dan mengikut citarasa masing-masing.

Contoh format ukuran baju kemeja adalah seperti yang tertera di bawah atau boleh rujuk pada gambar yang telah disediakan… atau pilih ikut saiz yang telah disediakan.

  1. Ukuran bahu kanan ke kiri
  2. Ukuran panjang bagi lengan
  3. Ukur lilit bahagian lengan
  4. Labuh baju kemeja
  5. Ukur lilit dada
  6. Ukur lilit perut

Pertanyaan sila whatsapp ke – 01132229401 ( admin 200 ) / Email: niaga24jam@gmail.com

Gambar tersebut hanyalah contoh dan rupa bentuk kemeja sebenar akan terbit ikut jenis dan corak kain yang dipilih nantinya. Harap maklooonggg.

0 SUCCESSFUL ORDERS

2659 viewed until today

SKU: N/A Categories: , ,

Al-kisahnya, ini Versi Ready stock. Harga lebih lunak dan mampu beli dan kos penghantaran PERCUMA geng!..  

Be the first to write a review

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *