Categories
Bitcoin

Belajar, Sedut Income Dan Trade Bitcoin Sampai Muntah Hijau

Assalamualaikum dan salam hormat,

Pakej trade dan kaut untung sampai muntah hijau sudah kembali. Heeeee…heeeeee dan pakej ini untuk rakyat Malaysia yang ada keinginan tinggi untuk mencari sumber pendapatan secara online dimana ianya tidak perlu kepada untuk buat marketing, ada produk fizikal, pergi pejabat pos hantar barang, join mana-mana group scammer pelaburan dan segala bagai lagi kemungkinan yang ada. Ini sebenarnya adalah pakej BELAJAR, FAHAM, BUAT SENDIRI dan juga TRADE SAMPAI MUNTAH HIJAU.

Yang Perlu Diambil Tahu

Pakej ini TERKAIT secara serius dengan digital currency iaitu bitcoin. Pernah dengar bitcoin? jika belum pernah dengar, itu tandanya ada sesuatu yang hotsssssss lebih dari kesah fitnah politik dan perang Korea Utara yang mana ianya telah terlepas pandang. Secara kasarnya bitcoin adalah digital currency format open source bersifat crypto ( ini bahasa keselamatan tahap tinggi untuk sistem komputer dan internet, boleh rujuk wiki bitcoin untuk kesahihan yang nyata lagi terang ). Ini pakej berbayar sebenarnya dan ianya dikendalikan sendiri oleh pihak admin secara online. Pakej ini berkonsepkan BELAJAR SAMPAI PANDAI. Kenapa pakej yang serupa ini disediakan oleh pihak admin?. oooooooo kerana pakej ini agak rumit bagi pemula tetapi mudah bagi yang sudah bergelar expertise. Emmm pada pemikiran admin, tidak mungkin sama sekali TEKNIK, TIP, CARA dan sebagainya yang disedut dari pengalaman yang lampau-lampau dapat dihadam secara agresif dalam tempoh 5 atau 8 jam sekali jalan. Proses pemahaman untuk menguasai setiap pakej yang diajar, paling kurang untuk manusia yang cerdik dan cepat tangkap maklumat baru untuk memahaminya adalah sekitar 1 bulan atau 6 bulan +++ untuk penguasaan penuh secara santai ( biasanya yang akan ambil tahu hal ini adalah golongan yang sibuk ).

Fee Dan Segala Harapan

Emmm, untuk menyertai kembara atas nama bitcoin yang menyeronokan ini sekurang-kurangnya komputer dan internet perlu  diadakan terlebih dahulu. Bajet untuk fee bagi pakej ini adalah sekitar RM1800 ke RM500 macam tu sahaja untuk satu kepala ( ooiiii mahalnya ). Heeee…heeeee nak dapat ilmu pun berkira ka?, jika macam tu punya anggapan lebih baik tak payah join dari awal kerana niat tersebut akan membunuh impian untuk menjadi kenyataan yang akan dicari-cari nanti ( tak lah melawak saja tu dan harga boleh dibawa berbincang dan lagi satu hal admin dah ada income ). Caj ini untuk mengurangkan trafik permintaan yang melampau-lampau dan harap maklum.

Tidak Perlu Keterlaluan Dan Masa Untuk Membelahkan Diri

Tak perlu ayat lebih-lebih, nak ajak masuk bisnes MLM, group pelaburan, join insurans dan segala bagai lagi boleh laa ayat lebih-lebih. Pakej ini tidak perlu kepada semua ayat-ayat yang berlebihan ibarat menanam tebu dibibir ( semua tu ayat makan diri ) kerana pakej ini adalah pakej pembelajaran sepanjang hayat untuk menambah ilmu. Jika rasa terkait dan patut diambil tahu, sila berhubung dengan pihak admin dan kita bincang apa-apa yang patut. Rasa-rasa macam tak sesuai, itu tidak jadi masalah dan pakej ini tidak termasuk di dalam senarai penyakit berbahaya dan yang perlu dijauhi. Harap maklum, heeeeeeee….heeeeeeeeee.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

P/s: contact information ada dekat bawah…..tq.

 

Categories
Bitcoin Research & Development

Port Baik Untuk Tambah Pendapatan Secara Online

Assalamualaikum dan salam hormat,

Sebelum taip karangan ini, admin ada terbaca satu kisah yang dimuat naik oleh The Edge Daily, emmm…………. melalui update terkini mereka dekat FB april/2017 dan mereka ada menyatakan hampir 600 ribu rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan. Banyak juga tu dan itu merupakan rekod yang dapat dikesan dan yang tidak dapat dikesan bagaimana pulak?.

Kisahnya Lebih Kurang Macam Ni Laaaaa

Tinggalkan bab mereka-mereka yang bakal kehilangan pekerjaan tadi dan admin berharap mereka sempat mencari payung yang sesuai untuk berlindung seisi keluarga nanti. Dah besar panjang semuanya dan pandai-pandai lah mereka  nanti berusaha mencari haluan masing-masing ( dah serik nak tunjuk jalan ). Lagi satu hal,  mana layak seorang blogger nak bagi cadangan kewangan secara berlebih-lebihan ( lesen mana?…lesen mana? ). Walaubagimanapun, admin akan share satu lagi port yang dirasakan agak sesuai tetapi sekadar klunya sahaja dan aktiviti ini tidak melibatkan kos operasi yang begitu besar dan yang tidak begitu membebankan ( mampu cari ). Kos permulaan sekitar RM500 hingga RM2000 macam tu sahaja ( dapat lebih, itu lagi baik ) dan benda ini boleh dijalankan secara online. Kelengkapan asas yang perlu ada adalah komputer dan internet. Lokasi yang disarankan adalah bitcoin exchange ( info lanjut boleh cari di dalam internet ). Info yang admin bagi ini adalah sekadar klu bagi memudahkan caranya sahaja.

lubuntu

Rekod Urusniaga Dan Hasil Kajian Yang Tidak Seberapa

Ikut rekod terkini semasa karangan ini dimuat naik, 11 open trade yang dibuat dalam tempoh menunggu tidak sampai 24 jam semuanya mencatatkan keuntungan yang bergaya. Macam menarik kan? dan dari hasil kajian yang dibuat oleh pihak admin untuk kegunaan sendiri mendapati, sekurang-kurangnya dengan bajet yang mencukupi purata pendapatan yang boleh dikutip dari aktiviti ini sekitar RM5 ribu ke RM10 ribu +++ sebulan ( ikut saiz bajet yang digunakan ). Dari hasil kajian secara bebas kupu-kupu malam, setiap hari di platfom yang sama juga ada lebih kurang 17 ribu ke 14 ribu aktif trader yang terlibat sama pada satu-satu masa dan platfom ini berjalan secara 24 jam tanpa henti ( boleh trade sampai muntah hijau jika cukup bajetnya ).

Luuuuu Pikir Lu Sapaaaa?

Oppssssss, karangan sampai setakat itu sahaja dan yang lain-lainya  sila cari sendiri.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.