Categories
Cryptocurrency Free Education Programs ICO Research & Development

Beli Token ICO Pun Untung

Assalamualaikum dan salam hormat,

Ini salah satu dari caranya untuk kaut untung dan tambah pendapatan melalui online. Untuk kegunaan para pelabur dan peminat cryptocurrency tahap advanced dan yang sukakan sesuatu yang lebih mencabar. Iaitu beli ICO ( intial coins offering ).

Kena ada asas…

Kebanyakan token ICO dijual menggunakan matawang digital seperti BTC, XLM, ETH dan banyak lagi…ikut syarikat blockchain yang menyediakanya. Jadinya, asas kepada cryptocurrency perlu ada. Jika tak ada asas tersebut, susah juga tuuuu.

Harga tawaran yang murah…

Biasanya harga token tersangat lah murah semasa proses awal penawaran tersebut dibuat, ada diantaranya harga sekitar USD 0.05 macam tu sahaja dan token-token ICO ini dijual secara peringkat-berperingkat pada kadar harga yang berbeza-beza dari paling murah sehingga lah ke harga paling mahal kepada pembeli di seluruh Dunia sebelum ICO tersebut diapungkan ke cryptocurrency exchange market yang terpilih. ICO ni adalah penawaran untuk sesuatu projek mega tertentu dan prosesnya hampir sama dengan IPO ( initial public offering ) dan saiz ICO sangat besar.

Ini ICO yang admin ikut….

ICO presearch

Kena pandai buat analisis..

Untuk terlibat dengan ICO, kena pandai buat analisis terhadap projek-projek yang diketengahkan…dan ICO banyak yang mengarut……heeeee…heeeee….jadinya perlu bijak dan karangan ini diperingkat asasnya sahaja.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Bitcoin Free Education Programs Open source Research & Development

Kenapa Perlu Invest Dalam Bitcoin

Assalamualaikum dan salam hormat,

Benda ini merupakan sebahagian daripada teknik survival dunia moden pada hari ini yang boleh digunakan supaya dapat terus bertahan dari masalah yang melibatkan hal financial. Biasa laaaaaaaaa, hari tidak selalunya cerah dan sebelum jadi gelap elok dibuat persiapan setakat mana yang termampu dan admin guna kaedah yang ada dekat bawah..

Lebih kurang macam ini..riba itu haram.

Sebelum ini admin guna emas sebagai alat kalis inflasi dan lindung nilai untuk mengatasi kelemahan duit kertas tetapi masalah emas ni pulak yang admin cukup tidak berkenan adalah tahap kecairanya yang rendah ( nak guna kena cari ar rahnu dan ada upah simpan pulak tu. Dok nampak macam nak ke arah sistem riba dah ni..hee..heee ). Tup-tup terdengar pulak adanya bitcoin sebagai aset lindung nilai terbaru, kalis inflasi, sesuai dijadikan alat pertukaran diperingkat local dan juga global, boleh dibuat alat pelaburan masa depan yang menguntungkan dan banyak lagi laaahhh kelebihan lainya dan bila admin bandingkan balik dengan emas yang admin pernah hold sebelum ini, emmmmmmm……memang bitcoin lagi mewah dan hebat fungsinya dari emas. Heeee…heeee, kalau dah jatuh cinta macam tu laa jadinya….kaaaaaannnnn????…. Emmmmm, apa lagi pindah terus laaaa mana-mana saki baki kekayaaan yang masih tersisa tu.

Masih belum terlewat…

Tetapi agak terlewat, semasa admin masuk harga bitcoin sekitar RM 5000 untuk 1 BTC ( bitcoin ) berbanding sekarang RM 25000 / 1 BTC ( waktu posting ini dimuat naik ). Heeee…heeeeee. Sempat juga laaa merasa habuan terpantas dari bitcoin. Cumanya transaksi jual beli sebagai alat pertukaran, itu admin belum dapat merasa lagi disebabkan bitcoin tidak begitu mesra dengan keadaaan tersebut buat masa ini ( kena tunggu lama untuk pengesahan dan tidak begitu sesuai untuk aktiviti micropayment ). Mungkin selepas tool lightning network yang tengah diuji pandu ini siap sepenuhnya, baru rancak rasanya urusan tersebut. Jadinya, kena tunggu laaaaa dan apa bulih buat kan.

Jangan dok buat-buat pandai kalau tak tau…

Bagi yang masih mencari alat lindung nilai terbaik selain daripada emas, boleh try bitcoin dan admin sarankan sangat-sangat untuk alihkan sebahagian dari kekayaan yang masih tersisa ke akaun bitcoin…memang best dan mantap hasilnya. Cerita dia, jika tak tau kena tanya dan jangan dok buat-buat pandai…..harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.