Categories
Research & Development

Target 10%+, Market 7 hari hanya dapat 8.35%. RSI – 80% harga mula menjunam

Bismillah,

Inilah yang dikatakan tamak nak ambil untung lebih, selalu akan kena tunggu lebih lama…kerana dalam tempoh 7 hari penanda indikator RSI yang admin guna sudah mula cecah garisan 80%, garisan terlebih BELIAN untuk tempoh seminggu. Makanya, pasaran akan mula membuat pembetulan harga dan ini sedang berlaku sekarang….

Berani boleh tunggu, jika rasa goyang kena ambil sahaja setakat mana untung yang masih tersisa…Punca ini berlaku kerana sasaran terlalu tinggi berbanding keupayaan sebenar pasaran untuk tempoh 7 hari….ini pelajaran paling berguna.

Kes di atas merujuk kepada aset BCH yang admin buka posisinya 2/8/2022. Pada 8/8/2022 harga tertinggi sekitar $148/1 BCH. Anggaran untung sekitar 8.35%…Semasa artikel ini dimuat naik, harga aset sudah susut nilai untungnya dan tersisa 1.5%+ lebih kurang macam itu laaaaaa…haaaa..haaaaa….

Jadinya…urusniaga singkat tidak perlu tamak dan perlu letak sasaran yang senang dicapai oleh pasaran adalah lebih baik….Untung sikit lebih baik dari susut nilai modal…..terima tu dan admin akan tunggu untuk pantulan berikutnya. Tak ada margin call, jadi santai-santai saja dalam menunggu.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Cryptocurrency Research & Development

Modal $100 beli BCH 6 hari baru dapat untung 5.5%+

Bismillah,

Beli pada tarikh 2/8/2022 dan target untuk ambil untung sebenarnya adalah sekitar 10% sehingga 11%. Sehingga ke tarikh hasil kajian ini dimuat naik, posisi untung untuk aset BCH yang admin pegang hanya mampu cecah 5.5%+. Untuk tempoh 6 hari….LEEEEMAHHHH!…

Masih jauh lagi dari harga sasaran untuk AMBIL untung. Emmmm…

Faham admin adalah…..dalam keadaan pasaran seperti sekarang ini, sasaran paling selamat untuk ambil untung adalah sekitar 3% sehingga 5%+. Alasannya, semata-mata untuk jaga modal pokok supaya tidak susut nilainya….Biar untung sikit tapi modal SELAMAT…

Untung sekitar 3% sehingga 5%+?….emmmm, bila nak kaya jika macam ini…heee..heeeee. Walauapapun, nak bagi tau dekat hampa semua…. teknik candlestik + RSI itu memang berhasil…..terima tuuu..

Sekian terima kasih dan selamat majujaya semua…