Categories
Research & Development

Ternyata iklan format video singkat lebih cepat dan mudah untuk tarik perhatian pengguna internet

Bismillah,

Ternyata iklan format video durasi 15 saat sehingga 25 saat ( yang admin suka ) ini lebih kuat potensinya untuk menarik perhatian pengguna di internet berbanding yang lain-lainnya. Uji cuba ini pihak admin jalankan di dua lokasi berbeza iaitu di aplikasi Whatsapp status dan Telegram Channel. Hasil dapatan ringkasnya ada di bawah….

Hampir 40% ke 60% subscriber dan rakan terdekat yang ada di dalam senarai aktif akan cuba meluangkan masa untuk melihat masej dalam format video tersebut paling kurang 15 saat buat pertama kalinya dan tempoh uji cuba ini hanya berdurasi 24 jam sahaja. Keberkesanan cara ini bergantung kuat kepada jumlah penampilan yang berjaya ditonjolkan dan bersamaan juga dengan jumlah masej yang telah berjaya sampai ke lokasi yang ditetapkan dengan tanpa ada sebarang halangan dalam tempoh tersebut. Tiga hal ini perlu ada untuk mendapat hasil yang mantap seperti yang tercatat di atas tadi. Selain dari itu, kadar aktif pengguna dilokasi masej itu mendarat juga memainkan peranan penting. Setakat ini, hasil yang diterima hanya berdasarkan pada sukatan tempoh 24 jam dan faham admin adalah lagi banyak pengguna dalam kolam masing-masing dan disokong pulak tempoh masa iklan atau masej format video itu dapat aktif dalam tempoh masa yang lebih lama, maka lagi banyak jumlah tontonan yang akan berjaya dikutip…ada ketikanya, pemilik akaun tidak aktif…maka masa video aktif yang lebih lama diperlukan.

Boleh dikatakan Youtube, Insta, Telegram, Whatsap, Tiktok, Twitter ada menyediakan kemudahan untuk hosting video format singkat durasi bawah 1 minit ini. Tempat-tempat ini semua kita perlu ada kolam sendiri jika berhajat iklan dalam format video ini betul-betul mendatangkan kesan….dan itu keperluan utamanya berbanding mencari penampilan organik yang disediakan oleh pentas-pentas yang ada tadi secara asas.  Nak lebih mantap lagi hasilnya, kena laaaaa……layan pakej berbayar yang mereka sediakan tetapi kita kena ingat….kita akan bayar ikut jumlah tontonan berdasarkan penampilan atau jumlah klik dan bukan berdasarkan jumlah jualan yang berjaya kita kutip….perlu tahu kisah sedih ini….sepanjang tempoh uji cuba ini, admin tidak dapat sebarang jualan dan pertanyaan untuk tempoh 24 jam tersebut…heeee..heee. Hanya dapat jumlah tontonannya sahaja…oleh itu jika bajet ciput…..elok layan teknik percuma terlebih dahulu…formulanya adalah jumlah penampilan iklan dan kempen perlu ditambah mungkin sehingga keperingkat 100 ribu : 1..pergghhhh masakkk….terus ke cerita merapu yang berikutnya…

Jika proses itu berlaku maka perannn iklan format video ini dikira sebagai berjaya dan jika dari aktiviti tersebut dapat melahirkan jualan  dan sebagainya lagi darinya maka cara ini dianggap berkesan….jika berkesan, makanya….kena try dan buat sampai jadi laaaaa…itu kisahnya.

Antara punca utama cara ini mendapat lebih perhatian dari sisi pemahaman admin adalah

  1. Video singkat durasi 15 saat ke 25 saat ini auto play.
  2. Dannn mungkin disebabkan melihat dan mendengar adalah tabiat yang sudah sebati dengan jiwa manusia yang ramai. Sejak dari kecil lagi telah diatih menonton tv…..dari tv versi kotak kayu sehingga tv format terkini nipis sekeping sehingga yang lagi terkini iaitu sebesar tapak tangan…..maka inilah sebab yang paling kuat rasanya iklan format video ini berguna..heee…heeee.

Kajian masih berjalan, nanti admin sambung lagi kisahnya…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

 

Video Uji Cuba

See case study ?

Categories
Marketing Research & Development

Tempat untuk tempek iklan secara percuma di Malaysia

Bismillah,

Adaaaa…banyak tempat dan untuk tahun 2022, admin sarankan untuk try platfom Telegram.

Kenapa kena try platfom Telegram?..

  1. Banyak group iklan yang boleh disertai secara percuma dan ada sebahagian darinya mempunyai komuniti yang bersaiz besar dan aktif setiap masa. Ciri-ciri seperti ini memang dicari dan perlu ada untuk kemantapan kerja-kerja iklan dan kempen.
  2. Telegram juga menyediakan kemudahan yang sangat banyak berbanding pesaingnya iaitu aplikasi Whatsapp. Ianya sesuai untuk merancakkan pelbagai jenis aktiviti bisnes yang bersifat percuma. Contohnya channel Telegram yang boleh dijadikan tapak jualan percuma untuk usahawan peringkat mula, video pendek durasi bawah 1 minit auto play, VC format Video dan audio dan saiz cloud storage yang besar dan banyak kelebihan lainya lagi…yang peting sekali kena ada sifat kretif untuk mengolahnya sehingga benda percuma ini jadi lebih berguna…
  3. Yang bestnya, Telegram tidak kutip maklumat peribadi pengguna untuk tujuan dan kepentingan bisnes mereka. No tel pulak boleh disembunyikan dan digantikan dengan username sebagai ganti diri untuk chat dan sebagainya….menarik kan?. Kemudahan yang ada ini jangan pulak digunakan untuk jadi scammer pulak.
  4. Payah kena ban kecuali suka meletakkan iklan-iklan yang dilarang oleh pemilik group.

Paling penting sekali, benda ini PERCUMA dan ada peluang untuk JIMATKAN KOS di dalamnya. Contoh group iklan dari aplikasi Telegram yang berjaya dihidupkan sehingga kehari ini ada di bawah…Cuba laaa layan…benda free dan sangat bijak rasanya jika mencuba sesuatu yang percuma dan berguna untuk aktiviti bisnes….

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

T.ME/NIAGA24JAM

Kapasiti pengguna 20K+. Komuniti dasarnya adalah bersifat organik. Di dalamnya ada bot iklan Telegram automatik yang dibangunkan khusus untuk mempermudahkan lagi kerja-kerja iklan. Cuba laaa…