Categories
Perniagaan barangan bundle Research & Development

Peminat barangan bundle & retro group Telegram kita kasi meriah

Bismillah,

Setakat ini subscriber ada 1.1K pengguna. Group Telegram ini untuk peminat barangan bundle & retro original sahaja.

Kemudahan yang disediakan adalah…

  1. Boleh beli barangan bundle & retro.
  2. Boleh juga menjual tapi stok original sahaja..
  3. Kempen dan iklan produk dalam group Telegram tersebut percuma sahaja dan dibuat menggunakan bot iklan autopost.
  4. Nak buat VC secara live pun boleh. Kemudahan telah tersedia tetapi belum pernah dicuba. Perkakasnya memang dah ada dan sambutanya admin tak tau dan kena try dulu….
  5. Jika takut kena scam, pihak admin ada sediakan perkidmatan escrow. Makanya scammer tak boleh ambil kesempatan untuk scam dekat situ kecuali pembeli yang suka cari penyakit secara semulajadi sejak azali…..

Jemput masuk ramai-ramai kita kasi meriah….boleh buat bisnes dan kumpul koleksi barangan bundle dan retro juga…. platfomnya ada dekat bawah…

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.

Categories
Cryptocurrency Research & Development

Modal $500 beli BTC berapa banyak untung boleh dapat?

Bismillah,

Ini contoh keuntungan yang bakal diperolehi. Hanya beli Bitcoin dan simpan untuk tempoh singkat tertentu antara 1 hari ke 7 hari lamanya sebelum kutip hasilnya.

  1. Modal $500 / RM2,092.97. Modal paling dirasakan sesuai setakat ini, kurang dari itu pun boleh…….tetapi perlu jarak masa yang lebih untuk dapat kesempatan dan peluang yang selesa untuk ambil untung. Jika sela masa ini berubah, risiko akan turut berubah dan bertambah. Jadi bahaya balik…
  2. Harga beli BTC pada 14-2-2022 / $41552.89 / kuantiti – BTC 0.012032.
  3. Jual 15-2-2021 / harga – $43515.79 / BTC 0.012032. Kebetulan, rezeki dah sampai dan bukan selalu dapat macam gini…sebat saja laaa…
  4. Untung $523.58 – $500( modal ) / $23.58 – fee = $22.50 / RM94.18 ( anggaran kasar ).

Hasil ini tidak menentu, boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang dan ianya bergantung kepada prestasi semasa pasaran Bitcoin itu sendiri. Jika ditukarkan ke RM, akan dapat hasilnya sekitar RM94.18. Lumayan juga tuuu dan jangkamasa menunggunya untuk contoh diatas, 1 hari sahaja dan kadang-kadang boleh lajak sehingga 1 minggu. Biasanya, urusniaga tempoh singkat ini akan berubah arah dengan cepat dan ada ketikanya 2 ke 3 kali dalam tempoh seminggu. Semua itu bergantung kepada keadaan pasaran pada waktu tersebut. Perubahan arah pasaran ini berlaku disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung berskala kecil yang pasti berlaku dan bukan disebabkan oleh aktiviti berimpak besar seperti berita akan berlaku perperangan dan sebagainya lagi yang mana apabila ianya berlaku kesannya nanti akan mempengaruhi kedudukan harga dipasaran secara global. Admin tidak berapa suka sangat waktu berlakunya kejutan kejatuhan harga ini tetapi suka beli bila harga sudah jatuh kerana itulah peluang yang ditunggu-tunggu untuk membeli pada harga diskaun terbaik…lagi banyak dapat diskaun lagi besar hasilnya nanti…..Harga jatuh Bukan takut rugi, tetapi tidak suka simpan lama-lama….kerana aktiviti ini untuk urusniaga jarak singkat. Mudah faham kan?…

Itulah, gambaran kasarnya bagaimana pendapatan terhasil dari aktiviti urusniaga jarak singkat dekat pasaran matawang digital ini. Ada banyak jenis lagi matawang digital lainnya yang aktif dekat pasaran dan BTC ini hanyalah contoh paling cun untuk dijadikan bahan cerita pada pada kali ini sahaja. Untuk dapat untung lebih banyak lagi dari modal $500 tadi, beli laaaa coin lain yang mana harganya lebih murah dari contoh di atas tadi dengan kuantiti yang lebih banyak….kisah ini nanti admin cerita disesi akan datang dan hasilnya lagi seruuuuu dan itu pasti… :-).

Apa pun, ilmu urusniaga itu sangat penting dan ianya boleh disedut secara percuma dekat sini https://t.me/cryptonians.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.