Categories
Homestay Negeri Sebelah Utara

Bajet Homestay Sekitar Kodiang Jitra

kodiang

Assalamualaikum dan salam hormat,

Waktu cuti-cuti Malaysia dan musim kenduri kendara akan sampai tak lama lagi. Ada angan-angan nak mai bercuti ke Negeri kami…….terutamanya kawasan Kodiang, Padang Sera, Megat Dewa, Tunjang, Napoh atau kawasan-kawasan yang ada nama Pida di depanya. Jangan lupa untuk booking homestay nya……

Untuk trip makan kenduri, sambut menantu dan jalan-jalan makan angin ke beberapa lokasi tadi dan yang berdekatan denganya boleh saja booking homestay harga bajet yang ada dekat sini. Homestay boleh muat sehingga 30 orang dan kelengkapan yang disediakan untuk kapasiti 15 orang sahaja dan yang selebihnya perlu di sediakan sendiri. Harap maklum.

Harga sekitar RM 160 sehingga RM 180 sahaja. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila whatsapp/telegram/call pihak admin di talian +6011 3222 9401.

Tempahan secara online [Klik DiSini]

Sekian terima kasih dan selamat bercuti ke negeri Kedah darulaman.

Lokasi

Categories
Open Source Perniagaan Research & Development

Kena Survey Harga Dekat Shopee Selalu

Assalamualaikum dan salam hormat,

Jika berhasrat untuk memulakan perniagaan secara online terutamanya produk fizikal tertentu, admin sarankan supaya buat lah survey PERSAINGAN harga dekat shopee terlebih dahulu ( harga mati kebuluran ).

Kes buang harga yang kritikal……..

Harga yang sesuai amat penting, jika margin untung sikit dan persaingan kuat elok dijauhi. Takut nanti tak boleh masuk market sebabnya ramai peniaga yang buang harga sampai ke tahap lantai yang mana margin untungnya sangat lah sedikit dan susah untuk dibuat sumber untuk survival pada zaman ini. Tak tau laaaa apa sudah jadi dengan bisnes online pada hari ini?…….mungkin sudah sampai ketahap terdesak yang teramat sangat agaknya. Produk boleh untung RM 15 ke RM 20 sepasang………..dapat ke peniaga online di Shopee, margin untung jadi RM 10 ke bawah dan ada yang free shipping dan ada yang dapat diskaun beberapa % shipping dari Shopee punya pakej. Mungkin tinggal beberapa RM sahaja setelah ditolak kos pos. Bisnes sebegini perlu kepada untuk dapat kuantiti tempahan yang banyak dalam tempoh tertentu…..perrrrrrgggghhhhhh….memang penat dibuatnya sebab produk bukan ketegori keperluan terdesak dan ketegori pusingan terhad pulak terhad………ditambah pulak dengan kadar persaingan yang tinggi dari peniaga kepada produk yang sama……..eeemmmmmm ( dari tak ada langsung, penat pun tak apa kan?$% ). Hantam saja laaaaa, janji tak scam buyer. Tetapi jika hendak membeli, Shopee sesuai sangat-sangat kerana faktor harganya dan ciri-ciri keselamatan yang disediakan. Untuk shopping dekat Shopee kena rajin membaca komen kerana dari situ akan ada gambaran kasar tentang produk yang boleh diperolehi dan harap membantu info ini.

Cabang-cabang bisnes yang sihat…..

Yang boleh dibuat harga sekarang ini, barang bundle original dan yang berkualiti tinggi dan rare. Emm….ingat tu yang berkualiti tinggi, original dan rare atau invest dalam pasaran modal kerana operasi buang harga dan risiko tak boleh masuk market sangat kecil peratusanya dekat situ. Harap maklum hendaknya dan cadangan ini yang berdasarkan apa yang admin buat dan admin sering kekurangan bekalan tetapi permintaanya begitu banyak sekali.

Sekian terima kasih dan selamat majujaya.