Categories
Bitcoin Cryptocurrency Open source Research & Development

Paling Sikit Keuntungan USD 10 Setiap Hari

Assalamualaikum dan salam hormat,

Itu anggaran pendapatan yang paling sedikit dan yang paling mudah untuk disedut setiap hari ( begitu juga dengan halnya rugi ). Hasil serupa itu jika berhajat untuk dinikmati, haruslah dikerjakan secara serius dan tempatnya hanya lah di market cryptocurrency exchange. Ingat tu harus dikerjakan secara serius…

Tempat ini memang sesuai….

Yang di atas tu adalah keuntungan yang pernah admin dapat pada peringkat permulaan ketika mula-mula melibatkan diri di dalam bidang ini sejak beberapa pekan yang lalu. Status terkini semasa posting ini dimuat naik, anggaran kasar pendapatan adalah sekitar USD25 ke USD50 +++++ setiap hari ( modal dah besar jadi income per days pun meningkat laa ). Cuba kali dengan 30 hari – 10% loss akibat bosan menunggu. Bakinya, adalah pendapatan yang bakal diperolehi untuk bulan tersebut. Jadinya, kepada rakyat Malaysia yang diluar sana dan yang masih lagi tercari-cari tempat yang paling sesuai dan yang sangat santai untuk menambah pendapatan secara online…………di situlah tempatnya. Yang menariknya, market cryptocurrency sememangnya hidup 24 jam setiap hari…………………jadinya, silakan paksa diri sendiri untuk cuba berdagang di market cryptocurrency exchange.

Angan-angan mat jenin…

Tahun 2017, peratus keuntungan yang admin dapat sudah pun menghampiri 700%…ada sebahagian trader diluar sana telah pun berjaya mendapat keuntungan lebih dari  apa yang admin dapat rasa……..emmmmm, dan untuk penghujung tahun 2018 ini, admin bajet jika dapat 1000% keuntungan dari modal yang sedia ini, itu sudah cukup baik dan di dalam dunia cryptocurrency hal itu tidak lah mustahil untuk dijejaki.

Ayuh! bertindak segera sebelum dihimpit sengsara oleh kesan kegawatan ekonomi.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.

Categories
Bitcoin Free Education Programs Open source Research & Development

Kenapa Perlu Invest Dalam Bitcoin

Assalamualaikum dan salam hormat,

Benda ini merupakan sebahagian daripada teknik survival dunia moden pada hari ini yang boleh digunakan supaya dapat terus bertahan dari masalah yang melibatkan hal financial. Biasa laaaaaaaaa, hari tidak selalunya cerah dan sebelum jadi gelap elok dibuat persiapan setakat mana yang termampu dan admin guna kaedah yang ada dekat bawah..

Lebih kurang macam ini..riba itu haram.

Sebelum ini admin guna emas sebagai alat kalis inflasi dan lindung nilai untuk mengatasi kelemahan duit kertas tetapi masalah emas ni pulak yang admin cukup tidak berkenan adalah tahap kecairanya yang rendah ( nak guna kena cari ar rahnu dan ada upah simpan pulak tu. Dok nampak macam nak ke arah sistem riba dah ni..hee..heee ). Tup-tup terdengar pulak adanya bitcoin sebagai aset lindung nilai terbaru, kalis inflasi, sesuai dijadikan alat pertukaran diperingkat local dan juga global, boleh dibuat alat pelaburan masa depan yang menguntungkan dan banyak lagi laaahhh kelebihan lainya dan bila admin bandingkan balik dengan emas yang admin pernah hold sebelum ini, emmmmmmm……memang bitcoin lagi mewah dan hebat fungsinya dari emas. Heeee…heeee, kalau dah jatuh cinta macam tu laa jadinya….kaaaaaannnnn????…. Emmmmm, apa lagi pindah terus laaaa mana-mana saki baki kekayaaan yang masih tersisa tu.

Masih belum terlewat…

Tetapi agak terlewat, semasa admin masuk harga bitcoin sekitar RM 5000 untuk 1 BTC ( bitcoin ) berbanding sekarang RM 25000 / 1 BTC ( waktu posting ini dimuat naik ). Heeee…heeeeee. Sempat juga laaa merasa habuan terpantas dari bitcoin. Cumanya transaksi jual beli sebagai alat pertukaran, itu admin belum dapat merasa lagi disebabkan bitcoin tidak begitu mesra dengan keadaaan tersebut buat masa ini ( kena tunggu lama untuk pengesahan dan tidak begitu sesuai untuk aktiviti micropayment ). Mungkin selepas tool lightning network yang tengah diuji pandu ini siap sepenuhnya, baru rancak rasanya urusan tersebut. Jadinya, kena tunggu laaaaa dan apa bulih buat kan.

Jangan dok buat-buat pandai kalau tak tau…

Bagi yang masih mencari alat lindung nilai terbaik selain daripada emas, boleh try bitcoin dan admin sarankan sangat-sangat untuk alihkan sebahagian dari kekayaan yang masih tersisa ke akaun bitcoin…memang best dan mantap hasilnya. Cerita dia, jika tak tau kena tanya dan jangan dok buat-buat pandai…..harap maklum.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba.